Hashim Jasin dalam kenyataannya sebagai Mursyidul Am PAS yang baru menggantikan Almarhum Tuan Guru Dr. Haron Din Al-Hafiz berkata, PAS akan bertanding di mana-mana sahaja tanpa perlu mengikut cakap DAP lagi.
Hubungan PAS dengan DAP yang telah berakhir membolehkan PAS 'bebas' untuk meletakkan calon-calonnya pada PRU akan datang.
Kecuali kerjasama dengan PKR di beberapa kerusi tertentu, PAS tidak peduli tentang pertandingan beberapa penjuru yang cuba dielakkan oleh DAP dan diusahakan oleh Pengerusi Cap Bunga.
Selain dari DAP, PAS juga menurutnya tidak akan bekerjasama dengan Parti Amanah Negara (PAN) terutama selepas PAN bercakap besar dan mengejek PAS ketika parti pimpinan Mat Sabu itu baru-baru ditubuhkan.
Mengakui yang PAS tidaklah sempurna, Hashim juga berkata, DAP dan PAN telah membuat kesilapan besar terhadap PAS.
"PAS akan bekerjasama dengan PKR. Bagaimanapun, hubungan kami dengan parti-parti pembangkang lain, akan dibincangkan oleh pucuk pimpinan sebelum sebarang keputusan dibuat," katanya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat PAS Perlis hari ini.
Minyak dan air tidak akan bercampur kalau dua duanya kekal dengan bentuk asal.
ReplyDeleteMinyak dan air akan bercampaur bila ada sabun. Sabun mempu menjayakan percampuran antara air dan minyak.
Namun campuran antara air, sabun dan minyak akan kehilangan ciri-ciri asal masing-masing.
Justeru, akhirnya air dan minyak lebih selesa kembali kepada bentuk asal, yakni dua kompartmen yang berbeza.
Tegas dan betul.
ReplyDeletePAS buat Mahataik pening kepala
ReplyDelete