Pages

Saturday, October 22, 2016

KENYATAAN BISHOP KHATOLIK KALAU DIBALAS SERUPA OLEH MUFTI DAN MAJLIS FATWA, BOLEH MENCETUSKAN PERTUMPAHAN DARAH!!!



Kenyataan yang dibuat oleh Bishop Katholik yang mengetuai kelompok rakyat minoriti di negara ini, seandainya dibalas dengan nada yang serupa oleh penguasa umat Islam Malaysia, sudah pasti akan menghasilkan sesuatu yang sangat dahsyat dalam bentuk bencana.

Bishop Katholik Kristian Bernard Paul yang pernah menyertai BERSIH 4.0 tahun lepas, menggesa rakyat Malaysia agar menyertai BERSIH 5.0 yang bakal diadakan pada 19 November nanti. Bahkan dia juga akan mengambil bahagian dalam demonstrasi tersebut.

Bishop Paul yang mengetuai gereja Katholik Melaka-Johor berkata, BERSIH adalah hak rakyat. Katanya lagi, para peserta BERSIH telah memperjudikan nyawa mereka. Konvoi penyokong BERSIH telah dipukul dan undang-undang menurutnya, berat sebelah. Selain itu, rakyat perlu lantang bersuara berbanding bersikap pasif sekaligus menyedarkan rakyat bahawa mereka perlu melakukan sesuatu untuk  menjadikan Malaysia lebih baik. (RUJUK SINI)


Ironinya, Bishop Paul yang dengan bangganya menyatakan kehidupan agama dan kehidupan normal tidak terpisah barangkali terlupa sejarah agamanya sendiri dan tentang kelahiran SEKULARISME yang membawa kepada keruntuhan kuasa gereja Katholik di Eropah bermula di Perancis pada abad ke-16 dahulu.

Walau apa pun alasan yang diberikan oleh Bishop Paul, dia sebenarnya memberikan isyarat tentang kecenderungan Katholik khususnya 'kariah' Melaka-Johor kepada DAP dan BERSIH. DAP merupakan dalang kepada BERSIH dan BERSIH sendiri mendapat dana dari luar yang bertujuan mahu menggulingkan Kerajaan Malaysia menerusi demonstrasi jalanan. 

Apabila BERSIH wujud buat kali kelima, maka wujudlah pula BAJU MERAH yang dipimpin oleh Jamal Mohd Yunos.

Bertentangan dengan BERSIH, BAJU MERAH diwujudkan untuk mempertahankan kerajaan yang wujud hasil daripada keputusan demokrasi yang berlandaskan kepada Perlembagaan Persekutuan yang sudah tentu mahu mempertahankan Artikel 3, 152 dan 153.


Bayangkanlah kalau para mufti dan majlis fatwa pula membuat keputusan untuk menyokong BAJU MERAH secara terbuka dan kemudian sebahagian daripada mereka menyertai KONVOI MERAH yang akan turun pada 19 November bagi berhadapan dengan KUNING (BERSIH).

Apa yang akan terjadi?

Isyarat apakah yang akan diberikan?

Bukankah ia akan membawa isyarat atau lebih tepat lagi pengisytiharan PERTUMPAHAN DARAH secara besar-besaran di negara ini?

Pemimpin-pemimpin minoriti seperti Bishop Paul seharusnya lebih berhati-hati untuk tidak menjadikan agama sebagai bahan dagangan bagi membolehkan parti politik pujaannya berkuasa di Malaysia. 

Sejarah telah pun membuktikan, selama ratusan tahun Perang Salib dilancarkan di BaitulMaqdis. Beberapa kali juga tentera-tentera Salib Khatolik berjaya menawan BaitulMaqdis dan memerintah di kota ketiga tersuci dalam Islam itu, tetapi akhirnya yang menang pada 1948 adalah Zionis yang menjadikan umat Islam, bahkan Kristian tanpa mengira mazhab di kota tersebut sebagai hamba tebusan sehingga ke hari ini. Sedangkan Zionis tidak berada di barisan hadapan dalam setiap Perang Salib kecuali sebagai penghasut dan pembiaya. Dan Zionis menikmati kehidupan selesa semasa zaman pentadbiran Islam apatah lagi Kristian di kota tersebut.

