Mahathir bukan orang pertama mengungkapkan perkataan ini. Bahkan dia mungkin orang yang terbaharu yang barangkali secara tidak sengaja atau sengaja, menolak kebenaran ayat-ayat al Quran.
Allah Taala berfirman dalam Surah Yunus ayat 99-100 yang bermaksud:
"Dan jikalau Rabb-mu mengkehendaki, tentulah semua orang di muka bumi seluruhnya beriman. Maka apakah kamu(hendak) memaksa manusia supaya mereka menjadi orang-orang yang beriman semuanya. Dan tidak ada seorang pun yang akan beriman kecuali dengan izin Allah dan Allah menimpakan kemurkaan kepada orang-orang yang tidak mempergunakan akal."
Pelbagai makhluk telah dicipta oleh-Nya. Semua makhluk Allah Taala melainkan manusia dan jin seperti haiwan, malaikat dan tumbuhan tidak mempunyai kehendak bebas. Sedangkan pada masa yang sama, manusia pula diiktiraf sebagai makhluk paling sempurna Ciptaan-Nya.
Di dalam manusia itu terdapat 'miniature' 7 Sifat-Sifat-Nya iaitu samaq, basar, kalam, ilmu, hayat, kudrat dan iradat. Atas ketujuh-tujuh sifat itulah yang membezakan manusia dengan makhluk-makhluk lainnya yang Imam Al-Ghazali menggelarkannya sebagai 'kuasa di bawah Kuasa' menerusi kitabnya, Qawa'id al-'Aqaid.
Dan atas sifat-sifat itulah pula, Allah Taala menjadikan ujian menerusi hidup dan mati untuk menguji siapa di kalangan kita yang lebih baik amalnya seperti yang terkandung dalam Ayat 2 Surah Al-Mulk.
Dalam Surah Al-Baqarah ayat 155 pula Allah Taala berfirman yang maksudnya:
"Dan sesungguhnya, akan Kami berikan cubaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar."
Nampaknya, selepas dia memperlekehkan Nabi s.a.w dan para Sabahat r.a dan Ahlul Bait, Mahathir naik selangkah lagi dengan mempertikaikan kuasa dan Kehendak Allah Taala meskipun Allah Taala telah menjelaskan perkara yang cuba dibangkitkan itu menerusi ayat-ayat Al Quran.
Mahathir barangkali mengira, KUASA AQALnya lebih besar dan lebih agung daripada Ayat-Ayat Allah Taala!
Semoga kita semua dijauhkan daripada perangai dan kegelinciran lidah serta iktikad seperti ini...
Lawan dengan semua PM dah rasa. Lawan dengan Sultan2 pon dah rasa. Kali ini nak lawan dengan Kerajaan Langit pula. Suka ngko le Labu.
ReplyDeleteBetullah ted manoff ..semua org nak lawan. Hebatlah analisa kau.
DeleteLogik yg merosak akidah.
ReplyDeleteTu diaaaaa.....ular kerala dah tunjuk lidah bercabang dah.
ReplyDeleteTak payahlah nak tulis hal hadis ni. Kau ni bangsat. Buat cara bangsat. Kau ada pun org pertikai ..tak payahlah kau nak campur. Kau ni bangang ..buat cara bangang. Kai tulis blog ni pun kau dah buat dosa. Bangang tak paham lain kali diam. Ni org nak bercakap kau pun nak cakap. Sudahnya berak yg keluar dari mulut kau
ReplyDeletesampaikan ilmu walau sedikit....
Delete7.31 am cakap org bahasa yg klr dari mulut kau hangit
DeleteKeluarga 'Imran ('Āli `Imrān):85 - Barangsiapa mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu)daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi.
ReplyDelete'Āli `Imrān:105 - Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah berceri-berai dan berselisihan (dalam ugama mereka) sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata (yang dibawa oleh Nabi-nabi Allah), Dan mereka yang bersifat demikian, akan beroleh azab seksa yang besar.
“Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami dan mendustakan akan menemui akhirat, sia-sialah perbuatan mereka. Mereka tidak diberi balasan selain dari apa yang telah mereka kerjakan..” (QS: -A’raaf : 147)
Yūnus:108 - Katakanlah (wahai Muhammad): "WAHAI SEKALIAN MANUSIA! Telah datang kepada kamu kebenaran (Al-Quran) dari Tuhan kamu. Oleh itu sesiapa yang mendapat hidayah petunjuk (beriman kepadanya), maka faedah hidayah petunjuk itu terpulang kepada dirinya sendiri; dan sesiapa yang sesat (mengingkarinya) maka bahaya kesesatannya itu tertimpa ke atas dirinya sendiri dan aku pula bukanlah menjadi wakil yang menguruskan soal (iman atau keingkaran) kamu".
Yūnus:109 - Dan turutlah apa yang diwahyukan kepadamu serta bersabarlah (dalam perjuangan mengembangkan Islam) sehingga Allah menghukum (di antaramu dengan golongan yang ingkar, dan memberi kepadamu kemenangan yang telah dijanjikan), kerana Dia lah sebaik-baik Hakim.
Tapi tuan admin jangan lupa ..ade orang Islam tapi tidak beriman ... Dalam ayat tersebut dinyatakan dengan jelas orang beriman..
ReplyDeleteNampaknya kata kata imam ghazalie dan heresay nabi lebih besar dan agung daru wahyu allah alquran. Bagus admin. Tinggi pelajaran agama kau.
ReplyDeletesyiah ke kau nih..syiah ni munafiq kepala besar...penipu hypocrate mcm dia nih 10.47am
DeleteItulah klu si jahil nak berbicara pasal agama. Pakai otak je ttg ketuhanan. Belajarlah dulu.
ReplyDeleteMahathir ini sesat lagi menyesatkan. Moga Allah beri hidayah pada dia. Kalau nak bodek DAP pun tak kan macam tu kot.
ReplyDelete