Pages

Tuesday, November 29, 2016

PAN-DAP, CAP BUNGA DAN PKR BERSATU TENAGA, MENFITNAH DAN MENCACI MAKI NIK ABDUH!!!



Nik Abduh yang merupakan Ahli Parlimen Pasir Mas, juga Ketua Pemuda PAS Malaysia sememangnya sekarang ini menjadi figur yang amat tidak disenangi oleh puak-puak PAN. Kalau puak PAN tidak suka, bermakna yang bencikan Nik Abduh sebenarnya adalah DAP.

Buka sahaja FB Nik Mohamad Abduh, anda boleh membaca komen-komen kurang ajar yang dibuat ke atas anak Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat itu. Ada juga yang membanding-bandingkannya dengan seorang lagi saudara lelakinya yang kata mereka, lebih mirip kepada almarhum ayahanda mereka.

Printscreen twitter di atas dipercayai telah dimodifikasi dan diedit oleh orang tertentu yang bertujuan untuk membangkitkan kemarahan ahli-ahli PAS kepada Nik Abduh. Printscreen tersebut sedang berlegar-legar di WhatsApp dan Telegram pada ketika artikel ini ditulis.


Semuanya kerana Nik Abduh tidak agresif dan melampau sepertimana yang mereka inginkan dan sepertimana yang seringkali dipamerkan oleh pemimpin-pemimpin muda PAS kepada UMNO bermula dari zaman Mahfuz Omar.

Pendekatan Nik Abduh yang lebih menyerupai pendekatan politik Almarhum Prof Dr. Zulkifli Ahmad yang merupakan salah seorang pemimpin Melayu-Islam paling dihormati, bukan sahaja kerana kepetahan ucapan dan syarahannya tetapi kerana buah-buah fikirannya, termasuklah tuntutan agar Kerajaan mewujudkan Universiti Kebangsaan Malaysia dan memperkasakan kedudukan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan selain mempertegaskan pengambilan dan pemberian kewarganegaraan kepada masyarakat imigran.

PAS yang kini mengambil pendekatan POLITIK MATANG, menjadi sasaran puak-puak PAN yang masih ada di dalam PAS. Para pemimpin seperti Nik Amar, Ahmad Yaakob, Abdul Hadi Awang, bahkan Nik Abduh sendiri menjadi sasaran serangan dan caci keji.


Nik Abduh bukan sahaja dicaci kerana dia dilihat lebih 'mesra' dengan kepimpinan UMNO, tetapi juga difitnah cuba memesongkan umat Islam dengan menghalalkan 'rasuah 1MDB'. Walaupun penjelasan dan penerangan tentang masalah-masalah yang berkaitan dan diperkatakan tentang 1MDB telah dibuat berkali-kali, tetapi nampaknya golongan yang dilihat lebih kuat menyokong DAP itu, masih tetap percaya, ada rasuah dan penyelewengan yang berlaku, manakala Nik Abduh pula dikatakan tidak memerangi rasuah tersebut.

Sekaligus menjadikan Nik Abduh sama sahaja seperti golongan yang mengagungkan rasuah.

PAN-DAP dan para penyokong mereka, apatah Cap Bunga dan PKR nampaknya semakin mempergiatkan serangan ke atas Nik Abduh apabila mereka menyedari, pengaruh Nik Abduh bukan sahaja bertambah kuat, bahkan dia dilihat menjadi lebih penting dalam arus politik negara.

Nampak jelas bagaimana ketakutan dan kebimbangan mereka, PAS serta UMNO akan bekerjasama, walaupun bukan dalam Barisan Nasional menerusi reaksi dan fitnah yang ditunjukkan.

7 comments:

  1. Penerangan berkali kali tentang 1mdb telah dibuat . .telus kah? Kenapa byk maklumat penting diletak sebagai OSA?Itulah kau orang suka menipu dan kelintong rakyat.

    ReplyDelete
  2. Puak tak ingat dosa pahala. Hari hari kerja buat fitnah. Eloklah tu...akhirat nanti pikul dosa fitnah org. Masa tu tak ada taubat dah.

    ReplyDelete
  3. Begitulah perjuangan demi sebuah kebenaran. Sewaktu dulu kita laungkan penyatuan ummah...ditolak mentah2 oleh PAS.... kita tahu siapa puncanya dan bila punca dan penghalangnya dijemput Allah segalanya mula mekar dan bercambah. Kini bila penyatuan ummah dengan acuan politik matang mula menampakkan diri dan mula memberikan buah manis..... kita mula nampak pula siapa dalang disebalik halangan ini. Sedaya upaya akar pokok penyatuan ini cuba dimatikan menggunakan serangga parasit dan terasnya cuba dipangkas. Teruskan nik Abduh dan kepimpinan utama PAS.... menyambung tali Allah ini. Umat harus disatukan niatnya meskipun melalui wadah yg berbeza....Allahuakbar.

    ReplyDelete
  4. apa yg paling ditakuti oleh Dap jika pas n umno bergabung maka akan terbentuklah sebuah kerajaan melayu tulen.. bukan setakat hukum hudud malah menghapuskan sekolah cina pun blh dilakukan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maka berbagai2 alat dan perkakas yahudi yg jelas lagi bersuluh telah digunakan demi niat utama menghancurkan satu2nya kuasa yg ada pada kelompok melayu islam itu tercapai...

      Delete
  5. Yer..betul tu..cuma orang Pas ni sombong bongkak mcm Tuan Man...orang mcm nilah.sebenarnya syaitan berwajah manusia kerana tidak suka orang Melayu dan Islam bersatu..dia jadi batu api

    ReplyDelete
  6. Nik abduh...bijak dan berpandangan national level..dia bolih dianggap asset nehara dan bangsa masa mendatang..sbb ada brain dan ilmu..sbb tidak bolih diperdayakan ayau diakal akalkan maka dia dimusuhi..pembelit dan penyangak politikus yg sentiasa meroyan..compare pemimpin pemuda terdahulu..yg lemah akal..rendah pendidikan....berkerektor ala katun..tentunya popular dikalangan politikus songsang...nik abduh perlu berhati pwermainan politik musang berbulu ayan...yg berbasi dlm pimpinan pas... mcm ciri..lebai ibrahim man yg kerap keluarkan statement lagy anwarinas yg dah lupus...

    ReplyDelete