Pages

Friday, June 24, 2016

NYANYUK MAHATHIR SEMAKIN TERUK, HUJUNG-HUJUNG USIANYA PENYAKIT HATINYA JUGA SANGAT PARAH!!!



Mahathir fikir, rakyat secara keseluruhannya adalah bodoh. Mahathir masih lagi terperangkap dalam dunia tahun 40-an, dunia remajanya. Dia memikirkan masyarakat zaman sekarang, sama seperti zaman 40-an, 50-an, 60-an mahupun 70-an yang cukup menyanjung feudal, malahan beranggapan satu dosa besar kalau bercakap menyanggah golongan itu.

Atau Mahathir sebenarnya mengalami masalah rendah diri yang sangat teruk memandangkan pada zamannya, orang sepertinya yang biasa disebut DKK, kurang dipercayai, dihargai mahupun diberikan peluang oleh masyarakat Melayu Kedah.

Ada banyak latar belakang Mahathir yang tidak diketahui oleh orang ramai. Kecuali latar belakang yang bertujuan untuk propaganda, Mahathir sebenarnya seorang yang misteri, sama misteri dengan pendiriannya dalam perjuangan Melayu kerana tindakan dan kecenderungannya apabila berkuasa, terlalu berbeza dengan retorik perjuangan Melayu yang dilafazkannya.

Tetapi sesuatu yang perlu dipuji tentang Mahathir ialah ketepatan janji. Sepanjang 22 tahun dia menjadi Perdana Menteri, dia tidak pernah berjanji untuk membangunkan Melayu-Bumiputera, sebaliknya hanya berjanji untuk membangunkan negara. Jadi, dia bangunkan negara dengan menggunakan proksi-proksi dan kelompok SUPERBUMIPUTERAnya. Sebahagian besar kekayaan negara, dicurahkan kepada kelompok tersebut. Mereka tidak sahaja dibayar oleh kantung negara, tetapi rakyat juga perlu membayar untuk mereka kekal kaya selama beberapa dekad.

Kerana itulah, ekuiti pemilikan Melayu-Bumiputera sepanjang 22 tahun pentadbirannya, tidak meningkat walaupun pada masa yang sama, ikan-ikan bilis sebelum pentadbirannya, bertukar menjadi megalodon apabila dia berkuasa dengan pelbagai projek kerajaan.

Kenyataan terbaru Mahathir nyata menunjukkan sisi misterinya. Keangkuhan dan keegoan di sebalik kehampaan dan kekecewaan setelah terbukti segala cerita-cerita muluk tentangnya, terbukti tidak benar. Dia diberitahu kononnya mempunyai sokongan yang sangat kuat dari kalangan rakyat marhein, tetapi ternyata, dalam ceramah-ceramah yang disampaikannya, jumlah kehadiran terlalu kurang dan langsung tidak menepati sasaran.

Kata Mahathir, rakyat telah dirasuah dan kerajaan negara ini akan ditentukan oleh mereka yang merasuah rakyat.

Satu pendirian yang bukan sahaja memperkecil-kecilkan kewibawaan daya fikir rakyat, tetapi juga memperlihatkan bagaimana terdesaknya Mahathir untuk mendapatkan perhatian dan sokongan daripada rakyat. Atau barangkali juga mahu mensucikan diri dan menuduh orang lain (dalam kes ini, Najib Abdul Razak) menggunakan rasuah bagi mendapatkan sokongan.

Mahathir melabelkan apa-apa sahaja projek Najib untuk rakyat kecil sebagai rasuah. Memberikan bantuan kewangan bagi meringankan beban kerana masalah ekonomi dunia dan harga barang yang sengaja dinaikkan oleh kartel, dikatakan rasuah. Memberi bonus dan wang raya kepada para peneroka FELDA yang masih setia dengan FELDA, dikatakan rasuah. Menghantar bantuan untuk rakyat yang sangat terjejas akibat malapetaka dikatakan rasuah dan dedak. Malah, pemberian BRIM yang memperlihatkan pengaliran tunai dalam negara bagi merangsangkan ekonomi, juga dikatakan sebagai rasuah.

