Itulah yang sering diperkatakan tetapi semuanya bersifat retorik semata-mata. Dari tukang korek lubang jamban sampailah ke tokoh korporat dan kepimpinan politik, semuanya saling salah menyalah antara satu sama lain mengapa kesedaran dan semangat patriotik di kalangan rakyat semakin menurun walaupun sekadar menaikkan dan menggantung bendera pada sempena Bulan Kemerdekaan.
Tak payah pergi jengok rumah para pemimpin DAP yang rata-ratanya adalah kelahiran dari sistem pelajaran vernakular yang memang tidak ada semangat patriotik melainkan menebal dengan semangat kiasu.
Tak payah juga pergi jenguk kat rumah para pemimpin atau pengikut PKR yang sudah tentu lebih bangga kalau mereka dapat menampal muka Anwar Ibrahim dan kini muka Mahathir di dinding rumah masing-masing.
Tak payah nak perlecehkan PAS kerana matlamat PAS seperti yang diuwar-uwarkan adalah kesyumulan Islam dan bendera Islam bagi orang PAS adalah bendera bulan penuh putih berlatar belakangkan warna hijau.
Kita jenguk rumah-rumah atau kenderaan orang UMNO yang khabarnya sangat kuat semangat patriotik mereka. Sangat bangga dengan perjuangan orang Melayu dari zaman Melaka kalau tidak pun dari zaman Kedah Tua mempertahankan negara ini daripada ancaman luar.
Berapa banyakkah atau ramaikah yang telah menggantung atau menaikkan bendera Malaysia yang seringkali diperlekehkan oleh puak-puak anarki termasuklah kiasu-kiasu DAP dan PKR kerana dikatakan menyerupai bendera Amerika Syarikat, kalau tidak pun menyerupai bendera negara Liberia?
UMNO akan mengadakan mesyuarat agungnya dalam tempoh yang sangat dekat. Kalau majlis Hari Raya Aidil Fitri boleh dibuat sehingga memasuki pertengahan Zulkaedah, mengapa pula agaknya bendera Malaysia tidak boleh dikibarkan sebagai menunjukkan bahawa kemerdekaan yang diperolehi, amat membanggakan UMNO memandangkan kemerdekaan gaya Malaysia, telah diusahakan oleh UMNO, walaupun ditentang oleh PAS, Parti Buruh, Parti Pekerja, Parti Negara, Parti Kemerdekaan apatah lagi Parti Komunis Malaya.
PAS menentang kemerdekaan yang diusahakan oleh UMNO kerana persetujuan pemberian status kewarganegaraan secara automatik kepada imigran-imigran yang bukan sahaja tidak boleh berbahasa Melayu, bahkan, tidak dapat menerima cara kehidupan di negara ini.
Terbukti PAS menerusi Allahyarham Prof. Dr. Zulkifli Ahmad betul apabila sekolah-sekolah vernakular yang dibenarkan membiak dan berkembang, menjadi markas kewujudan spesies kiasu yang akan menuntut apa-apa sahaja, hatta pemansuhan undang-undang pencegahan termasuklah Akta Hasutan agar mereka boleh berbuat apa-apa sahaja di negara ini selepas mereka berjaya menguasai dan memonopoli sektor ekonomi.
Orang UMNO sepatutnya lebih bersemangat patriotik terutama pada Bulan Kemerdekaan ini. Mereka tidak seharusnya malas untuk menggantung atau berbangga dengan Bendera Malaysia yang digelarkan sebagai Jalur Gemilang berbanding orang dari parti-parti lain.
Kepimpinan utama seharusnya mengarahkan semua AJK UMNO daripada keempat-empat Sayap dari seluruh pelosok negara mengibarkan Jalur Gemilang. Kalau AJK UMNO dari sekecil-kecil sehingga sebesar-besarnya pun malas atau bersikap acuh tak acuh sahaja dalam isu pengibaran Jalur Gemilang, tak usahlah bercakap tentang mempertahankan negara dari ancaman luar.
Kalau raya sehari boleh dilanjutkan menjadi sebulan setengah dengan pelbagai acara rumah terbuka, takkanlah menggantung dan mengibarkan Jalur Gemilang jadi masalah besar?
Malu?
Elok letak jawatanlah!!!
Sedangkan orang yg kantoi menyonglap bilion2 takde rasa malu. Apatah sangat sekadar gantung bendera.
ReplyDeleteApa? Tak patriotik? Memalukan negara dengan isu isu songlap beli ubat anti penuaan patriotik sangat ke?