Kes yang lebih mengejutkan melibatkan Pengerusi sebuah NGO yang kononnya anti rasuah, perjudian, kongsi gelap, salah guna kuasa polis dan jenayah yang dipengerusikan oleh seorang lagi pemimpin PKR, turut mencalarkan PKR. Kes tersebut sebenarnya sudah berlarutan lama dan desas-desus sebelum ini di mana, Pengerusi NGO tersebut dikatakan memeras ugut kartel-kartel jenayah sebagai pendapatan mewahnya, kini seperti terbukti benar ekoran penangkapannya dan laporan yang dibuat oleh saksi.
Azmin Ali cuba bergantung kepada Tun Mahathir untuk meneruskan nyawa dan hayatnya selepas Rafizi Ramli mencetuskan perdebatan dan polemik tentang kegiatan rasuah di dalam pentadbiran Azmin Ali sebelum ini. Kemuncak daripada polemik tersebut ialah ketidakhadiran Wan Azizah bersama-sama Azmin Ali ketika berkempen di PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar. Malahan, Azmin Ali turut menarik semua jentera PKR Selangor dari Sungai Besar sebagai protes terhadap partinya sendiri.
Tun Mahathir sendiri pun tidak mampu menyelamatkan Azmin Ali apabila Nurul Izzah secara tegas menolak pembabitan bekas Perdana Menteri itu di dalam PKR. Kenyataannya bahawa PKR perlu meminta beberapa syarat sebelum boleh Tun menyertai mereka, dilihat sebagai penolakan secara halus walaupun pada masa yang sama, Tun Mahathir sendiri telah menyatakan berulang-ulang kali bahawa dia tidak akan menyertai mana-mana parti politik walaupun dia akan terus menentang Najib Abdul Razak.
Azmin Ali sudah pun bermain api dengan PAS. PAS ternyata tidak senang dengan tingkahlakunya, terutama sekali yang membabitkan sokongannya kepada PAN semasa PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar walhal PAN hanyalah sebuah parti dua kerusi yang dicuri dari PAS, manakala PAS adalah parti yang membolehkan Azmin Ali menjadi Menteri Besar.
Usaha-usaha penyelamatan bukannya kerja mudah buat Azmin Ali. Dia sedang berhadapan dengan musuh-musuh dari kalangan kawan-kawannya sendiri. Sekutu-sekutu utamanya mula diserahkan kepada pihak berkuasa seperti SPRM dan PDRM kerana terlibat dalam kegiatan jenayah. Manakala sekutu politik utamanya di Selangor, PAS pula semakin hampir untuk meninggalkan Pakatan Rakyat Selangor.
Apakah benar seperti yang dikatakan kononnya, sebelum dia jatuh, Azmin Ali pula akan membuat pendedahan yang lebih mengejutkan tentang Rafizi Ramli dan kem Wan Azizah yang menjadi musuhnya kini?
Apakah benar, sebelum benar-benar kehilangan jawatan Menteri Besar dan kawalannya ke atas Kerajaan Negeri Selangor, Azmin Ali akan mengumpulkan kekuatannya sendiri, mengenepikan kumpulan pro Wan Azizah dan kemudian membubarkan DUN Selangor?
Kalut dan terus kalut... kekalutan itu menariknya, cuba disembunyikan dengan copy-cat langkah Lim Guan Eng di Pulau Pinang, iaitu berlagak seperti sebuah kerajaan yang benar-benar kaya untuk kakitangan awamnya menerusi pemberian bonus dan duit raya, walaupun hakikatnya, peruntukan-peruntukan daripada Kerajaan Pusat seperti untuk PBT dan MARIS, tidak dibelanjakan sebagaimana sepatutnya, sebaliknya dijadikan sebagai sebahagian daripada pendapatan negeri.
Gang assmin kepanasan... klu kantoi kena tangkap x ade pihak yg cuba bela lagi... tokong.. majlis peguam.. pkr... DAP dan PAN tak tolong dah... kawan makan kawan kesudahanya.... masa menjerit la sorang2....
ReplyDeletelepas ni geng azmin akan londehkn geng kak wan plk kot....sudahnya sama sama terburai.
ReplyDelete