Maka tidak hairanlah, ketika rakyat susah setiap 10 tahun sekali sepanjang pentadbiran Mahathir, contohnya tahun 1987 dan 1997, Mahathir tidak berbuat apa-apa pun untuk rakyat, kecuali  menyelamatkan syarikat-syarikat kroni dan proksi serta anaknya sendiri menggunakan wang negara. Tetapi di dalam sebuah buku tulisannya, Mahathir bercakap tentang stimulus ekonomi yang perlu dilakukan oleh kerajaan, terutama kecairan domestik bagi menggalakkan ekonomi dalaman terus berkembang dan tidak terhenti.

Rakyat tidak dibantu oleh Mahathir sebaliknya rakyat dibiarkan untuk usaha sendiri mengatasi masalah dan bebanan kewangan. Sekaligus menyebabkan sebahagian besar rakyat memperuntukkan masa yang lebih panjang dan lama untuk bekerja yang diharapkan oleh Mahathir, sedikit sebanyak akan merencatkan gerakan menentang dan menggulingkannya.

Semakin tua dan semakin ke penghujung hayat, Mahathir sudah semakin tidak dapat membezakan antara mencari sokongan dan memenuhi tanggungjawab selaku kerajaan yang baik kepada rakyat. Mahathir terlupa bahawa yang memangkah kertas-kertas undi dan membuat pilihan adalah rakyat yang bebas dan waras. Mereka boleh memilih mana-mana parti politik pun untuk mewakili mereka. Apa yang dikatakan sebagai rasuah oleh Mahathir, sebenarnya tidak pernah menjadi pembolehubah kepada faktor-faktor pemilihan tersebut.

Mahathir patut malu kerana Najib yang baru mentadbir Malaysia selama 7 tahun, sudah mengatasinya dalam berihsan kepada rakyat berbanding Mahathir yang lebih gemar mengkayakan kroni dan proksi SUPERBUMIPUTERAnya yang semua orang kenal siapa!!!


19 comments:

  1. jangan terkesan dengan tohmahan pembangkang kerana mereka adalah super pemaaf. kalau "mahazalim" pembangkang sanggup memaafkannya, insala satu harui nanti pembangkang yang super pemaaf ini akan memaafkan "idi amin" pula.

    ReplyDelete
  2. apabila projek mega jadi milik superkronik saja dan bila sampai waktu pemilihan, superkronik gunakan wang untuk merasuh/mempengaruhi pemilihan, tidakkah ini juga adalah satu sebab kenapa sistem sedia ada perlu diubah setelah ia rosak semejak 1980an?

    ReplyDelete
  3. Busuknya isi hati mamak kerala ni....

    ReplyDelete
  4. Ketaikan mahataik semakin terserlah.

    ReplyDelete
  5. 7 thn, hutang negara makin berlambak,GST, toll, barang, ringgit turun dah lama, 1MDB & hutang belum settle lagi dan pemakan dedak makin berleluasa, pemimpin terus kaya raya, dll..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai nya rakyat malaysia yg miskin hingga terpaksa lepak kfc&md setiap malam tak kurang juga yg melepak kat old town white coffee sambil menikmati kesegaran white coffee....haha

      Delete
    2. 7 tahun negara berhutang bukan hutang tu turun temurun dari Mahadey ke...nak buat Putrajaya. Nak buat klia nak buat klcc.nak buat litar formula one..ingat dulu kita bnyak duit dari Petronas...sekarang kerajaan kenakan Gst untuk menampung hutang...ingat hutang ni bukan dari zaman Najib jer itulah suruh banyak membaca tak nak...kan dah merapu bila komen..

