Hanya keprihatinan dan kepekaan kita sahaja yang mampu mengubah segala-galanya di dunia ini. Kita disuruh berusaha. Kita disuruh berdoa dan kita disuruh bertawakkal. Kita tidak disuruh mengeluh dan merengek terutama di media-media seperti kelazimannya masakini.
Kita disajikan tentang kekejaman yang sedang melanda sebahagian daripada umat Islam di beberapa buah negara. Paling terdekat adalah Wilayah Rakhine yang mana umat Islamnya dari etnik Rohingya sedang diganasi oleh tentera dan kerajaan Myanmar.
Ada yang bertanya mengapa tentera kita tidak dihantar membantu etnik Rohingya. Yang bertanya itu barangkali tidak tahu apa-apa tentang hubungan diplomatik dan Malaysia bukanlah sebuah negara aggresor seperti Amerika Syarikat. Tentera-tentera Malaysia bukanlah seperti tentera-tentera Zionis yang bebas masuk menjarah ke dalam sempadan negara asing semata-mata atas alasan menentang teroris.
Rakyat Malaysia tidak diajar berperang untuk menakluk dan mengembangkan sempadan. Rakyat Malaysia telah diajar bahawa segala-galanya boleh diatasi dengan rundingan tanpa pertumpahan darah sama ada seperti kemerdekaan negara ini sendiri dari tangan British.
Dan rakyat Malaysia telah diajar untuk membantu dari segi kemampuan yang tidak bersifat ketenteraan. Dan kalaupun Malaysia menghulurkan bantuan dalam bentuk itu, kerajaan kita melakukannya secara senyap-senyap. Kita sering berselindung di sebalik BANTUAN BERBENTUK KEMANUSIAAN bukannya peperangan.
Malah dalam banyak ayat Al Quran sendiri umat Islam dianjurkan untuk menghulurkan bantuan kepada saudara seagamanya dengan apa yang termampu.
Rakyat Malaysia khususnya unat Islam lebih dari segi kemampuan kewangan untuk membantu umat Islam Rohingya yang tertindas. Dan dengan perut buncit, hidup yang sangat selesa dan terlalu banyak komplen, malah menjadi huru hara dengan hanya kenaikan harga minyak sahaja, bantuan dari segi darah dan senjata, tidak wujud atau kalau ada pun amat minima.
Kemudahan untuk berbuat bakti kepada umat amat terbuka luas di negara.
Justeru ringankan sedikit tangan dan kewangan kita untuk membantu saudara seagama kita yang tertindas dan dizalimi.
Sudah masa rakyat Rohingya angkat senjata... dan sudah tiba masyarakat islam bantu dari segi dana.. logistik... latihan pada rakyat Rohingya di Malaysia untuk bekalkan senjata pada raktay rohingya... dana wang ringgit.. senjata..logistik dan perang saraf perlu dimainkan sekarang... Bantu Rohingya insyallah syahid .....
ReplyDeleteSenanya cakap..... takat hantar bekalan makanan atau ubatan tu mungkinlah kut.... tu pun kena dapat kebenaran kerajaan myanmar atau badan dunia.....bawak masuk senjata?.... rasanya penulis dah jelaskan kat atas.....tak boleh ikut rasa....
DeleteFalsafah UMNO 'Curi boleh Derma tak boleh'
ReplyDeleteorg tak habis sekolah mcm 6.39 kaitkan segalanya dgn umno.
Deletemenderma tu individual takan sbb otak kamu yg tak habis sekolah berfikiran yg perkara bodoh2. tak sedar diri sbb tu sekolah tak habis..
Kita ada komando yang dan perisik taraf dunia utk latih rakyat rohingya... OIC perlu dijadikan platform rekrut latih rakyat rohingya mengnagkat senjata...pakatan tettera OIC yg buat latihan di Arab Saudi perlu digerakkan... dana.. senjata.. logistik dll
ReplyDeletenak seribu daya...
Kita ada komando yang dan perisik taraf dunia utk latih rakyat rohingya... OIC perlu dijadikan platform rekrut latih rakyat rohingya mengnagkat senjata...pakatan tettera OIC yg buat latihan di Arab Saudi perlu digerakkan... dana.. senjata.. logistik dll
ReplyDeletenak seribu daya...
ReplyDeletedasar pertahanan negara yg salah sejak madey jadi pm.
eg polis diutaman dari tentera, itu polisi yg bercanggah dgn susun atur hiraki organisasi negara yg mana tentera adalah institusi yg berada di atas drp tpm & menteri kabinet, melapor hanya kepada pm dan agong yg mana kedudukan ketua turus atm kalau mengikut rajah carta orgganisasi negara berada di sebelah kanan pm dibawah
agong, sebelah kiri adadah ketua pegawai keselamatan kerajaan m'sia, tugas menteri pertahanan adalah bersifat koordinnasi sahaja
bukan 'commmand', manakala polis berada dibawah kementerian dlm
negeri.
mwmperkasakan tentera adalah penting bagi menimbulkan rasa 'kemegahan' rakyat, juga bagi menimbulkan rasa segan negara asing, pikir sendirilah kalau sdr2 nak ambil bodiguard, yg lembik ke yg tegap?
dgn org cerdik mcm british memang senang di ajak berunding, tapi kalau negara yg berfikiran bangang selain diplomasi kena jgkk tunjuk gah kita, tidak terlewat utk najib perkasakan tentera,
bukan utk menjarah tapi setidak2nya sbg membina pagar yg kukuh.
(mgtr2k)