Sekarang pun, kumpulan-kumpulan ProTun dan PKR serta DAP mempopularkan idea dan teori kononnya semua usaha-usaha untuk mencungkil kebenaran disekat, dihalang, bahkan pegawai-pegawai yang berkenaan, bukan sahaja telah dipetisejukkan tetapi juga ditukarkan ke jabatan-jabatan lain.
Ironinya, ramai yang percaya dengan tohmahan-tohmahan tersebut.
Pembangkang khususnya DAP dan PKR dan Tun Dr. Mahathir amat menyokong SPRM dalam isu 1MDB dan RM2.6 bilion wang derma politik tetapi memilih untuk mendiamkan diri dalam isu derma politik RM1.2 bilion kepada seorang pemimpin DAP serta isu-isu rasuah serta penyelewengan melibatkan Lim Guan Eng secara langsung.
Itulah yang dilakukan oleh Rafizi Ramli. Dalam kenyataan terbaharunya, Rafizi Ramli menyatakan dengan penuh yakin, bahawa dia mendapat maklumat bahawa Abu Kassim sebenarnya tidak mahu meletak jawatan tetapi sebaliknya, diarahkan dan dipaksa untuk meletak jawatan. (RUJUK SINI)
Kenyataan oleh Abu Kassim sendiri, nampaknya ditepis dan ditolak oleh Rafizi Ramli. Abu Kassim telah mendedahkan bagaimana dalam dua cubaannya sebelum ini untuk meletak jawatan, telah ditolak oleh kerajaan tetapi tawaran sebagai anggota fakulti Anti-Corruption Academy, Austria telah mempercepatkan permohonannya untuk menamatkan kontraknya dengan SPRM. (RUJUK SINI).
Persaraan wajib Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Mohd Syukri Abdul pada 3 Oktober ini, turut menjadi buah mulut Rafizi Ramli. Persaraan dan perletakan jawatan pegawai-pegawai tinggi SPRM ini, dilihat oleh Rafizi Ramli boleh memanjangkan fitnah dan tohmahan selepas pembohongan dan fitnahnya membabitkan jet kerajaan oleh isteri Perdana Menteri, bukan sahaja telah ditolak oleh rakyat, tetapi juga memalukannya sendiri apabila dia jelas sangat takut apabila Pegawai Khas isteri Perdana Menteri, Dato' Rizal Mansor yang mahu bersemuka dengannya di Kuala Kangsar.
Beberapa isu sebelum ini yang membabitkan SPRM dan Kerajaan Negeri Selangor serta Pulau Pinang, telah ditimbulkan oleh pelbagai pihak. Kenyataan Rafizi Ramli yang cuba menimbulkan sentimen kononnya berlaku konspirasi untuk menutup isu 1MDB dan RM2.6 bilion menerusi persaraan pegawai-pegawai tinggi SPRM itu, sebenarnya dilihat sebagai cubaan untuk menghalang pendedahan membabitkan puak sendiri terutama ketika berita Lim Guan Eng bakal dihadapkan ke mahkamah kerana penyalahgunaan kuasa, penyelewengan dan rasuah telah pun kuat kedengaran.
Abu Kassim dalam kenyataannya, menyatakan dia tidak meletak jawatan kerana paksaan atau desakan, tetapi Rafizi Ramli pula menyatakan, telah berlaku pemaksaan berdasarkan maklumat yang diperolehinya.
Nampaknya, Rafizi Ramli telah pun bertukar menjadi Ketua Penyiasat pula. Rafizi Ramli sudah pasti akan menggunakan modal-modal fitnah untuk menambahkan lagi sensasi siri fitnahnya.
Bagus sangat ke Rafizi girlboy ni,kalau ada satu2 subject baru dia lah akan claim yg dia mendapat maklumat sebaliknya mengenai sesuatu tu. Ooiii Rafizi...kau jadi special branch le lagi baik,semuanya kau tahu.
ReplyDelete.
SPRM KAN selama ni dalam kocek Pembangkang..mcm Gani Patail...so bila ada muka baru nak dicalonkan macm Tan sri Apandi Ag Yang baru...melompat macm beruk kena belacanlah pembangkang sbb semua...balaci yang bersengkongkol dgn mereka mcm si Bahri bini 2 tu dah tak boleh main2. Kta tnggu jer sapalah Pengarah Baru Sprm ni....
ReplyDelete