Ahli Parlimen Alor Setar
1. Jika ukuran masa menjadi benchmark, bermakna DS Ahmad Bashah ternyata dengan segala pengalaman politik dan pentadbiranya telah berjaya melepasi ujian besar.
2. Sekaligus menafikan tuduhan Ahli Parlimen PKR Alor Setar bahawa mesyuarat jawatankuasa krisis 22 Julai lalu hanya bersifat publisiti murahan dan gagal merungkai apa jua masalah.
3. Krisis air berdasarkan rekod sudah bermula sejak 2009, makin parah apabila SADA ditubuhkan 1 Januari 2010. Menjelang Febuari dan Mac tahun yang sama, krisis air menjadi parah.
4. Sepanjang musim perayaan, 2010, 2011, dan 2012, isu air diperkatakan di seluruh Kedah dan ramai pengguna terbeban dengannya.
6. Di zaman kerajaan PAS dan Pakatan WATER Producion Reserve Margin hanya berada pada kadar 0-0.1% setelah ditolah penggunaan harian. Paip dan loji gagal berfungsi dengan kapasiti sepenuhnya selain gagal diselenggara dengan baik termasuk pam-pam ditangki dan motor yang menjana operasi loji.
8. Inilah tinggalan legasi yang bertahun lamanya namun berjaya dirungkai dan diselesaikan oleh DS Ahmad Bashah selaku MB Kedah ketika ini yang hanya baru 6 bulan memegang kuasa.
10. Jika dikatakan penubuhan jawatankuasa bertindak oleh YAB DS Ahmad Bashah agak terlambat, maka sebenarnya usaha menjadi lambat kerana mehnah, kerosakan besar yang terlalu banyak dibaiki ditinggalkan oleh kepimpinan Pakatan rakyat terdahulu.
12. Maka segala sangkaan buruk Ahli Parlimen Alor Setar dari PKR berhubung kepekaan, keseriusan dan tindakan YAB DS Ahmad Bashah adalah sekadar usaha mencari publisiti murahan dan menangguk di air keruh. Walhal khidmatnya kepada 70,000 pengundi di kawasan diwakilinya sendiri gagal disudahkan dengan sempurna sehingga kini. Tindak tanduk Gooi Hsiao Leung, ternyata memalukan dan segala komentarnya ibarat menepuk dulang, terpercik air ke muka sendiri.
Syed Mohd Johan Rizal bin Syed Unan Mashri
Naib Ketua Pergerakan Pemuda
UMNO Bahagian Alor Setar
Masalah bekalan air SADA di Kedah ni dikhabaqkan satu 'projek' sabotaj terancang oleh geng pro Botak. Dikatakan siri pertama geng pro Botak untuk BALAIH DENDAM pada DS Ahmad Bashah.
ReplyDeleteAlhamdulillah satu yg mengejutkan Tok Bashah cukup cekap dan pantas bertindak. Rasanya dlm sejarah saya hidup sebagai anak Kedah, satu2nya MB Kedah yg terus bertindak segera bagi isu awam macam ini.
Pelan tindakan diambil berdasarkan maklumat SADA jugak. Tp Tok Bashah kena ingat SADA ni sapa kepala.. geng2 pro Botak ex KCS ni kemaih depa nak pekena MB kita.
data2 7.5% saja yang terlibat..itu rasanya make up data kot.. dgn bg Tok Bashah leka dan syok..konon sikit jaa yg terjejas..
geng pro Botak amat licik.. bila Tok Bashah baik sangka dgn depa tak lucutkan jawatan, mau ingat depa ni boleh jd hantu raya.. jadi parasit.. termasuklah sekoq dua muka yg ditnjuk dlm blog ni. Dato kepala SADA tu hngpa check sama dgn Dato Aminuddin ni.. boleh percaya kaaa
takkan bodoh terlajak CEO SADA boleh habaq pam rosak laa lori tak cukup laa.. 7.5% saja laa.. kita yg duk tgh2 pekan Aloq Staq ni pun duk low pressure ayaq sejak sblm Rejab lagi.. nk MUHONG apa SADA oiii..
klu tak MUHONG taakkanla org telefon careline nak report pun tkbrani angkattt?
Harap Tok Bashah cerdik dan tak diperbodohkan oleh geng2 parasit pro Botak ni.
Mau ingat.. Ust Azizan disabotaj dlu bkn oleh geng PAS dn PKR saja.. cer jenguk sikit geng2 KCS yg makan TAK KENYANGGG tu.... depa tu bahayaaaa.. klu makan tak kenyang.. esok lusa benda lain pulak akan kena....
Saya kagum sbb DS MB cepat bertindak terhadap isu air ini wpun baru pegang jwtan MB dan pulih dari uzur sakit.
ReplyDeleteTeguran nya pada SADA cukup tegas.. taktaulah kot CEO SADA tu masih tak faham. Tekanan air paip agihan utama SADA ke rumah bukan bertangki reservior amat lemah wapun kemuncak Raya dah tamat. kedai2 hardware skrg boleh untung jual automatic water pump sbb itu shj pilihan yg ada..tapi.. rumah yg xdk pam akn lagi merana.. kena tggu tgh mlm baru air masuk kuat...
Maaf menegur. Betulkan grammar tu sikit tuan.... Action Speaks Louder than Words. Speak tu ada 'S' dihujungnya...sebab 'speak' tu kata kerja dan singular..
ReplyDeleteanon 12:13pm
ReplyDeleteTerima kasih kerana teguran saudara...
Kesalahan tersebut telah diperbetulkan.