Menariknya, penjajahan tersebut tidak dilihat sebagai penjajahan sebaliknya Negeri-Negeri Melayu diletakkan di bawah 'Kuasa British' dengan kemasukan imigran-imigran, terutama sekali di Negeri-Negeri Selat seperti Pulau Pinang, Melaka dan Singapura.
Kesannya, hari ini, Pulau Pinang, Melaka dan Singapura menyaksikan dominasi kaum imigran. Malah dari negeri-negeri itulah, keturunan imigran bersurah kononnya, Negeri-Negeri Melayu tidak wujud sebelum 1400 iaitu pembukaan Melaka oleh Parameswara, dan orang Melayu adalah pendatang dari negara-negara lain, sama seperti mereka di bumi ini.
Terlalu lembut dan terlalu mengabaikan dalam pemuliharaan dan pemeliharaan fakta sejarah, akhirnya menyaksikan BUMI DIPIJAK MILIK ORANG.
Perak sebagai negeri 'pencetus penjajahan' (walaupun Kedah mendahului menerusi serangan Ayuthayya, Sukhothai dan beratus tahun sebelum itu, Mahabalipuram) nampaknya, kurang memberikan penekanan kepada kesan-kesan sejarah ketamadunan Melayu di negeri berkenaan terutama sekali penentangan orang Melayu terhadap penjajahan dan kedatangan imigran.
Tidak hairanlah Taiping yang dinamakan sempena perjanjian damai dalam Perang Tinju di China, namanya mengambilalih nama Melayu, Klian Pauh. Begitu juga dengan Pulau Pangkor yang dinamakan sempena nama penghulu orang Cina di pulau tersebut, telah memadamkan terus nama Pulau Dinding, nama asalnya.
Di bawah adalah copy-paste daripada FB Syed Azharul Asriq yang melawat kawasan bersejarah PASIR SALAK YANG TELAH DIABAIKAN oleh pihak berkuasa di Perak.
## ******* ##
Seronok dapat menziarahi kawasan sejarah, warisan bangsa. Di Taiping, kami menziarahi War Cemetary dan Muzium Perak. Sempat juga kami menziarahi Muzium Larut. Berdekatan Muzium Larut, adanya makam seorang pahlawan bangsa, Dato' Sagor namanya. Dato' Sagor dihukum gantung oleh British pada 20 Januari 1877 atas kesalahan bersubahat membunuh Residen British, JWW Birch pada 2 November 1875.
Tiada papan tanda menuju ke Makam Dato' Sagor. Kami dengan menaiki kereta meredah kawasan kampung sehingga kami tiba di tapak pelupusan sampah. Saya turun dari kereta, bertanya kepada pak cik pengawal tapak pelupusan sampah itu, di mana lokasi makam Dato' Sagor. Rupanya kawasan makam pahlawan bangsa ini di sebelah tapak pelupusan sampah sahaja.
Kecewalah kami melihat suasana persekitaran makam Dato' Sagor. Sudahlah lokasinya berdekatan tapak pelupusan sampah, makam ini bersemak dan pondoknya hampir roboh. Papan tanda juga sudah tertanggal. Mengapa makam seorang pahlawan bangsa dibiar sedemikian rupa? Apa sudah jadi? Adakah kita sudah merdeka dari British, terus kita lupakan jasa mereka yang terkorban untuk menghalau British?
Kami pergi pula ke Kompleks Sejarah Pasir Salak keesokannya, pada 25 September 2016. Malang sekali, jauh kami datang, kompleks sejarah ini ditutup rupanya. Kami bertanya kepada pengawal yang menjaga kawasan ini, katanya kompleks sejarah ini ditutup sejak banjir 2014. Katanya, barang banyak rosak, tiada penjaga yang menjaga muzium. Tahun ini tahun 2016, sudah 2 tahun berlalu, mengapa masih ditutup lagi?
Mengapa kawasan sejarah ini terbiar tidak terjaga? Pasir Salak ialah lambang kemerdekaan tanahair kita. Di sinilah bermulanya gerakan menghalau British di Tanah Melayu. Namun setelah British sudah lama pergi, Pasir Salak dilupakan dan terbiar....
Sejarah tidak berulang, namun kesilapan nenek moyang boleh berulang. Siapa yang melupakan sejarah, dia akan mengulangi kesilapan sejarah yang sama.
Syed Azharul Asriq,
Pelajar UIA,
Penulis buku "Siput Yang Mengubah Sejarah" yang kecewa melihat kawasan sejarah bangsa, tidak dipedulikan sesiapa
Orang perak.. Kome buat apa tidor ke...makam.pahlawan yang bersemak.terbior bersemak ate...sapa nak bersihkannya... NAJIB jugak ke
ReplyDeleteAdoiiyai...kome yg duduk kat kerusi empok tu tlg le nengok sikit..
ReplyDeleteUdah udah le tu...
malu teman, org perak weih!...ate mane ropernyer zambri oii...tido lagi ke? jangan esok dah tumpo org melayu perak, baru kome nak mengelejat.
ReplyDelete