Pages

Sunday, December 11, 2016

DIBURU TINDAKAN TATATERTIB, GURU-GURU KGM YANG SELAMA INI BEGITU ANGKUH, MULA GELISAH DAN TERPAKSA BERBOHONG UNTUK SELAMATKAN DIRI!!!



Semenjak pendedahan yang dibuat membabit group laman KGM di Facebook yang kemudiannya menjadi viral, Kementerian Pelajaran Malaysia mula mengambil tindakan menyiasat walaupun setakat ini belum ada lagi yang dikenakan tindakan tatatertib.

Rupa-rupanya pendedahan tersebut, membuatkan admin-admin group terbabit jadi tidak tentu arah apatah lagi Menteri terbabit, turut memberikan respons.

Dua amaran telah dikeluarkan oleh menteri terbabit kepada guru-guru yang aktif menentang dan mengutuk majikan mereka di dalam Facebook melalui group tersebut.

Netizen sebelum ini telah membuat pendedahan besar tentang group tersebut. Namun admin-admin group tersebut cuba menafikannya. Bahkan cuba berselindung dan berbohong kononnya mereka telah menyingkirkan ahli-ahli KGM yang didapati 'melanggar' peraturan yang telah ditetapkan.


Anehnya, mereka juga turut menyerang seorang doktor pakar yang turut membuat pendedahan tentang kegiatan guru-guru terbabit.

Tidak senang dengan apa yang sedang berlaku, mereka bukan sahaja menyerang peribadi doktor terbabit, tetapi juga menyebarluaskan gambar keluarga serta kenderaan doktor tersebut.


Sekali lagi apabila didedahkan, adminnya cuba membuat penafian dan cuba menipu kononnya mereka bukanlah guru-guru yang menentang majikan sendiri, sebaliknya ia adalah satu bentuk kebebasan bersuara. Anehnya, guru-guru yang tidak sependapat dengan mereka, dilaporkan telah ditendang keluar dari group tersebut. Yang banyak 'bercakap' sekarang dalam group tersebut hanyalah guru-guru yang satu kepala dengan admin-admin group terbabit yang KESEMUANYA menentang majikan sendiri.

Contoh terbaik ialah apabila seorang guru menyalahkan 'Pendidikan Seks' dalam silibus dan menuduh tiada silibus sahsiah dan penekanan agama sehinggakan mereka malu untuk mengajar mata pelajaran berkenaan. Gambaran yang diberikan oleh guru terbabit ialah, matapelajaran seks yang diarah ajar adalah CARA-CARA PERSETUBUHAN!

Walhal silibus yang sama, turut terdapat dalam matapelajaran Pengetahuan Agama Islam, sama ada di peringkat Sekolah Kebangsaan mahupun SAR dan ianya tidaklah berkisar semata-mata tentang perkara jimak seperti yang cuba digambarkan oleh guru terbabit.


Dengan dua amaran yang dikeluarkan oleh menteri terbabit, admin-admin group tersebut mula terasa bahang dan terpaksa membela rakan-rakan setugas mereka yang bakal dikenakan tindakan tatatertib. Apatah lagi pada masa kini, terdapat lebihan guru yang masih menunggu untuk dihantar tugas.

Penyingkiran guru-guru terbabit daripada perkhidmatan awam, langsung tidak merugikan sektor pendidikan. Sebaliknya akan membuka lebih banyak peluang kepada bakal-bakal guru yang sedang menunggu untuk ditugaskan.

Tiada gunanya mereka menggunakan media-media sosial seperti Facebook untuk membela diri, kerana dari media-media sosial itulah juga, pelbagai bentuk bukti telah pun diperolehi!

Sekarang, kita tunggu tindakan selanjutnya daripada Kementerian Pelajaran selepas dua amaran diberikan oleh Menteri Pelajaran, Mahdzir Khalid kepada guru-guru pro-pembangkang itu.

UPDATE:

Penjelasan daripada Dr. Aznil Hisham adalah seperti di bawah...









10 comments:

  1. Guru bnyak terdedah dgn maklumat. Mungkin ada yg kurang puas hati dlm beberapa perkara ttg kerajaan. Komenlah secara beradab dan kritik yg membina. Jgn emosional dan sampai tahap memfitnah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya guru di malaysia lebih banyak masa terluang itulah sebabnya kepala mereka berfikiran negatif.utuk mengisi masa terluang.guru zaman dulu tak cukup masa hingga bawa balik kerja sekolah kerumah.

      Delete
  2. Buang saja. Bagi orang lain yg betul2 minat.

    ReplyDelete
  3. Setuju...
    Amat di alu2lan tindakan tegas terhadap barua2 pembangkang.
    Barua2 pembangkang amat ramai. Sebanyak khinzir di kandang.


    ReplyDelete
  4. Singkirkan saja pendidik yg tak berjiwa pendidik, kerana segelintir mereka adalah.perosak anak nusa bangsa

    ReplyDelete
  5. Yer ramai parasit dalam sektor awam..dapat gaji..tiap bulan tapi mulut mengumpat..mencerca..langaung tak tahu bersyukur... Tahniah..doktor..mereka ni tiada ciri2 cikgu..buang jer...cari yang benar2 ikhlas untuk mendidik anak bangsa

    ReplyDelete
  6. Sebenarnya guru2 tidak boleh ditegah menimba ilmu. Kalau ilmu itu kebenaran dan membolehkan seseorg berfikir secara analitik, maka mrk boleh melihat keburukan kerajaan kini yg mengamal rasuah sampai negara dikorbankan. Tak ada ke org2 Melayu yg lebih rasional, yg boleh mengantikan perompak2 UMNO. Kalau tak ada maka SBP hanya melahirkan lembu2 serumpun dgn perbelanjaan berbillion yg tidak mendatangkan hasil.

    ReplyDelete
  7. Aku guru dan selalu nasihatkan ibu bapa dgn memulakan didikan anak2 bermula di rmh.Di sklh kita cuma menambah apa yg kurang.
    Tak puas hati biar guna jln yg betul.Dapat kita betulkan didikan di rmh maka mudahlah didikan kita di sekolah.Bermakna guru..ibu bapa dan murid perlu bekerjasama utk melahirkan modal insan yg sempurna.

    ReplyDelete
  8. Fitnah ada di mana mana

    ReplyDelete