Pages

Thursday, October 20, 2016

PATUTNYA TANYA, BERAPA RAMAI ANAK-ANAK CINA DAP BERBANDING MELAYU UMNO/PAS DALAM PERMATA PINTAR NEGARA!!!



Pastinya berita yang disiarkan ini dianggap sebagai mengada-ngada dan menunjuk-nunjuk.

Namun ia merupakan salah satu bukti keberkesanan pengesanan bakat dan kebolehan kanak-kanak dari peringkat lebih awal yang membolehkan pasukan pendidik menfokuskan keupayaan dan kebolehan mereka.

PERMATA PINTAR mendapat kecaman teruk daripada DAP dan PKR. Walaupun pada masa yang sama, jumlah permohonan kemasukan pelajar-pelajar dari aliran Cina bertambah saban tahun, bahkan menguasai PERMATA PINTAR, namun demi politik dan kepentingan sempit, DAP berusaha memburuk-burukkan PERMATA sebagai salah satu entiti yang membuang duit rakyat.

Gambaran yang diberikan adalah PERMATA merupakan 'tabungan' Rosmah Mansor yang menjarah wang rakyat Malaysia untuk keseronokannya.

SINAR HARIAN melaporkan seramai 732 orang pelajar telah menerima tawaran untuk memasuki Kolej PERMATA PINTAR bermula dari tahun 2011 sehingga 2016 dan seramai 415 orang pelajar telah berjaya menamatkan pengajian mereka di Kolej PERMATA PINTAR. Pelajar-pelajar tersebut juga sedang melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana Muda, Sarjana dan Doktor Falsafah dalam dan luar negara.

Itu jawapan yang diberikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Azalina Othman Said di Parlimen, yang turut menyatakan semenjak tahun 2009, Pusat PERMATA PINTAR NEGARA telah mengenalpasti seramai 5330 orang pelajar yang boleh dikategorikan sebagai 'genius' atau pintar pada tahap yang berbeza-beza.

Pelajar dari kumpulan pertama iaitu seramai 115 orang telah berjaya menamatkan pengajian mereka di peringkat Sarjana Muda dan sebahagian daripada mereka pula telah berjaya mendapatkan tempat untuk melanjutkan pelajaran di institusi-institusi pengajian tinggi awam ternama di dalam dan luar negara.

Lebih menarik lagi ialah, 95% daripada pelajar-pelajar tersebut belajar dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), manakala selebihnya adalah dalam bidang sains sosial.

Salah seorang daripada pelajar PERMATA PINTAR juga telah diterima bekerja dengan APPLE INC. sebaik-baik sahaja tamat pengajiannya dari University California, Los Angeles.

Kolej Permata pintar adalah sebuah institusi pendidikan sekolah menengah yang diberi taraf sebagai Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK) oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada bulan April 2014.

Kolej ini mula mengambil pelajar yang pertama pada tahun 2011.

Perhatikan... 

Ketika DAP bersungguh-sungguh menternak dan mengkaderkan pelajar-pelajar Melayu terutama dari aliran Sains Sosial dari universiti-universiti awam, mereka pada masa yang sama, amat menyokong kemasukan puak mereka ke dalam PERMATA PINTAR. Walaupun pada masa yang sama, mereka sering melalak dan menyalak tentang meritokrasi dan bukannya kuota, atau lebih tepat penguasaan majoriti sesuatu kaum, penguasaan anak-anak mereka dalam PERMATA PINTAR pula dianggap sebagai sesuatu yang sangat wajar.

Berita sebegini sudah tentu akan disenyapkan oleh para penentang PERMATA. Namun pada masa yang sama, mereka tidak akan mati akal untuk terus mencari helah dan fitnah-fitnah baru yang boleh memperlekehkan PERMATA dengan mengaitkannya sebagai satu pembaziran walaupun pada masa yang sama, yang banyak menikmati kemudahan tersebut adalah puak mereka sendiri.

SAMALAH MACAM PERKHIDMATAN HOSPITAL KERAJAAN... pergi tengok sendiri, siapa yang paling ramai menggunakannya... nak lebih yakin, masuk ke wad dan tengok majoriti mereka dan bagaimana mereka menjadikan jururawat dan kakitangan wad sebagai kuli tebusan yang bukan wujud manusia dengan lagak seolah-olah mereka adalah tuan besar yang boleh memerintah sesuka hati!!!


3 comments:

  1. Spesis parasit dari lereng2 bukit yang kurang ajar dan biadap...memang dibenci di mana2 saja mereka menetap....termasukkan di Tanah Besar China sendiri.

    ReplyDelete
  2. Macam mana dgn MARA dan Sek Men Sains. Mana ada kaum lain, kalau ada pun kurang dari bilangan jari yg ada pada tangan. Fanatik Melayu dan Cina lebih kurang sama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nama pun TANAH MELAYU...itu adalah hak MELAYU BUMIPUTERA yg dah termaktub.. namapun TANAH BESAR CHINA adake org lain dr luar yg berkuasa melalak..

      nak ulang sejarah asal usul semua bangsa yg ada di sini?.. kedatangan dia org...nak dikait nak diungkit cara dia org masuk kesini? Lihat Brinei lihat usa yg ko org puja sgt..apa hak warga mendtg????????

      SYUKURRRRRRRRR....tau erti kata tu?????????? Jgn jd kaki tu atas bawah peha...???????

      Delete