Pages

Monday, November 28, 2016

APA MASALAHNYA KALAU ZAKIR NAIK JADI RAKYAT MALAYSIA? MARIA CHIN DAN PENYOKONG BERSIH ELOK JER PEGANG KERAKYATAN!!!



Ada masalahkah kalau Dr. Zakir Naik memohon KERAKYATAN MALAYSIA?

Puak-puak LGBT dan Liberal yang dibayangi oleh DAP sedang memekak dan melolong apabila ada berita yang menuduh Kerajaan Malaysia telah memberikan kerakyatan kepada Dr. Zakir Naik.

Kata mereka, Dr. Zakir Naik mempromosikan Islam Radikal dan Ekstremis. Justeru, Dr. Zakir Naik tidak boleh sama sekali menjadi rakyat Malaysia.

Aneh...

Walaupun telah dinafikan berita tersebut, tetapi ketakutan dan kebimbangan mereka tidak dapat disorok-sorok lagi.

Walhal pada masa yang sama, di Malaysia sekarang ini, rakyatnya semakin tertarik dengan ANARKI, LIBERAL, MODERAT bahkan tidak segan silu mempromosikan LGBT.

Mengapa pula Dr. Zakir Naik tidak boleh jadi memohon jadi rakyat Malaysia, kalau di Malaysia pun puak-puak penyokong kuat BERSIH boleh pulak hidup senang lenang dan berbuat apa-apa sahaja termasuklah menyebarkan fitnah bagi menimbulkan kegemparan dan panik di kalangan rakyat?

Apa beza ekstremis dan radikal dengan puak-puak BERSIH yang kuat menyokong LGBT dan liberalisme?

Kalau puak-puak DAP boleh buat apa-apa sahaja, mengapa pula pihak lain tidak boleh?

Apakah kerana mereka 'memegang undang-undang Malaysia' maka mereka bebas berbuat apa-apa sahaja?


3 comments:

  1. Sepatutnya process kerakyatan dah habis dlm tahun 57 dan 63 secara muktamad. Sebab permainan UMNO bagi KP kpd Indon, Bangla, Sulu dsbnya utk mengundi meletakkan negara di hujung tanduk.

    ReplyDelete
  2. Dr Zakir pndakwah Islam yg digeruni puak liberalisme. Mereka akan kantoi jika berhujah dgn Dr Zakir.

    ReplyDelete
  3. Tak ada masalah mungkin ada letupan disana sini dengan ada Zakir Naik. Jadi cam Iraq.

    ReplyDelete