Pages

Thursday, August 25, 2016

MAHATHIR DICEMUH KHALED NORDIN AGAR TIDAK BERCAKAP BENDA YANG DIA SENDIRI TIDAK DAPAT JIWAI!!!



Saya ingin merujuk kepada pandangan Tun Dr. Mahathir Mohamad berhubung kebangkitan nasionalisme Johor dan konsep Bangsa Johorsemalam.

Saya mempunyai pendirian yang berlainan dan menyanggah dengan tegas kenyataan tersebut. Pendirian saya adalah selari dengan pandangan DYMM Sultan Johor berhubung perkara ini.

Pertama, kebangkitan nasionalisme Johor, dalam apa cara sekalipun, tidak bertujuan untuk menjurus kepada perpisahan daripada Persekutuan Malaysia.

Johor adalah sebuah negeri yang membentuk Persekutuan Malaysia dan akan terus mendukung hubungan eratnya dengan Kerajaan persekutuan.

Namun, hubungan Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Persekutuan mesti diterjemahkan selayaknya atas semangat sebuah persekutuan dan bukannya sebagai sebuah negara satuan atau ‘unitary’.

Kedua, Bangsa Johor adalah satu identiti politik Johor yang menjurus kepada perpaduan dan sikap muhibah. Ia menyeru kepada muafakat pelbagai kaum. Malah ia menjadi matan yang menyatukan segala kerencaman bangsa, agama dan keturunan di bawah satu identiti kenegerian yang bersandarkan kepada keharmonian, persefahaman dan toleransi.

Ketiga, Bangsa Johor yang bersatu padu, maju,harmoni dan berada dalam keadaan terbaik bukan sahaja akan menjadikan Johor dan masyarakatnya lebih baik. Malah ia akan menjadikan Malaysia dan masyarakatnya juga lebih baik. Ia dengan sendirinya akan mengukuhkan Malaysia sebagai sebuah Persekutuan. Negeri-negeri yang kuat, dengan masyarakat yang kuat akan membentuk persekutuan yang kuat.

Keempat, nasionalisme Johor dan konsep Bangsa Johor adalah identiti unik yang telah lama sebati dengan Johor dan amalan masyarakatnya. Seawal 1920-an apabila DYMM Almarhum Sultan Sir Ibrahim memperkenal dan menggunakan istilah tersebut. Ini bermakna, penggunaan Bangsa Johor sudah wujud lebih awal dari kemerdekaan dan kewujudan Malaysia.

Kelima, terimalah kebangkitan nasionalisme Johor dan Bangsa Johor ini sebagai sebahagian dari kepelbagaian dan kerencaman Malaysia. Malaysia mempunyai pelbagai cerita dan pelbagai cerita terbaik. Kemajmukan inilah yang menjadikan Malaysia kuat dan istimewa.

Saya menyeru semua pihak untuk meneladani kebangkitan Johor dan nasionalismenya. Ia harus menjadi pacuan moral untuk kita lebih menghargai kepelbagaian berbangsa dan bernegara secaraprogresif dan sihat.

Kepada Tun Dr Mahathir, saya beranggapan tidak perlulah untuk beliau bercakap dan mengulas tentang perkara yang bukan menjadi bidang kearifannya. Sesuatu yang beliau tidak dapat hargai atau jiwai.

Kami di Johor akan terus berbangga memelihara dan berusaha mempertahankan segala warisan dan konsep yang boleh menjayakan dan menyatukan segenap rakyat negeri ini.

Mohamed Khaled Nordin
Menteri Besar Johor
25 Ogos 2016


10 comments:

  1. Patut catitan ini perlu ditujukan kepada Muhyiddin juga. Beliau patut malu sebagai orang Johor. Bersengkongkol dengan pengkhianat bangsa.

    ReplyDelete
  2. Kita tahu orang Johor hebat dan sering bangga jati diri mereka sebagai bangsa Johor.tapi bangga mereka bertempat suatu dulu saya juga bangga jadi anak Selangor tp sejak Pembangkang memerintah...rasa malu nak mengaku anak Selangor...macm tak selesa sbb kita tahu yang perintah Selangor ni Dap bukan Pas atau Pkr...so sedar2 lah wahai orang Selangor

    ReplyDelete
  3. Kedamaian bermula dari rumah. Perpaduan bermula dari sekolah. Alam pendidikan sedia ada lebih banyak menjurus kepada perpecahan berbanding perpaduan. Mengujudkan suasana kondusif ke arah perpaduan dalam alam pendidikan bukanlah satu yang popular lantaran pihak yang mahukan status quo alam pendidikan terus kekal mempunyai lobian lebih kuat dari lobian pihak yang mahukan ianya disatukan. Dan kenapa PM22 memilih untuk makan lobian pihak yang pertama (kekalkan sekolah vernakular) hanya beliau saja yang tahu.