Adakah Bishop Paul terlalu BODOH untuk melihat konsekuens tersebut semata-mata kerana mata dan fikirannya terlalu buta dengan dogma DAP?


12 comments:

  1. Kalau perang pon seronok juga..kami belum pernah tengok perang yg real punya..tengok dalam berita dan juga movies sahaja

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kau tak ada family ke, mak bapak ke, adik beradik perempuan atau mak2 sedara. Kalau kau sebatang kara, eloklah kau rasai sendiri suasana perang. Kalau kau matipun, tiada siapa yang akan rasa sehilangan. Tapi kalau kau ada sanak saudara perempuan dan mereka yang lemah ini menjadi mangsa perang, apa perasaan kau?

      Delete
  2. jangan minta sesuatu yang kita sendiri dah tahu kesudahannya..hanya sebab kita nak rasa pengalaman. Tak ada pengalaman perang yg menyeronokkan

    ReplyDelete
  3. Inj semua gara2 situa gila kuasa tun taik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 3:24 PM Otak dalam Dubur bau busuk taik !!!

      Delete
  4. Kami pun ada hak juga sertai himpunan baju merah.. sbb kami pun nak bela tanahair kita drp dijajah pendatang yg tak sedar diri..

    ReplyDelete
  5. mentaliti paria jadi Wakil Tuhan..

    bahaya..

    kasta murah suda kalahkan Brahmin

    ReplyDelete
  6. Kekacauan tidak pernah menjanjikan keamanan kpd sesiapa sahaja tanpa mengira parti. Berpolitiklah tetapi jgn sampai merugikan.

    ReplyDelete
  7. Anon 324 tu ada benarnya. Mantan PM tu memang terlibat dlm bersih 5 ni, menurut apa yg ku baca dlm media sosial. Dia nk jatuhkan Najib cara paksa. Tak bolehlah, sebab Malaysia ada undang2 dan peraturan. Semuga semua rakyat pertahankan mmacam di Turki tu.

    ReplyDelete
  8. Anon yang teringin nak rasa perang tu...kau pergi jer ke syria ke..afghanistan ke atau iraq...ha...rasa sangatlah perang nasib kau baik kau balik Malaysia kau ceritalah pengalaman kau seronok kat negara perang tu..nasib kau tak baik Mayat kau...orang campak2 jer...teringin sangat kan...pergilah...tak ada sapa nak halang...tapi Malaysia bumi bertuah...berdaulat...sapa yang bercadang nak timbulkan huru hara kecil pun akan ditentang habis habisan...itu sumpah para perajurit kita...so Bersih...ingat...Rejimen Askar Melayu Diraja siap siaga..tunggu arahan YDP Agung...jer

    ReplyDelete
  9. Jangan buat apa2 provokasi demi kelenahan sistem demokrasi. Sesiapa saja boleh menyokong apa yg mereka suka. Ustaz, imam, ahli fatwa, paderi mau pun sami, masing2 punya hak dlm demokrasi. Pemerintah tidak berhak menekan atau memaksa sesiapa saja utk memihak kpd pemerintah kerana itu amalan sistem diktator / kuku besi.

    ReplyDelete
  10. Kesalahan ini diletakkan pada najib , kerana kerakusannya menyebabkan rakyat hilang kepercayaan , tiada rakyat malaysia melayu yang suka kepada perpecahan bangsa, tetapi hari ini orang melayu hanya ada nama ,yang lain telah dijual. Yang masih sokong tu hsnya kerana mendapat habuan jika tidak , mereka pun tiada.

    ReplyDelete