Ezam Mohd Nor yang terkenal dengan isu 6 KOTAK RAHSIA yang sehingga kini tidak pernah dibuka, disentuh atau diceritakan lagi, akhirnya masuk Parti Cap Bunga pimpinan Muhyiddin Yassin dan dinaungi oleh orang yang paling banyak dikecam, dihina dan dicercanya sewaktu Era Reformasi, Tun Dr. Mahathir.
Setelah mendapat jawatan Senator dan kemudian dilantik sebagai Pengarah Komunikasi Kementerian Kewangan selain 'kenyang' dengan pelbagai ganjaran dalam tempoh bertenangnya selepas meninggalkan Anwar Ibrahim, Ezam Mohd Nor menunjukkan belang tulennya.
Berapa kotak pula kali ini rahsia yang dibawanya sebagai modal untuk berkempen bagi pihak Cap Bunga?
Atau adakah semua rahsia-rahsia tersebut sudah dimasukkan ke dalam pemacu pena atau pun cakera keras tambahan mahupun kepingan cakera?
Sesuatu yang sedang diperkatakan dan sedang menjadi teori paling hangat ialah tentang peranan yang dimainkan oleh Tun Dr. Mahathir dalam 'perampasan kuasa' di dalam PKR dan di negeri Selangor.
Seperti yang sudah sedia maklum, Azmin Ali merupakan antara 'sekutu rapat' Dr. Mahathir dan Cap Bunga. Mungkin atas kapasiti peribadi tetapi sebahagian besar akar umbi dan pimpinan PKR, tidak begitu menyenangi tindak-tanduk Timbalan Presiden PKR itu.
Bagi mengekalkan kedudukannya, Azmin perlu mendapatkan sekutu yang sangat kuat. PAS yang sebelum ini telah membantu menaikkan Azmin Ali ke jawatan Menteri Besar selepas menguis Tan Sri Khalid Ibrahim, dilihat semakin renggang dan semakin kurang boleh dipercayai walaupun sehingga kini PAS masih berada dalam Kerajaan Negeri Selangor.
Namun perkembangan terkini, menunjukkan Azmin Ali tetap akan terpinggir. Ezam Mohd Nor dilihat bakal menjadi saingan utama Azmin Ali. Ezam pastinya akan mengetuai Cap Bunga di Selangor dan menjadi tenaga penting sepertimana yang dilakukannya pada zaman Era Reformasi.
Cuma kali ini, Ezam akan memakai topeng yang berlainan.
Apa pun, inilah sebenarnya yang dinamakan dunia politik di mana musuh tidak akan kekal selama-lamanya sebagai musuh dan kawan tidak akan kekal selama-lamanya sebagai kawan.
apa salahnya..yg admin meroyan lebih2 kenape..panas punggung ke?
ReplyDeletePundek lah..
DeleteHahaha...bhai tfk aku tk pasti umur lu brp tp yg pastinya bukan 6-10 tahun,ttp bila melihat cara lu mngarap kemarahan dan kebencian (yg brbayar) lu tk lbh dari seorg kanak2 yg merajuk bila di usik rakan sebaya hnya berani mengejek. . Kemon bhai jd lbh dewasa dan berakal supaya nmpk lbh professional sbgi blogger...
ReplyDelete'Parti cap bunga' hnya kpd ppbm yg diterajui oleh bekas pemimpin umno yg 'tiada upaya' pun utk mngugat apatah lg mengoyah najib khasnya dan umno amnya (kata2 penjilat tegar najib)knp bila brsuara tntng dap tidak guna 'parti cap roket' atau 'parti cap bulan' utk pas dan 'parti keris tk bersarung(togel)' utk umno dan 'parti penimbang' utk bn...
yg biasa mngunakan kaedah2 mengelarkn sesuatu utk tujuan mengejek,menjelikkn dan kutukkn ni hnya lh anak2 kecil dan remaja nakal yg kekurangan akal dan adap..bhai mnkin pada lu satu kepuasan ttp pd org umno yg berakal dan beradap ia hnyalah sesuatu yg mnjengkelkn dan memalukn bg seorg blogger yg matang (bersangka baik)
jdlh seorg penkritik,pengulas,penganalisis serta penulis yg matang dgn kritikan,ulasan,analisis serta penulisan sbgi blogger...zaman caci mncaci,ejek mengejek biarkn berlalu bersama kematangan kita sebagai insan dan bkn sbgi syaitan...yakin dan percayalah yg ppbm 'TIDAK MAMPU'utk melawan apatah lg mengalahkn umno dan bn..sbb bumi malaysia milik umno dulu kini dan selamanya....
Musuh akan jadi kawan yang kekal kalau niat musuh untuk jadi kawan adalah ikhlas kerana mahu merapatkan jurang silaturrahaim.
ReplyDeleteMusuh akan jadi kawan yang sementara saja kalau niat musuh untuk jadi kawan adalah kerana adanya permusuhan bersama terhadap pihak ketiga.
Dalam konteks inilah dua puak ini (pakatan dan barisan) ada beza yang ketara. Satu puak berkawan kerana ikhlas; satu lagi kerana pihak ketiga.
Lompat si katak lompat...lompat lompat
ReplyDeleteAdmin TFK ni dah merepek... Jika anda rasa di pihak yg benar kenapa mahu cari salah org lain.. Tggl Umno dan admin je buat satu pembuktian kerja dan kmajuan negara serta parti.. Sebuk cari hal org.. Org Umno hakikat berterabur.. Seperti ckp dgn cermin semuanya..
ReplyDelete