    ReplyDelete
  4. Kepada rakyat Malaysia terutama dari Johor janganlah salah tafsir niat Tun Dr Mahathir dalam kenyataan mengenai Bangsa Johor. Apa yang dia dan kebanyakkan rakyat Malaysia bimbang ialah suatu hari nanti Johor akan terpisah dari Malaysia. Jika ini tidak benar rakyat Johor, MB Johor dan semua yang berkenaan beritahulah kami apa sebenarnya maksud dan tujuan Bangsa Johor. Beritahulah kami yang Johor sedikit pun tiada niat untuk keluar dari Persekutuan. Berilah keyakinan kepada kami rakyat Malaysia bahawa perpecahan ini tidak mungkin berlaku. Moga senang hati semua rakyat Malaysia. Itu saja

    ReplyDelete
  5. Kuasa di tangan rakyatAugust 25, 2016 at 8:08 PM

    Sudah terlambat. Feudalism di mana seorang mengaku semua haknya telah terhakis dengan demokrasi.
    Kuasa di tangan rakyat.

    ReplyDelete
  6. Belum lagi apa apa Parti Bunga sudah menyusahkan MalayFirstDin! Apakah ini petanda awal Presiden Protem Parti Bunga hanya akan pegang jawatan untuk seketika sebelum Presiden Kekal ambil alih kedudukan?

    ReplyDelete
  7. Yg patut berambus dari persekutuan tanah melayu ialah bangsa Kedah Lama.... ramai pengkhianat negara dan talibarut penjajah...nak Fakta... .? Tungguuuu.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mcm menarik... Mohon email pd sy kisah ini kalau xkeberatan.. ivankashif@mtradeasia.com

      Delete
  8. Penggunaan kata "bangsa" di salahguna.

    Bangsa di guna untuk ras atau suku kaum manusia, bukannya di guna pada rakyat atau sekelompok manusia dalam sesuatu kampong, daerah, negeri, atau negara.

    Penggunaan salah tafsir "bangsa" ini di mulakan oleh kaum cina di malaysia dalam beberapa tahun ini setelah melihat kekuatan parti pembangkang menguasai sebahagian pemerintahan di malaysia. Mereka yang sememangnya tidak fasih berbahasa melayu telah berjaya melayani salah bahasa malaysia/melayu mereka kepada penggunaan bangsa malaysia yang seharusnya di gunapakai sebagai rakyat malaysia atau warganegara malaysia. Itu sahaja.

    Namun atau malang sekali, kesalahan penggunaan bangsa ini mula di guna pula orang melayu menjadikan kesalahan pengunaan "bangsa" menjadi biasa sehingga menjadi caca marba dalam tatabahasa melayu itu sendiri.

    Apakah orang cina di china yang tinggal di shanghai di panggil sebagai bangsa shanghai, atau bangsa beijing, atau bangsa guandong dan sebagainya yang sepatutnya di panggil sebagai bangsa cina sahaja!. Atau mereka yang tinggal di new delhi di panggil bangsa new delhi, bangsa mumbai, bangsa madras. Habis bagaimana pula untuk merujuk mereka sebagai kaum tamil atau orang india?

    Walhal sepatutnya bangsa di gunapakai kepada ras sesuatu kaum itu. Bangsa india, bangsa cina, bangsa afrika, bangsa melayu, bangsa eropah. Agak kecelaruan bila mana bahasa melayu terpaksa mengguna pakai istilah bangsa hasil dari kesalahan penggunaan oleh orang cina atau orang tamil di malaysia.

    Tak lama lagi bahasa melayu/ bahasa malaysia terpaksa menerima penggunaan bangsa untuk merujuk sekumpula manusia yang tinggal di daerah setempat. Umpamanya bangsa new york, bangsa seattle, bangsa melbourne, bangsa brisbane, dan sebagainya. Amat lucu sekali ya! Bahasa melayu itu sendiri kini telah di pengaruhi/di cemari oleh orang bukan melayu dan di terimapakai oleh melayu sendiri!.

    ReplyDelete
  9. kecelaruan penggunaan "bangsa" mesti di hentikan.

    ReplyDelete