Memberi syarat yang UMNO tidak boleh menjadi PAS kedua, jurucakap MCA Ti Lian Ker, menawarkan diri untuk mengajar UMNO agar UMNO berjaya menarik undi daripada pengundi-pengundi bukan Melayu.
Menariknya, Ti Lian Ker pula terlupa bahawa MCA sendiri gagal menarik undi Cina kepada parti yang membentuk Perikatan dan merupakan komponen utama Barisan Nasional. Walaupun pada PRU tahun 1999, MCA merupakan komponen utama yang mengekalkan kedudukan Mahathir sebagai Perdana Menteri tetapi selepas itu, MCA terus merosot dan yang paling teruk adalah pada tahun 2008 dan 2013 apabila kerusi-kerusi Parlimen yang berjaya dimenangi adalah kerusi-kerusi bermajoriti Melayu. Manakala kerusi-kerusi bermajoriti Cina, semuanya terlepas ke tangan DAP.
Pada PRU 2013, UMNO pula merupakan parti dominan dalam komponen Barisan Nasional dan berjaya menguasai 87 kerusi Parlimen berbanding MCA yang cukup sukar untuk mengalahkan DAP di kerusi-kerusi yang ditandingi sekalipun suatu ketika dahulu, kerusi-kerusi seperti Pandan merupakan kerusi yang dimenangi oleh MCA.
Seharusnya, MCA sebelum mengajar UMNO, lebih baik mengajar diri sendiri dahulu. Mencari rentak kemenangan kalau tidak pun mengekalkan kerusi-kerusi yang dimenangi sekarang ini. Retorik menerusi media seolah-olah MCA berada di kemuncak kekuatan, tidak akan banyak membantu parti tersebut mengatasi DAP.
Malah 'mengusik' UMNO juga tidak akan memberikan kelebihan sokongan kepada MCA sepertimana yang berlaku kepada kerusi Parlimen Bandar Tun Razak yang sudah beberapa penggal terlepas dari tangan walaupun MCA Bandar Tun Razak dikatakan sangat kuat.
Walaupun tidak seperti DAP yang gemar menyalahkan pihak lawan, MCA juga sebenarnya tidak terkecuali daripada perangai tersebut apabila mereka mencari jalan menyalahkan UMNO dan pengundi-pengundi Melayu sepertimana yang berlaku dalam kes Wangsa Maju.
Memang benar, UMNO perlu mendapatkan undi daripada pengundi-pengundi bukan Melayu tetapi MCA pastinya tidak akan senang jikalau UMNO menjadi terlalu dominan apatah lagi bila diejek-ejek dan diperlekehkan oleh DAP sebagai 'budak suruhan UMNO' seperti yang kerap berlaku sebelum ini.
Ti Lian Ker menasihati UMNO agar menjadi lebih urban dan bermentaliti bandar agar mencapai kemenangan lebih besar. Tetapi Ti Lian Ker terlupa bahawa UMNO bertanding kebanyakannya di kerusi-kerusi kampung, manakala yang bertanding di kerusi-kerusi bandaran adalah MCA. Dan MCA sentiasa gagal semenjak beberapa PRU lalu untuk mencatatkan kemenangan di kerusi-kerusi bandaran termasuklah Parlimen Alor Star!
Jadi, daripada mengajar ibu ketam berjalan lurus, lebih baik anak ketam sendiri memperbetulkan kangkang dan mensejajarkan langkah sendiri supaya tidak dimalukan. Apatah lagi MCA sekarang ini terlalu mirip DAP di dalam Barisan Nasional.
Suruh dia belajar eja Lanchau dulu..
ReplyDeletePeratusan undi Cina yang dipungut oleh calon Melayu lebih besar dari peratusan undi Cina yang diperoleh oleh calon MCA? Bior betoi.
ReplyDeletecina2 d msia seperti mca dah jadi musoh dalam selimut. nihh klau umno pilih utk jadi buta kita sebagai biasa dah payah nak komen banyak dan tunggu pr akan datang. umno better wake up..
ReplyDeletemembuta lama sgt sampai perut dah ramai yg boroi...