      Delete
  6. Sudah2lah mengaibkan Tun yg banyak berjasa pada negara ini. Kalau fitnah semata2 terimalah balasan dariNya. Allah Maha Mengetahui.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tun buka aib org lain nanti aibnya pula akan terbongkar mcm pak nuar...

      Delete
  7. Kenapa Tun pula yang dikatakan begitu? Sememangnya najib jauh lebih teruk dlm mentadbir negara. Fikir fikirkan kenapa Tun bersuara? Die lebih tau apa yang najib sedang lakukan. Najib setakat bagi br1m dan paling kuat bagi beratus ringgit je utk pekerja gomen. Takkan org kita buta dpt beratus terus nak sokong najib. Bukak la mata anda!! Tun bole utk tidak lakukan apa2.. tun tgh cuba membela negara dari pemenrintah kejam. Dan bukan najib yg tengah memenrintah sekarang tapi Rosmah!!! Apa2 pun saya sokong Tun!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenapa kata Najib teruk dlm mentadbir negara....pasal Najib tahu kesusahan rakyat diberinya Brim...sbb Najib buat jalan Pan Borneo tanpa tol....sbb.Najib...tak sambung kontak ktoni Mahadey...sbb.Najib dapat derma dari Arab Saudi tanpa meminta mnta..sbb Najib bantu orang Kelantan yang doa Ko untuknya satu stadium dapat rumah baru selepas dilanda banjir....wwah hebat kamu...kamulah satu satunya..rakyat yang tak tahu bersyukur bila dpt pemimpin mcm Najib....klau dpt mcm Guan Eng.. Baru padan muka

      Delete
  8. Kalau btol babab kroni najib tak hingin nak bukak lagi da.

    ReplyDelete
  9. Wahai penulis sudah2 lah kau menghina tun,bln puasapun kamu tak insaf2. Org berebut nak kejar pahala tp kamu berebut nak kejar dosa. Tak ada rasa malu ke kamu? Tak ingat mati ke? Ke kau ingat kau tak Mati ataupun lambat lg nak mati? Bulan puasa ni doa mudah makbul,hentikanlah mhina tun Dan memuji. Najib seorg penjenayah( krn ambil duit rakyat 2.6 billion Dan 42 juta- terbuku Dan diakui dia sendiri semua ni ada dlm akaun dia). Takutlah kamu nanti Allah kenakan kamu strok baru sesal tak sudah.

    .

    ReplyDelete
    Replies
    1. tun bersekongkol dgn komunis ..jadi dia itu apa? lacurkan bangsa dan agama. dia ckp tak serupa bikin. ketika dia jadi pm byk silap dia dan nak cover diri sendiri arah pengikut2 setia pd parti. dia pula bagaimana skrg.

      pg main2 dgn cucu2 sampai cucu2 pon tak kenal atoknya.

      Delete
  10. Hahaha...ayat 'NYANYUK'di dendang dulu kini selamanya...dah tau nyanyuk Di layan wat pe..baik sanjung Dan dendang kn yg muda sah2 dia pemimpin 'tersuci' lg 'maksum'...apa lh sngt org tua lg nyanyuk blh buat dgn presiden umno 'kita' yg sah2 terhebat Di alaf milenium..buang masa je bhai sbb lu juga blogger yg paling hebat mmprtahan kn era mahazalim/firaun semasa era REFOMASI.. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hidup lagi kau yer juragan. Allah masih nak pjgkan umor kau buat amal kebajikan

      Delete
  11. Penyakit yang paling susah nak diubati didunia ini adalah penyakit "sakit hati dan dengki". Devine intervention saja yg boleh menyedarkannya.

    ReplyDelete
  12. bagusnya Najib dia Fokus bangunkan
    & bantu rakyat miskin dgn pelbagai
    bantuan spt BRIM dsb..sebab itu dia
    dpt sokongan akar umbi..

    ReplyDelete
  13. Najib Razak masih PM yg terbaik..

    ReplyDelete