Pages

Thursday, August 25, 2016

TITAH DUA SULTAN... SEORANG KECAM SI TUA YANG TAK ADA JIWA, SEORANG LAGI KECAM 'PERAMPASAN' TANAH UNTUK GOLONGAN MEWAH!!!



Pagi-pagi tadi, netizen memberikan perhatian kepada titah KDYMM Sultan Johor yang murka dengan ulasan Mahathir tentang BANGSA JOHOR. KDYMM Sultan Johor bahkan mengatakan, Mahathir tidak selayaknya bercakap tentang apa yang tidak diketahuinya.

Sudah tentulah natijah daripada titah KDYMM Sultan Johor itu, akan mencetuskan pelbagai reaksi terutama sekali daripada golongan pentaksub Mahathir. Apatah lagi, Mahathir seringkali digambarkan sebagai orang yang tidak pernah melakukan kesalahan, bahkan sentiasa berjuang untuk rakyat negara ini walaupun hakikatnya, Mahathir hanya bersuara apabila kepentingan anak-anak lelakinya dan kroni-kroninya seperti dalam isu JAMBATAN BENGKOK, terjejas.

Jangan berasa hairan sekiranya akan berlaku gelombang pengejian dan caci nista terhadap KDYMM Sultan Johor menerusi media sosial dan medium-medium lain kerana menyentuh si tokong tua itu. Apatah lagi, Mahathir dikatakan sebagai pemecah-belah orang Melayu dan masyarakat Malaysia dalam usahanya untuk mengekalkan keberadaannya dalam politik Malaysia.


KDYMM Sultan Perak pula menegur dan memperingatkan tentang PENJAJAHAN BENTUK BARU menerusi pembinaan rumah-rumah mewah yang kemudiannya dijual kepada warga asing, bagi membolehkan keuntungan cepat diraih oleh pemaju-pemaju perumahan.

Walaupun terdapat undang-undang yang memerlukan pemaju-pemaju perumahan menzahirkan tanggungjawab sosial mereka, terutama dalam bentuk pembinaan rumah-rumah mampu milik, tetapi selepas 2008, undang-undang tersebut seperti tidak wujud lagi. Pemaju-pemaju perumahan lebih berminat untuk membina rumah-rumah mewah dan kemudian melakukan desakan agar kerajaan melonggarkan undang-undang yang membolehkan warga asing memilikinya.

Seperti yang berlaku di Selangor, Pulau Pinang dan beberapa buah negeri lain, warga tempatan seperti sudah tidak bernilai dan tidak dilihat sebagai memerlukan kediaman. Bahkan warga tempatan dipaksa untuk bertanding dengan warga asing dalam bentuk pemilikan hartanah.

Lebih malang lagi ialah, persatuan pemaju perumahan pula seringkali dilihat mendesak kerajaan untuk membenarkan kenaikan harga rumah dengan pelbagai alasan, termasuklah kononnya berlaku kenaikan barangan pembinaan.

Isu rumah dan tanah sememangnya amat menarik perhatian kerana KETIDAKADILAN, KETIRISAN dan PENYELEWENGAN KUASA memang jelas berlaku walaupun diselindungi oleh alasan pembangunan.

Justeru titah dan ingatan Seri Paduka Sultan Perak, sewajarnya mendapat perhatian segera daripada pihak berkaitan, khususnya SPRM!!!


5 comments:

  1. Walaupun saya bukan orang Perak, saya hormat dan bangga dengan DYMM Sultan Perak yang memang prihatin dan berjiwa rakyat.

    ReplyDelete
  2. Bro marah sangat dgn Tu M,,
    Jangan mcm tu bro,, biar lah Tun M main politik dgn org politik
    Itu normal,,
    Yg tak normal bloger main politik,,
    Kita harus berpijak di bumi yg nyata,,
    Cuma kita malu pasal dunia arab dan derma Arab,,
    Klu zamn Tun kita bangga bila pergi ke dunia Arab
    Sebab Tun M
    Dia di sanjung kerana membatu Negara islam dan balum zionis serta amerika

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu 29% sisi baik dia yang lagi 71% tu yang menyusahkan kita.

      Delete
  3. APALAH KISAH SANGAT DERMA ARAB ORANG ARAB NAK DERMA.. Dia punya pasal lah yang ente bising mcm itu duit ente punya atau mak bapak ente punya Pm Najib tidak mencuri apalagi meminta minta.buat apa ente mahu malulah.....

    ReplyDelete
  4. Apa mahathir mahu... Dulu katanya melayu mudah lupa..

    ReplyDelete