Pages

Thursday, August 25, 2016

NAJIB SEPATUTNYA SERTAI LIM KIT SIANG KALAU NAK CARI JALAN PINTAS SELAMATKAN DIRI DARIPADA TUDUHAN RASUAH DAN PENYELEWENGAN!!!



Selama bertahun-tahun, Kit Siang dan konco-konconya menggunakan isu PKFZ yang dikatakan sebagai skandal rasuah bernilai RM12.5 bilion.

Jumlah sebenarnya hanyalah lebih kurang RM3 bilion. Nilai RM12.5 bilion merupakan nilai anggaran yang diberikan oleh PWS untuk keseluruhan kerugian yang akan berlaku pada tahun 2050 sekiranya tiada sesiapa yang menyewa lot-lot di PKFZ dan pinjaman tidak distrukturkan semula. 

PKFZ merupakan isu besar bagi Pakatan pada PRU tahun 2008 dan juga turut digunakan secara meluas pada PRU tahun 2013.

Serangan ke atas PKFZ dan Kerajaan yang dilakukan oleh DAP dan Kit Siang, samalah seperti yang dilakukan oleh Mahathir dan konco-konconya ke atas 1MDB dan Najib Abdul Razak.

Menariknya dalam isu 1MDB dan PKFZ, kaitannya adalah Mahathir.

Dua individu utama dalam isu PKFZ adalah Ling Liong Sik yang didakwa dengan tiga tuduhan menipu kerajaan dan Mahathir, orang yang memulakan projek tersebut pada tahun 2002 dan sebagai perdana Menteri serta Menteri Kewangan yang telah meluluskan penilaian tanah, kadar faedah yang dikenakan ke atas tanah dan perjanjian-perjanjian tersebut.

Ling Liong Sik bagaimanapun 'diselamatkan' oleh testimoni mahkamah Mahathir pada tahun 2013 apabila Mahathir mengakui bahawa 'Ling adalah seorang yang jujur yang sudah tentu tidak akan menipu Kabinet.'

Terselamat daripada tindakan mahkamah, Ling Liong Sik membalas budi Mahathir dengan menyertai gerombolan Mahathir dalam Gerakan Selamatkan malaysia membabitkan isu 1MDB. 

Dan yang lebih menarik lagi ialah, Kit Siang dan gerombolannya telah menghentikan serangan ke atas PKFZ serta-merta, sebaliknya menyertai Mahathir dan Ling Liong Sik untuk 'menyelamatkan Malaysia' daripada skandal 1MDB yang dikatakan sebagai menjual dan melelong negara ini kepada pihak asing.

Hilang sudahlah segala azam untuk memasukkan Mahathir dan Ling Liong Sik ke dalam penjara sepertimana yang dilaung-laungkan oleh Kit Siang dan konco-konconya. Hilang juga kisah nak selamatkan dan dedahkan kegiatan rasuah melibatkan wang rakyat yang dibalun dari Petronas, KWSP, Tabung Haji dan sebagainya.

Malahan, buku yang ditulis oleh Kit Siang tentang PKFZ yang berjudul, "Mother of All Scandals: The RM12.5 bilion PKFZ Rip-off" juga nampaknya tidak lagi dipopularkan dan dipromosikan untuk jualan. 

Dengan kata-kata lain, semua pendedahan dan keazaman disimpan dan dilupuskan, hanya kerana sekarang ini Mahathir dan Ling Liong Sik bersama-sama dengan DAP untuk mengenakan Najib dan Barisan Nasional.
Buku tersebut masih lagi boleh dibeli menerusi dalam talian. Kalau bernasib baik, anda bolehlah cuba mendapatkan tandatangan atau autograf daripada Ling Liong Sik dan Mahathir memandangkan kedua-duanya adalah konco paling akrab Lim Kit Siang sekarang. 

Harga buku tersebut masih lagi RM12.00 dan masih tidak berubah serta tertakluk di bawah GST.

Penyelesaian mudah untuk menutup skandal atau penyelewengan atau rasuah yang dilakukan atau diamalkan sebelum ini, adalah dengan menyertai Lim Kit Siang dan akrab dengannya. Selepas itu, anda akan menjadi suci sesuci-sucinya walaupun sebelum itu, anda ditanggapi sebagai makhluk paling terlaknat, dan paling keji.

Anwar Ibrahim telah membuktikannya. Mahathir dan Ling Liong Sik juga telah membuktikannya. Apakah Najib juga akan membuktikan teori suci ini juga?


3 comments:

  1. Kesimpulanya ialah dalam politik seseorang seperti LKS boleh verubah dari pemangsa kepada pemakan dedak dalam sekelip mata. Kik kik kik

    ReplyDelete
  2. Najib tidak seperti Tun M, dia ada prinsip, 1MDB adalah rekaan dan fitnah semata-mata oleh PAKATUN HARAMJADAH. Diri sendiri tahu sama dia buat atau tidak. kalau betul ada kes dengan bukti dokumen dia sudah dicaj di mahkamah. Mustahil dengan amaun yang begitu banyak tentu sekali PAKATUN akan buat Polis report atau bawa Najib keMahkamah.Mereka hanya berpandukan hearsay rekaan dan benda yang sama mereka sebarkan kepada semua media luar negara dengan bayaran penruntukan sebanyak RM2bilion. Mahathir pengerusikan mesyuarat di London berkenaan antara lain-lain ialah peruntukan RM2 bilion ini.

    ReplyDelete
  3. Semoga Allah melaknat sesiapa yg memfitnah.

    ReplyDelete