Pages

Wednesday, August 24, 2016

DOA ALLAHYARHAM FADHIL NOOR DIKABULKAN ALLAH TAALA... MAHATHIR MULA 'MAIN TAIK SENDIRI'!!!



Orang pertama yang membuat pendedahan tentang kewujudan komplot konspirasi menggulingkan Najib Abdul Razak adalah Muhyiddin Yassin menerusi rakaman suara yang telah disiarkan oleh Netizen. Walaupun dilawak-lawakkan, tetapi dua hari sudah, Mahathir sendiri mengakui, bahkan menamakan konspirator tersebut sebagai bekas Gabenor Bank Negara, Zeti Aktar Aziz, bekas Peguam Negara Gani Patail dan bekas Pesuruhjaya SPRM Abu Kassim. Terbaru subuh tadi, portal berita kegemaran Mahathir, Sarawak Report pula turut serta membuat pendedahan dengan menamakan lagi 10 orang yang terlibat dan kesemua mereka berjawatan tinggi dalam kerajaan. Cuma Sarawak Report lebih terkehadapan apabila mendakwa DYMM Yang Di-Pertuan Agong turut terbabit dalam konspirasi tersebut.

Menurut Sarawak Report, pada pertengahan 2015, ketiga-tiga konspirator tersebut telah bersetuju dan sependapat yang Najib Abdul Razak telah menyebat dan menyelewengkan berbilion-bilion ringgit dari dana awam, bukan sahaja untuk membiayai kehidupan mewahnya dan isteri serta keluarganya, tetapi juga untuk mendapatkan pengaruh dan kekuasaan dalam pilihanraya yang semakin mendekat.

Sesuatu yang amat menarik ialah, siasatan membabitkan 1MDB bukannya dilakukan pada pertengahan 2015. Sebaliknya, Najib Abdul Razak dituduh dan dipersalahkan kerana tidak memberikan keterangannya berhubung 1MDB dan hanya pada Disember 2016, Najib diarahkan berbuat begitu. Justeru, bagaimana kertas pertuduhan telah disediakan dan disiapkan sebelum siasatan dilengkapkan?

Apabila siasatan lengkap dan diserahkan kepada PAC yang dianggotai oleh 20 orang panel, PAC mengumumkan penemuan mereka pada 7 April 2016 bahawa tidak benar berlaku kehilangan berbilion ringgit seperti yang dituduh dan isu 1MDB sedang diuruskan dengan baik. Kesimpulan tersebut dipersetujui dan telah ditandatangani oleh enam orang Ahli Parlimen pembangkang di dalam PAC termasuklah Tony Pua sendiri.


Ironinya, SR langsung tidak menyebut tentang laporan jurnalis Nile BowiE (RUJUK SINI) tentang jutaan Dolar Amerika Syarikat yang telah disalurkan kepada pihak pembangkang dan NGO pro-pembangkang setiap tahun untuk membiayai aktiviti yang boleh menggoncang kestabilan kerajaan pemerintah. National Endowment for Democracy (NED) sebagai contoh, dilaporkan telah menyalurkan berjuta-juta Dollar kepada pihak-pihak tertentu seperti SUARAM, BERSIH, Merdeka Center menerusi National Democratic Institute for International Affair (NDI) dan International Republican Institute (IRI).

Menurut Nile Bowie lagi, IRI telah menerima USD802,122 pada tahun 2010 bagi membolehkan 'pemimpin-pemimpin negeri di Pulau Pinang dan Selangor bagi membolehkan mereka melaksanakan kajian pendapat awam, latihan serta sumber-sumber lain agar menjadikan mereka sebagai perwakilan yang lebih efektif bagi kawasan masing-masing."

Laporan polis yang dibuat oleh Naib Ketua Pemuda UMNO, benar-benar menggoncangkan sekaligus merencatkan rancangan yang telah diatur. Mahathir tahu, seluruh perhatian tertumpu kepadanya. Jadi, menggunakan HELAH KLASIKnya, Mahathir membenarkan dakwaan tersebut, dan kemudian menyatakan, terdapat empat orang Tan Sri di mana Tan Sri keempat itulah yang menjadi pengkhianat kepada tiga orang Tan Sri yang disebut oleh Naib Ketua Pemuda UMNO dalam laporan polisnya.

