Pages

Thursday, November 3, 2016

BILA SEBUT KEKAYAAN CHEN MAN HIN, NGA KOR MING DAN GUAN ENG, WAKIL DAP DI PARLIMEN TERUS MEROYAN MACAM KERASUKAN!!!



Teresa Kok meroyan sakan...

Kashturi Patto pun meroyan....

Meroyan bukan sebab apa... sebab kekayaan pemimpin-pemimpin utama parti sosialis demokrasi yang sentiasa berlakon kononnya mereka jenis zuhud, didedahkan.

Panaslah telinga wakil-wakil DAP di Dewan Rakyat apabila Chen Man Hin yang merupakan antara pengasas dan penasihat agung DAP, didedahkan telah menerima lebih RM1 bilion daripada FGV menerusi ladangnya di Johor. Panas jugalah telinga apabila Rumah Putih Nga Kor Ming di Ipoh didedahkan. Begitu juga dengan kekayaan tidak terhitung Lim Guan Eng.

Teresa Kok meroyan dan mengatakan, wakil BN menggunakan publisiti murahan kerana menggunakan orang yang tidak ada dalam Dewan Rakyat. Kashturi Patto pun bercakap dengan nada yang serupa. 

Tetapi mereka lupa, DAP seringkali menyerang dan mengata-ngata Najib ketika Najib tidak ada di Dewan. Malah mereka juga mengata-ngata dan mempertikaikan Rosmah Mansor yang tiada di Dewan, bahkan bukan Ahli Dewan Rakyat pun.

Kalau bab orang lain, mereka cukup seronok mengata, bahkan menfitnah dengan alasan untuk negara. Tetapi apabila kena kat batang hidung mereka, meroyan pulak. 

Agak aneh, dalam meroyan dan beria-ia mengatakan semua itu hanyalah publisiti murahan, baik Teresa Kok mahupun anak Patto tidak berani menafikan pendedahan tersebut. Ketika mereka begitu seronok bercakap kononnya Malaysia akan bankrap di bawah pentadbiran UMNO-BN, kekayaan para pemimpin DAP yang entah dari mana dan semakin kaya tidak pula berani didedahkan, mahupun diperakui.

Hipokrasi sebeginilah yang sedang mengaku mereka berjuang untuk Malaysia walaupun pada masa yang sama, mereka sebenarnya sedang mengaut kekayaan dan kekayaan mereka cuba disenyapkan dengan cerita kononnya Malaysia sedang bankrap bagi tujuan menimbulkan panik, sekaligus menutup cerita sebenar tentang mereka.


6 comments:

  1. Maknanya bhai???klu pemimpin pmbngkang pun blh kaya dgn jd pmbngkang maka 'tak salah' pemimpin kerajaan juga mncari kekayaan wlupun diatas haq rakyat ya...OK...rasanya klu jd pmbngkang nk kaya mesti berusaha sbb kuasa kpd pemerintah...klu yg memerintah camana ya.. mknanya dlm entry lu dlm pertahankn pemerintah lu akui ada salah guna kuasa dlm mncari kekayaan sbg ahli pilitik sbgi pmbngkang apatah lg pemerintah...TQ bhai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dari perspektif lain bhai itu namanya pegi kenduri duk kutuk nasi/lauk tuan rumah tak sedap tp tambah 3-4 kali. Duk kata merana duk Malaysia tp kaya raya

      Delete
    2. Komen bodobodo.. pegi join pokdin la macaii

      Delete
  2. Selagi kekayaan dibuat secara betul tak payah lah kita dengki..tapi DAP meroyan sebab apa kalau kaya secara betul dan hanya menyebut beberapa org di kalangan mereka?

    ReplyDelete
  3. Melayu kaya di kata rasuah ...yg lain kaya kerana rajin n kerja keras.. haha.

    Lepas tu tuduh menuduh. Ketawalah mereka dlm diam.

    ReplyDelete
  4. Tak pemimpin pembangkang cari harta melalui air mata dan kesusahan rakyat...misalnya banjir lumpur kt Kekantan sebab Nga kor meng bedal hutan...mxm babi menyondol...guan eng kaya sbb..halau..orang kampung dari tanah pusaka nenek moyang...tp...si sembab dan shafiee bedal dan husni dan atok mahadey mereka songlap duit yang diperuntukan utk rakyat....walaupun berdosa bekas pemimpin tu taklah...zalim sangat...mcm Dap

    ReplyDelete