Pages

Thursday, August 4, 2016

KRONI KESAYANGAN MAHATHIR, ANANDA KRISHNAN DIWARANTANGKAP CBI INDIA, RAKYAT MALAYSIA BAKAL DISUSAHKAN!!!



Sudah menjadi satu pemandangan biasa dan telah menjadi objektif dari awal penubuhannya lagi, boleh dikatakan hampir setiap rakyat Malaysia menggunakan ASTRO sama ada menggunakan pakej termahal apatah lagi pakej tercikai, Njoi. Yang pastinya, kalau di bandar, jarang sangat kita melihat rumah yang tidak ada piring satelit ASTRO terngadah ke langit.

Pembolotan atau monopoli ke atas pasaran perkhidmatan televisyen berbayar, membuatkan ASTRO yang dimiliki oleh Ananda Krishnan sangat bermaharajalela dan berbuat sesuka hati mereka, termasuklah menaikkan harga dan servis perkhidmatan yang seringkali menjadi rungutan terutama pada hari hujan. 

Begitu juga dengan MAXIS, salah satu TELCO yang turut mendapat rungutan daripada para pelanggan kerana mempunyai bil-bil terselindung. Rungutan paling amat ketara di kalangan mereka yang menggunakan prepaid MAXIS yang seringkali merungut, data Internet mereka cepat benar kehabisan walaupun mereka sekadar menggunakan WhatsApp tanpa menonton YouTube atau bergayut sepanjang masa di Facebook menggunakan telefon pintar.

Kini, pemilik ASTRO dan MAXIS, Ananda Krishnan yang dipercayai hanya berstatus warganegara Malaysia tetapi lebih banyak berada dan tinggal di London, sedang berhadapan dengan tindakan undang-undang daripada Biro Siasatan Persekutuan India (CBI). CBI telah mengeluarkan waran tangkap ke atasnya kerana didakwa terlibat dalam satu kes penggubahan wang haram hampir setengah bilion Ringgit yang turut melibatkan bekas Menteri Telekom India, Dayanidhi Maran dan saudara lelakinya, Kalanithi Maran. 

Pada Ogos 2014, CBI telah mendakwa adik beradik Maran, Ananda, Marshal dan empat syarikat dalam kes ini. Dayanidhi didakwa telah memperolehi ‘sogokan’ berjumlah Rs742.58 crore (RM451 juta) dan wang itu ‘disimpan’ dalam firma adiknya, Kalanithi. CBI mendakwa Dayanidhi telah ‘memberi tekanan’ serta ‘memaksa’ pemilik syarikat telekomunikasi berpangkalan di Chennai, C Sivasankaran untuk menjual sahamnya dalam Aircel dan dua anak syarikat telekomunikasi kepada firma Malaysia, Kumpulan Maxis pada 2006 termasuk sogokan dalam bentuk pelaburan daripada kumpulan Maxis pada 2011.

CBI mendakwa kerajaan India kerugian USD4.6 bilion (RM18.64 bilion). Penguatkuasa India pada 25 Mei 2016 mengeluarkan saman di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram bagi menyiasat Ananda.

Dalam apa-apa keadaan sekalipun, seorang pemilik entiti yang memonopoli perkhidmatan yang diperlihatkan sebagai perlu dimiliki oleh rakyat, pasti akan memindahkan bebannya kepada para pengguna atas nama rasionalisasi harga atau peningkatan mutu perkhidmatan.

Dan seperkara yang menjadi persoalan, kalau di negara leluhurnya pun, Ananda didakwa terlibat dengan penggubahan wang haram, tidakkah perkara yang sama juga berlaku di Malaysia?

Tidak adakah siasatan ke atas Ananda yang gah dengan gelaran orang kedua terkaya di Malaysia daripada pihak berkuasa Malaysia?

Atau pihak berkuasa Malaysia takut untuk memulakan siasatan walaupun selepas dipicu oleh CBI kerana ada nama-nama lain yang berkait rapat dengan Ananda Krishnan?


5 comments:

  1. INI MANUSIA FUCKING SHIT ANAN JUBO

    ReplyDelete
  2. Jho Low kroni kesayangan sape lak? ooo yea...gambor dalm yacht tu edit yea x? xkan PM maksum kesayangan jiboon-jibonn ngan keluarga bleh bercuti dalam yacht dengan Jho LOw penyangak yang dok merembat harta negara tu kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena kat mamak mudah lupa..cepat benor dia cover. itu baru tukang cuci taik tu....

      Delete
  3. Dia tak kenal sepupu mamak kerala kat sana ke?

    ReplyDelete
  4. asal tak rembat duit 1mdb sudah...

    ReplyDelete