Menurut pengikut totok Mahathir, itu adalah cara Mahathir menyindir dan bersikap sarcastic!

RPK dalam blognya, Malaysia Today awal-awal lagi menyatakan tentang 6 orang Tan Sri yang terlibat dalam konspirasi berkenaan.

Mahathir sentiasa menafikan dia merupakan dalang utama dalam usaha menggulingkan Najib Abdul Razak bagi meletakkan proksinya. Namun persoalan lebih awal telah dibuat dan nampaknya tidak diendahkan langsung oleh Mahathir untuk menjawabnya - sama seperti dalam kes tuduhan Barry Wain dalam bukunya yang menuduh Mahathir telah menggelapkan USD100 bilion wang rakyat dan Mahathir pula sekadar mampu mengharamkan buku tersebut daripada diedarkan di Malaysia menerusi kuasanya sebagai Menteri Dalam Negeri ketika itu - tentang bagaimana dia boleh tahu tentang konspirasi tersebut, termasuklah perincian dan orang yang terlibat.


Sekadar HEARSAY yang merupakan alasan klisenya dalam usaha menyelamatkan diri setelah didedahkan oleh Xavier Justo dalam pengakuan bertulisnya tentang rancangan mengenakan Najib dan 1MDB menggunakan dokumen-dokumen yang dibekalkannya?

Sebelum meninggal dunia, Allahyarham Fadhil Noor, Presiden PAS pada waktu itu berdoa agar Allah Taala memanjangkan usia Mahathir agar dia dapat melihat sendiri kerosakan yang telah dilakukannya kepada negara ini terutama penganiayaan-penganiayaan yang dilakukan oleh Mahathir ke atas musuh-musuh politiknya.

Mahathir sudah tentu tahu apa yang disiarkan oleh SR subuh tadi. Dan demi mengelakkan kerosakan yang lebih besar dan tembelang yang terbuka lebih lebar, Mahathir cuba mengawal kerosakan itu dengan menyebut tentang seorang lagi Tan Sri yang terlibat dalam konspirasi berkenaan tetapi kemudian telah mengkhianati gerombolan konspirator tersebut.

Sama seperti orang nyanyuk, Mahathir sedang bermain-main dengan tahinya sendiri, bukan sepenuh untuk dirinya tetapi untuk kroni dan demi menyelamatkan anak lelakinya yang tidak cemerlang langsung dalam bidang politik!


12 comments:

  1. Mahzalm salahkan Megat berhubung ISA; Mahazalm tuding pada Mus bersabit insiden Memali; Mahazalm salahkan daya ingatan berhubung skandal PKFZ; Mahazalm salahkan AnWar bila Soros melanda. Senarai ini boleh diteruskan tapi satu internet tak cukup ruang untuk senaraiannya.

    ReplyDelete
  2. Semuanya angkara duit..

    ReplyDelete
  3. Mahataik bermain dgn taik sendiri.....bayar cash sebelum mampus!

    ReplyDelete
  4. Jangan Lupa Sertai Himpunan #TangkapMO1 Sabtu Ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. balik main taik ngan madey ler....

      Delete
    2. Ada jugak kaki main taik kat sini.
      Hahahahaha

      Delete
  5. Turun je la.. duit dah berkepuk! Nak apa lagi nak kalau tak salah.

    ReplyDelete
  6. Ksihan tun m.. Dlm kehinaan skrg.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Si tua kutuk ni yg minta dihina..m

      Delete
  7. Duit dan kuasa...

    ReplyDelete
  8. Malas mau cakap banyak, sekilas pandang nampaknya tuan blog ni yang sedang main dengan taiknya sendiri...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ko pegi main taik dengan situa tu elok2..jgn terpalit kat org lain ok...main perlahan2an

      Delete