Pages

Tuesday, November 29, 2016

TERGOLEK LAGI!!! GILIRAN ABDUL RAHMAN DAHLAN PULA SELESAIKAN KES DENGAN MALAYSIAKINI DI LUAR MAHKAMAH!!!



Itulah yang sering berlaku...

Pemimpin-pemimpin UMNO tersangat baik hati, lemah lembut, sangat prihatin dan sangat mengambil mudah walaupun mereka difitnah, dimalukan dan ditohmah....

Abdul Rahman bukanlah yang pertama. Dah ramai, termasuklah Najib Abdul Razak sendiri...

Setiap kali kemenangan mereka ke atas portal pro-DAP seperti Malaysiakini hampir tercapai, bahkan ke atas para pemimpin PKR dan DAP, setiap kali itulah, peguam-peguam atau penasihat undang-undang mereka akan membuat satu U-TURN yang sangat teruk, yang kemudian tanpa mereka sedar, menyebabkan para penyokong semakin meluat.

Bukan meluat kerana mereka akhirnya terbukti benar atau pihak seperti Malaysiakini dan pemimpin PKR atau DAP meminta maaf serta 'menarik kembali' kenyataan fitnah yang telah dibuat, tetapi kerana TERLALU LEMBIK dan TIDAK SAMPAI HATI untuk meneruskan prosiding saman fitnah.

Lim Guan Eng atau mana-mana pemimpin DAP dan PKR yang mendapat peluang seperti ini, pasti tidak akan berhenti sekerat jalan. Mereka tidak akan berhenti setakat permohonan maaf dan penyelesaian di luar mahkamah. Sebaliknya seperti apa yang berlaku ke atas UTUSAN MALAYSIA, NST dan TV3, prosiding diteruskan sehinggalah ketiga-tiga entiti yang kerap menjadi sasaran itu, diarahkan oleh mahkamah agar membayar gantirugi bernilai ratusan ribu kalau tidak pun jutaan ringgit kepada para pemimpin DAP dan PKR serta PAN.

Apa yang kembang dan megahnya dengan permohonan maaf oleh Malaysiakini?

Apa kenyataan yang ditarik balik sedangkan kenyataan, pembohongan dan fitnah tersebut telah pun berlaku malah digunakan oleh sekalian ramai sebagai hujah?

Kenapa mudah sangat lembut hati dengan puak-puak seperti Malaysiakini yang sudah pasti akan mengulangi perbuatan mereka, kalaupun bukan kepada Abdul Rahman Dahlan tetapi kepada kepimpinan yang lain?

Mengapa mudah sangat menerima permohonan maaf mereka yang hanya bertujuan untuk menyelamatkan diri, bukannya kerana insaf dengan fitnah yang dilakukan?

Adakah kerosakan yang telah mereka lakukan boleh diselesaikan hanya dengan permohonan maaf sahaja?

Tidak hairanlah mengapa Lim Guan Eng dengan mudah mendabik dada, claim kredit pada kerja yang bukan dilakukannya, bahkan membangga-banggakan dirinya kononnya dialah yang terbaik dan apabila pihak media membongkarkan pembohongannya, dia akan menyaman media-media itu sehingga akhirnya media-media itu bukan sahaja menyembahnya bahkan akan membayar pampasan berjuta-juta ringgit.

Mengapa Abdul Rahman Dahlan dan kepimpinan UMNO tidak secekal Lim Guan Eng?

Kelembutan dan toleransi yang ditunjukkan oleh Abdul Rahman Dahlan, percayalah... tidak akan membantu sama sekali!

Malaysiakini tetap juga menabur fitnah demi kepuasan hati taukeh-taukeh mereka!

Abdul Rahman Dahlan dan Malaysiakini mencapai persetujuan untuk penyelesaian luar mahkamah dalam kes Malaysiakini menfitnah Abdul Rahman Dahlan dengan artikel 'Minister, 'go back to kampung'' pada 6 November tahun lepas. (RUJUK SINI)


2 comments:

  1. kalau anda buat silap anda akan dimalukan oleh mereka. kalau mereka buat silap berkali-kali mereka akan berlagak macam mereka tidak akan buat silap. bukan saja di sini waima media liberal di AS yang silap dalam analis pra-Pemilihan Presiden juga berlagak serupa.

    ReplyDelete
  2. Apakah mungkin diberi dedak? Ah...tak mungkin. Tapi mengapa mudah sangat selesai luar mahkamah tu.

    ReplyDelete