Rafizi Ramli, orang yang paling terkenal sebagai pembohong besar dalam banyak isu, mengakui bahawa dia sudah bersedia untuk tinggal di dalam penjara sebagai hukuman di atas perbuatan dan penipuannya.
Walaupun berselindung dan cuba memuliakan diri, kononnya pemenjaraan itu adalah disebabkan perjuangannya membela rakyat, umum masih ingat kejayaan terbesar Rafizi Ramli adalah mengekalkan penguasaan kartel-kartel daging di negara ini dan menghapuskan terus ancaman ke atas kartel-kartel tersebut menerusi daging halal yang dikeluarkan oleh fidlot tempatan yang dibiayai oleh pinjaman mudah kerajaan.
Begitu juga ketika Rafizi Ramli hampir berjaya mempengaruhi sebahagian besar pendeposit dalam Tabung Haji dengan cerita Tabung Haji bankrap atau mendapat sokongan daripada segelintir besar anggota tentera kononnya pencen mereka tidak dapat dibayar oleh Angkatan Tentera Malaysia kerana wang tabungan pencen mereka di dalam LTAT telah digunakan untuk membiayai 1MDB.
Mahkamah Sesyen hari ini membuat keputusan membenarkan pendakwaan kes ke atas Rafizi Ramli di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972.
Hakim Mahkamah Sesyen, Zulqarnain Hassan berkata, bukti-bukti yang diberikan oleh pasukan pendakwaraya mencukupi untuk mewujudkan kes prima facie ke atas Rafizi.
Rafizi juga didakwa kerana memiliki 98 muka surat Laporan Audit 1MDB secara tidak sah, yang masih lagi diklasifikasikan di bawah OSA.
Sekiranya didapati bersalah, di bawah Seksyen 8(1)(c)(iii) Akta tersebut, Rafizi Ramli akan berhadapan dengan penjara sehingga tujuh tahun.
Rafizi turut didakwa mendedahkan isi kandungan laporan tersebut dalam satu sidang media pada 28 Mac tahun ini, di bawah Seksyen 8(1)(c)(iv) Akta yang sama yang akan menyebabkan dia dihukum penjara selama tujuh tahun sekiranya didapati bersalah.
Inilah balasan kecil, beliau telah banyak buat fitnah hingga mempengaruhi orang2 yang hendak tunaikan ibadah haji.
ReplyDeleteRafizi dapat gelaran adiwira kerana whistle blower; Chiku BarD jadi gelandangan kerana whistle blower. Kenapa double standard?
ReplyDeletedia nak jumpa abang dia d bamboo river..rindu la tuh...hahaha
ReplyDelete