Mungkin sekali imbas ianya kelihatan seperti mahu menggagalkan PERMATA dan program-programnya tetapi hakikatnya ialah, DAP dan para penyokong mereka sebenarnya sedang melakukan desakan agar PERMATA dikuasai sepenuhnya oleh golongan mereka sepertimana mereka menguasai banyak operasi dan kemudahan GLC termasuklah SME Bank.
Hanya setelah mereka menguasai sepenuhnya, maka barulah mereka berhenti melalak.
Yeo Bee Yin, wakil rakyat DAP cuba melakukan 'serangan' tersebut dan Ong Kian Ming yang bersama-samanya ketika berhadapan dengan Jawatankuasa PERMATA, dimalukan apabila penyebutan tentang statistik kemasukan pelajar-pelajar SJKC ke Program PERMATA menggambarkan satu bentuk rasisme yang dilakukan secara senyap-senyap dan cuba disembunyikan oleh DAP.
Suka atau tidak, hakikatnya, program PERMATA lebih banyak beraktiviti di bandar-bandar besar. Daripada 50,000 orang pelajar yang terbabit dengan PERMATA, sudah ramai yang mempersoalkan, berapakah pecahan komposisi mengikut kaum memandangkan yang bijak mengambil kesempatan dan memberikan imej buruk kepada PERMATA adalah pihak yang dilihat seperti menentang dan memperlekeh-lekehkan PERMATA? Berapa pula peratusan yang diperolehi oleh orang-orang Melayu di kawasan luar bandar yang setia memberikan undi kepada UMNO-BN walaupun kebanyakan pembangunan lebih tertumpu kepada kawasan DAP dan PKR?
Pertambahan jumlah peruntukan dipersepsikan sebagai 'upah untuk Rosmah berjoli katak' dengan menggunakan media-media sosial. Apatah lagi dengan kewujudan PERMATA di kawasan-kawasan bandar yang sememangnya dari segi politik, tidak akan membantu sama sekali, sebaliknya akan dijadikan sebagai bahan sesahan terhadap Rosmah Mansor, Najib Abdul Razak dan Kerajaan Malaysia.
Bayangkanlah kalau PERMATA hanya diwujudkan di kawasan-kawasan di mana UMNO dan Barisan Nasional menang sahaja!
Seharusnya, dan dalam apa keadaan sekalipun, Kerajaan Malaysia yang didokongi oleh UMNO mendahulukan kawasan-kawasan yang dimenangi. Anak-anak orang UMNO dan yang mendokong kemenangan Barisan Nasional perlu diberikan lebih perhatian, bukannya sibuk cuba mengambil hati di kawasan-kawasan yang diketahui gelap gelita dan terlalu taksub kepada DAP dan PKR.
'BELA ANAK SENDIRI JAUH LEBIH BAIK DARIPADA BERI MAKAN ANAK ORANG YANG AKAN BUNUH KITA.'
Sudah sampai masanya untuk PERMATA atau mana-mana program pendidikan Kerajaan, diberikan keutamaan kepada kawasan-kawasan luar bandar yang sentiasa menjamin kewujudan kerajaan di bawah UMNO-BN. Sampai juga sudah masanya untuk peruntukan bernilai lebih RM87 juta itu untuk membangunkan anak-anak di kawasan luar bandar yang lebih berkehendakkan perkhidmatan pendidikan pra dan awal pembelajaran seperti PERMATA memandangkan di kawasan-kawasan bandar, terlalu banyak perkhidmatan seperti itu disediakan.
Lebih menarik lagi ialah, puak-puak pro-DAP itu, cuba menimbulkan kemarahan dengan menyatakan peruntukan PERMATA ditambah dengan cara mencantas peruntukan perbelanjaan universiti-universiti awam.
Peruntukan PERMATA bukan sekadar belanja untuk menguruskan program-program PERMATA sedia ada, tetapi juga membabitkan keseluruhan pembangunan sistem pendidikan awal kanak-kanak termasuklah penubuhan Pusat Kecemerlangan 'Top STEM Talent' di Akademi Sains Negara. Selain itu, turut termasuk adalah kerja-kerja ubahsuai untuk menjadikan Institut Pendidikan Guru Raja Melewar di Negeri Sembilan dan kampus Tuanku Bainun di Pulau Pinang kepada Pusat Permata Pintar dan Berbakat.
Atau pun PERMATA bekerjasama dengan KEMAS di kampung-kampung terutama di kawasan-kawasan kemenangan UMNO-BN untuk memastikan, anak-anak penyokong kerajaan mendapat kelebihan tersebut berbanding dengan menompokkannya di bandar-bandar yang ibu bapa kanak-kanak berkenaan sentiasa beranggapan Kerajaan mentekedaghah duit walaupun anak-anak mereka mendapat pendidikan percuma dan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan!
Yes...sy sokong....
ReplyDeleteDAH KALAU NAK LEBIHKAN PEMBANGKANG...APA GUNA SOKONG KERAJAAN?
ReplyDeleteBajet permate besor..
ReplyDeletetapi permate semah sekor pun tak ade..
nak kate kaw pembangkang, semuanye BN menang..
RM6 juta boleh bela lebih 40K pengundi..
RM85J hanya bele 50K anak lanun bugis..
permate jenis apa yang semah bele tu??
Bhai tfk...sebagai pencacai kpd pemimpin teragung lg suci bani melayu khafilah najib,mohon agar lu dpt komen tntng hujah/soalan dato husni mantan menteri kewangan didlm parlimen tntng 1mdb...moga kita semua mendapat pencerahan dari blogger berbayar...
ReplyDeletecakap saja tak guna spt curah air ke daun keladi... kalau sapa nak rasa peruntukan byk sokonglah pembangkang..
ReplyDelete