Mahathir juga kata, mulai 1 Januari 2016, Kerajaan Persekutuan tidak akan mampu membayar gaji petugas-petugas awam lagi kerana kantung negara telah kering dikerjakan oleh Najib.
Tetapi dalam bajet yang baru dibentangkan tadi, Najib menaikkan kadar BRIM dari RM1,000 kepada RM1,200 mulai tahun hadapan. Tiada juga Najib menyatakan, kakitangan awam akan bertugas tanpa gaji mulai 1.1.2017. Sebaliknya beberapa penambahbaikan telah dilakukan untuk kakitangan awam termasuklah kemudahan pinjaman perumahan yang telah dinaikkan dari RM200,000 kepada RM750,000.
Walaupun diberikan pelbagai gambaran-gambaran separuh dewa, ternyata, selepas bersara dan terutama sekali selepas berkawan baik dengan DAP, Mahathir ternyata telah 'gagal matematik' walaupun sebelum ini telah memerintah Malaysia selama 22 tahun dengan membuat pelbagai kira-kira keuntungan berangka mega untuk kroni dan anak bininya.
Atau boleh jadi juga, Mahathir sengaja membiarkan dia kelihatan bodoh walaupun sebenarnya dia genius bagi mengimbangi kebangangan abadi para penyokong Cap Bunga masih cuba menyelak-nyelak buku Matematik Darjah 6 mencari formula untuk mengira peratusan dan nisbah.
Atau tidak mustahil juga, Mahathir telah menggunakan khidmat MS Excel cetak rompak yang kerapkali digunakan oleh DAP sehingga untuk mengira undi CEC dan mendapatkan keputusannya, masih gagal sehingga ke hari ini walaupun sudah lebih dua tahun berlalu.
Atau sebenarnya, Mahathir sengaja menulis begitu semata-mata bagi membolehkan dia mengganyang Najib demi melunaskan dendamnya yang masih belum terbalas, sebaliknya Najib pula yang berjaya mengakal-akalnya si negarawan sasau itu.
Penasihat manakah yang telah menunjuk ajar kepada Mahathir bahawa RM20 bilion daripada RM267 bilion adalah 13%? Kira macam mana sekalipun, jumlah adalah 7.5%, iaitu sedikit tinggi daripada
6.2% bajet Mahathir pada tahun 2000, sedangkan pada masa yang sama Jabatan Perdana Menteri di bawah Najib Abdul Razak mempunyai tanggungjawab yang jauh lebih besar berbanding Jabatan Perdana Menteri sewaktu berada di bawah Mahathir.
6.2% bajet Mahathir pada tahun 2000, sedangkan pada masa yang sama Jabatan Perdana Menteri di bawah Najib Abdul Razak mempunyai tanggungjawab yang jauh lebih besar berbanding Jabatan Perdana Menteri sewaktu berada di bawah Mahathir.
Mahathir sendiri tahu, Jabatan Perdana Menteri di bawah Najib menjadi 'bapa' kepada 51 divisyen yang telah berulang-ulang kali disebut.
Jabatan Perdana Menteri diuruskan oleh Ketua Setiausaha Kerajaan. Kini, antara agensi yang berada di bawahnya dan tidak ada pada zaman Mahathir adalah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) yang mempunyai bidang kuasa di wilayah 12 batu nautika, menguatkuasakan EEZ dan tidak diletakkan di bawah Kementerian Pertahanan memandangkan ia bukanlah pasukan tentera.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) juga berada di bawah Jabatan Perdana Menteri dan diketuai oleh Menteri sebagaimana yang diperuntukkan oleh Akta. Istana Negara, Parlimen, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), Unit Perancangan Ekonomi (EPU), kesemuanya berada di bawah Jabatan Perdana Menteri.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) juga berada di bawah Jabatan Perdana Menteri dan diketuai oleh Menteri sebagaimana yang diperuntukkan oleh Akta. Istana Negara, Parlimen, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), Unit Perancangan Ekonomi (EPU), kesemuanya berada di bawah Jabatan Perdana Menteri.
Tidak dilupakan juga adalah Pejabat Sekretariat untuk bekas Perdana Menteri yang digunakan oleh Mahathir sendiri, tidak wujud sehinggalah dia meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan diwujudkan oleh pentadbiran selepasnya... juga berada di bawah Jabatan Perdana Menteri.
Tak tahulah, siapa sebenarnya yang mahu ditipu oleh Mahathir setelah dia berjaya menipu rakyat Malaysia, khasnya ahli-ahli UMNO selama lebih 30 tahun dengan pembodohan sebegini.
Tak tahulah, siapa sebenarnya yang mahu ditipu oleh Mahathir setelah dia berjaya menipu rakyat Malaysia, khasnya ahli-ahli UMNO selama lebih 30 tahun dengan pembodohan sebegini.
Atau sebenarnya, orang kiri dan kanannya yang sebenarnya mahu memperlihatkan Mahathir sebagai sudah nyanyuk dan bangang dengan artikel dalam blog CheDet yang tidak ditulis oleh Mahathir seperti dalam beberapa kes yang lepas?
Lain hulu lain parang: lain orang lain rancang. Bush lain Obama lain, namun tak pernah dengar Bush bandingkan dia dan Obama.
ReplyDeleteKesimpulannya: celik Inggeris tidak semestinya celik matematik. Atau depa yang cakap Om Puteh sampai tersembur air liur mungkin pandai bodek dan berkira-kira tapi tak semestinya pandai ilmu kira-kira. Wakakaka
ReplyDeleteSi tua celaka tu apa nak d heran.
ReplyDeleteMahathir keciwa dengan Budget 2017 sebab dia dah nampak pembangkang akan kalah teruk.
ReplyDeleteDikesempatan budget yg heboh ni... dicanangkan kpd semua anak anak MELAYU BUMIPUTERA yg masih belum mendaftar undi...daftarlah segera..
ReplyDeleteMudah je pegilah ke pej pos.. luangkan sikit masa anak anak semua yaaaaa....dikatakan masih byk anak anak melayu yg belum mendaftar..
DAFTARLAH SEKARANG....jgn tangguh.. takut nama tak termasuk utk undi akan dtg...