Namun pada masa yang sama, di sana sini terdapat laporan yang mengatakan, bekalan minyak masak berpaket sangat susah ditemui atau diberitahu telah kehabisan stok.
Pasaran bebas atau lebih tepat lagi kapitalis kini menjadi amalan di Malaysia. Biarpun kerajaan menanggung sebahagian daripada kos menerusi pemberian subsidi tetapi kerana sudah terlalu biasa, maka subsidi yang bernilai berbilion ringgit setahun, tidak dirasai, bahkan dianggap sebagai satu keperluan.
Kementerian yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga kebajikan dan keperluan pengguna pula, dilihat sangat relaks dan mengambil jalan mudah dalam menyelesaikan isu-isu membabitkan keperluan pengguna.
Isu minyak masak masakini merupakan contoh terbaik bagaimana lemahnya KPDNKK menguruskan persepsi mahupun memberikan penjelasan lebih awal kepada masyarakat pengguna. Ironinya, kementerian hanya boleh bersuara dengan menterinya berwajah garang dan bernada tegas, hanya selepas kartel terlebih dahulu mengambil tindakan menaikkan harga, mengehadkan bekalan stok dan menggunakan media massa dan sosial untuk menimbulkan kepanikan sekaligus mendorong pembelian luar biasa daripada kalangan pengguna.
Kontradiks daripada kenyataan-kenyataan tersebut menimbulkan kemarahan masyarakat pengguna. Lebih marah lagi ialah bilamana kementerian terbabit seperti mengikut sahaja kehendak kartel dan penguasa minyak masak dengan menjadikan rakyat pengguna sebagai bahan ujikaji.
Pada masa yang sama, cerita-cerita tentang penyeludupan minyak masak, khususnya yang membabitkan minyak masak berpaket, mulai didedahkan dan dipublisitikan di media-media massa dan sosial. Walaupun untuk membenarkan rasionalisasi subsidi, berita-berita tersebut tidak mampu menyejukkan hati pengguna yang marah walaupun kenaikan harga masih rendah.
Bahkan laman sesawang KPDNKK sendiri perlu dikemaskini dan ditambahbaik bagi tujuan pengaduan dan tindakan segera bagi aduan tersebut. Memaparkan nombor telefon untuk aduan sahaja tidak memadai. Pelbagai aduan yang dibuat pula, kemudiannya sekadar dibalas yang minyak masak banyak diseludup ke negara asing dan subisidi yang diberikan oleh kerajaan lebih banyak dinikmati oleh orang asing berbanding rakyat Malaysia sendiri.
Menteri KPDNKK sudah bersilih ganti. KP KPDNKK juga berganti-ganti tetapi nampaknya cerita dan kisahnya tetap juga sama!!!
Gaji besar. Elaun banyak. Meeting coffee and cake. Meeting lunch . Meeting dinner. Memang jadi lemah otak lah Menteri dan pekerja2 Kementerian. Cher tanya orang professional seperti doktor pasal makan banyak dan kaitannya dengan saraf otak. Anda akan terkejut
ReplyDeleteHahaha...kelakar lh bhai,bila kartel dijd kn alasan utk tutup kelemahan puak wak lu..bhai klu ada kementerian ttp ambik menteri atau KP yg bangang baik tk payah ujudkn kementerian..tk rugi duit rakyat utk bayar kos kementerian,biar kn kartel je buat kerja..klu menteri yg dianggap cerdik blh ckp klu ayam mahal kita jgn mkn ayam...atau PM sndiri ckp yg kangkung turun harga...rasa2 nya rakyat lbh faham klu kartel ckp yg harga mnyk masak naik jgn mkn yg di goreng, mkn je ikan rebus,nasi steam kg,pisang salai atau char kue teow 'sup'
ReplyDeletepusing bhai pusing..asalkn najib ttp pm dn upah
lu ttp berbayar...mnkin org cam lu tnggung anak bini dgn easy money tk rasa kenaikkn rm3-7... ttp tk semua org brnasib baik atau tk semua org snggup jd barua atau macai cam lu...bhai knp lu tk kupas betul2 klu lu jujur kerana agama bangsa dan negara...bhai setelah gst di laksanakn retorik kerajaan tntng subsidi tk lbh dari sampah bhai.. klu sibsidi 40sen ttp gst yg dikenakn 60 sen dimana nikmat subsidi tu bhai...dn kita jgn lupa lg tinggi harga sesuatu barang tu maka lbh tnggi kutipan gst yg kerajaan kutip...kn ke segala kartel tu mmbantu kerajaan sebenarnya...sbb itu lg 100 tahun BN perintah maka Barang Naik (BN)
Bhai rakyat mnkin perlukn keramat BN yg lg satu iaitu Bapak Najib utk pegang kementerian KPDNKK(tak salahkn)utk sama kita merasai kehebatan segala silat dan kuntau bugis utk menentang kartel...kartel atuk lu