Pages

Monday, October 24, 2016

HINA PENERIMA BRIM DAN ATLET PARALIMPIK, MUKHRIZ MAHATHIR SEPATUTNYA SEDAR DIRI, DIA KAYA KERANA KRONISME YANG TIDAK BERMARUAH!!!



Penguasaan dan pemonopolian pengilangan, pembekalan, penghantaran kabel fiber optik dari vendor Telekom Malaysia oleh OPCOM, membuatkan Mukhriz yang merupakan anak manja Mahathir berlagak besar kepala dan bersikap angkuh.

OPCOM tidak begitu mendapat perhatian berbanding MISC dan syarikat-syarikat pegangan Mokhzani pada tahun-tahun REFORMASI yang menelanjangkan banyak penjalangan Mahathir menggunakan wang rakyat bagi membela syarikat-syarikat yang ada kepentingan anaknya.


Hanya pada 2009, nama OPCOM mula muncul dan diperkatakan secara terbuka apabila Mukhriz yang dilantik sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, meletak jawatan sebagai Pengerusi dan CEO OPCOM Holdings Bhd. Pada ketika itu, Mukhriz menguasai 65.062 juta saham dalam OPCOM. Kedudukan Mukhriz digantikan oleh Mokhzani.

Mokhzani menstruktur semula OPCOM dan dilantik sebagai CEO. Saham OPCOM melonjak setinggi 31.2%. Bursa Malaysia turut mengumumkannya dalam portal mereka.

Mukhriz bagaimanapun, terus memiliki kepentingan sebanyak 23.5% dalam OPCOM atas namanya sendiri, manakala kepentingan 20.93% lagi atas nama Rezeki Tegas Sdn. Bhd. Isteri Mukhriz, Norzieta Zakaria pula memegang kepentingan sebanyak 26.94% menerusi M Ocean Capital Sdn. Bhd.

Isu membabitkan OPCOM Holding Berhad mula diperkatakan apabila syarikat tersebut dan adik-beradik Mukhriz mendapat kontrak lumayan daripada kerajaan ketika Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri. Ini adalah kerana pada tahun 2003, syarikat tersebut mendapat kontrak memonopoli pembekalan fiber optik bernilai RM214.2 juta secara rundingan terus yang dipaksaberi oleh Telekom Malaysia menerusi kelulusan Kementerian Kewangan.


Mahathir Mohamad pada ketika itu adalah Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. 

Pemonopolian dan penguasaan projek fiber optik Telekom Malaysia oleh OPCOM berterusan sehingga ke hari ini menerusi perjanjian dan konsesi berat sebelah yang melindungi OPCOM berbanding kepentingan Telekom Malaysia dan rakyat Malaysia. 

Februari 2015, Kerajaan telah menganugerahkan projek Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB) Fasa Ke-2 bernilai RM3.4 bilion kepada Telekom Malaysia Berhad. Projek tersebut memberi manfaat kepada OPCOM apabila pada tahun 2015 juta, Telekom Malaysia menganugerahkan 3 projek berjumlah RM282.94 juta kepada mereka.


Justeru apabila Mukhriz Mahathir mengambil pendekatan menghina penerima-penerima BRIM dan atlet-atlet Paralimpik negara, sebenarnya membuktikan tentang andaian selama ini bahawa seluruh keluarga Mahathir yang kaya raya daripada wang rakyat, tidak berpuas hati apabila kepentingan mereka terusik, adalah benar. 

Kekayaan dan kemewahan yang diperolehi menerusi projek rundingan terus menggunakan kuasa bapanya selaku Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, telah dijadikan lesen besar bagi Mukhriz untuk menghina golongan miskin dan tidak sekayanya.   

Berbangga sangat dengan projek beratus juta dan berbilion yang diserahkan kepada taikun-taikun dan ahli keluarga sendiri, sedangkan rakyat pula sekadar melihat untuk berbangga tetapi tidak menikmati apa-apa pun daripada projek tersebut selain daripada terpaksa menanggung dan membayar untuk beberapa generasi, itu yang membuatkan Mukhriz Mahathir besar kepala?


BRIM yang bernilai RM7 bilion yang dibayar terus kepada rakyat, dianggap akan menyukarkan ekonomi negara? Dianggap sebagai pemberian umpan dan dedak? Dianggap sebagai pengikat rakyat untuk terus mengundi UMNO dan Barisan Nasional, walhal yang beratur dari pagi dan paling teruja untuk memungut BRIM adalah puak-puak penyokong totok DAP?

Mukhriz Mahathir dan ahli keluarganya sepatutnya bersyukur kerana selama ini, kalau ada bunyi pun, suara-suara tersebut disenyapkan kerana pemikiran feudal masih menebal di kalangan rakyat Malaysia, khususnya orang UMNO. Penghinaan yang dibuat oleh Mukhriz Mahathir kepada sebahagian besar rakyat Malaysia, sebenarnya menunjukkan sikapnya yang bukan sahaja tidak reti mengenang budi, tetapi juga lupa bahawa kedudukan, kekayaan dan kemewahannya tidak akan wujud tanpa PENYALAHGUNAAN KUASA oleh bapanya menerusi kaedah paling licik yang sudah tentu pada masa yang sama menimbulkan masalah kepada kerajaan yang menggantikan bapanya untuk mengambil tindakan. 

Sepatutnya BRIM RM1200 itu tidak perlu dihina melainkan, Mukhriz Mahathir mengarahkan OPCOM untuk memulangkan semula projek-projek pemonopolian fiber optik TM kepada kerajaan semula bagi membolehkan persaingan baru diwujudkan!

Tapi beranikah Mukhriz yang sememangnya diketahui, tidak mempunyai sebarang kebolehan melainkan sebagai ANAK BAPAK?




4 comments:

  1. Direct negotiation tender itu bukan saja seumpama berikan ikan malah seumpama berikan ikan atas dulang perak!

    ReplyDelete
  2. KALAULAH BAPAK AKU PERDANA MENTERI MACAMANA AGAKNYA YER....

    ReplyDelete
  3. Berjuang utk kepentingan diri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul sangat bro. Ikut contoh PM kau. Samun dan balun bagi abis duut rakyat. Lepas tu bagi anak beranak joli.

      Delete