Pages

Thursday, December 22, 2016

MARAH KERANA JAMAL MOHD YUNOS 'BERTUALA' DI PINTU SUK, PENTADBIRAN AZMIN ALI BARU JUMPA PREMIS PERNIAGAAN JAMAL DI SEKINCHAN TIDAK BERLESEN DAN DIARAH TUTUP!!!



Jamal Mohd Yunos, Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar telah buat gimik bertuala dan membawa perkakas mandi di hadapan pintu pagar bangunan SUK semalam. Gimiknya ekoran gangguan bekalan air di Selangor dan Lembah Kelang dalam tempoh yang terdekat akibat kegagalan dan kepincangan pentadbiran serta pengurusan air Selangor yang telah diambilalih oleh Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Azmin Ali.

Tahun ini sahaja, sudah lebih tujuh kali gangguan bekalan air yang paling minima adalah tiga hari bagi setiap sesi gangguan di seluruh Selangor dan Lembah Kelang.

Soal sama ada Jamal melakukan stunt bodoh atau tindakannya adalah simbolik kepada kritikan terhadap kegagalan pentadbiran Azmin Ali menguruskan masalah air Selangor, terpulang kepada persepsi masing-masing.



Tetapi hakikatnya, masalah bekalan air di Selangor semakin hari semakin teruk. Itu hakikat yang tidak boleh dinafikan sama sekali. Sebarang cubaan untuk menyalahkan pihak lain, hanya sekadar cubaan untuk menutup kelemahan pentadbiran Azmin Ali-DAP.

Rupa-rupanya tindakan Jamal Mohd Yunos membuat stunt-politik itu, menimbulkan 'kemaharan' yang luar biasa kepada pentadbiran Azmin Ali sehingga perlu dicari, dikorek dan dibalas dendam dengan berselindung di sebalik undang-undang.

Satu arahan sita premis atas alasan TIDAK BERLESEN telah dikeluarkan pada sebelah pagi, dan pada sebelah petang hari yang sama, tindakan sita dan roboh dilakukan membabitkan premis milik Jamal Mohd Yunos di Sekinchan.


Menariknya, terdapat banyak hotel-hotel murah di seluruh kawasan tersebut, bahkan di Selangor yang lebih dilihat sebagai pusat 'pembersihan' tetapi tiada sebarang tindakan yang diambil oleh pentadbiran Azmin Ali. Tidak pernah pula ada operasi dan pengeluaran perintah sita atau perobohan premis kerana tiada lesen atau kelulusan.

Barangkali kewujudan lesen dan kebenaran, hanya akan berlaku sekiranya pemilik-pemilik premis tersebut 'memalukan' Kerajaan Negeri.





Semalam, di Pulau Pinang, tindakan pentadbiran Lim Guan Eng menghantar perintah mahkamah agar Pengerusi GERAKAN Pulau Pinang tutup mulut dan tidak memperkatakan lagi tentang tanah Pulau Jerejak yang telah diselewengkan oleh pentadbiran Lim Guan Eng dibuat.

Hari ini, di Selangor, pentadbiran Azmin Ali yang 'Residennya' adalah DAP, juga melakukan tindakan yang sama, tetapi lebih kejam dengan menyita dan memusnahkan binaan milik Jamal Mohd Yunos.



23 comments:

  1. Jamal adalah undang2 dan undang2 adalah Jamal. Berapakah dibayar utk lakunan ini.

    ReplyDelete
  2. Bisnes tanpa lesen maknanya bisnes haram le...najib tak kasi duit ke?

    ReplyDelete
  3. Rumah urut diSelangor pun tak ada lesen tapi tak pun disita dan dirobohkan. Azmin ada kira bulan ke?

    ReplyDelete
  4. Takkanlah Jamal Jamban Ni tak boleh Mandi Kat sungai. Masalah air disemua negeri adalah disebabkan oleh JBA diswastakan kpd orang cam Jamal yg kemudiannya disub berkali kali sehingga tinggal tulang je utk pihak yg melakukan kerja sebenar Dan yg lain jadi Tukang pungut. Inilah Sistem yg diperturunkan oleh Nabi org2 UMNO Mahathir Iskandar Kuti Haramjadah Laknatullah Dan diterima pakai oleh penyamun2 dari kumpulan Razak-Hussein.
    Bab itulah jambatan, bumbung dsbnya runtuh Dan air sungai tidak dirawat secara sempurna. Penyamun2 ini jugalah org2 yg nak undang2 syariah supaya yg menyoal mrk dikenakan hukum hudud. Begitulah cerita purba Malaysia yg dihanyutkan ke benua Afrika pada thn 2020 kerana pakai nama Tuhan utk perrbuatan keji.

    ReplyDelete
  5. dungu bertemu bodoh....sama je jamal dengan cina2 komunis tu , ikut mak bapak dia je bukan perniagaan tanpa lesen

    ReplyDelete
  6. PBT sepatutnya menjadi pemudah cara dan bukannya penyukar cara. Kalau Jamal dah bayar dan dah penuhi syarat kenapa disusahkan pengambilan lesen?

    ReplyDelete
  7. Tindakan selalunya ikut kriteria tertentu dan seharusnya kriteria itu tidak termasuk kecondongan berparti atau kemampuan bersuara atau melakukan gimik. Tentulah pelik kalau khemah sementara yang menjual pokok krismas atau limau mandarin yang mengisi ruang parkir di pandang dengan sebelah mata terbuka sedangkan kuali menggoreng pisang dan dapurnya sekali dianggap menyakitkan mata yang memandang. Apa ini?

    ReplyDelete
  8. Nak dapat lesen rumah tumpangan, nampaknya, bukanlah mudah. Kalau nak bukak rumah tumpangan pun kena bayar 'pengkeras' sedangkan margin untung belum tentu lumayan, baik fikir banyak kali bagi mengelak gulung tikar lebih awal dari sepatutnya. Apapun, persepsinya ialah kalau nak buka premis hiburan atau rumah urut tak banyak birokrasi menghalang kecuali monopoli.

    ReplyDelete
  9. melayu dgn melayu ni la dia. terserlah penyakit Phd. punya ramai cina harbi yg tak da lesen tak berani ambil action begini. klau sesama bangsa tunjuk hebat. mmg dah nak tolongkop melayu d msia. what turns around comes around.

    ReplyDelete
  10. Pesan kat jamal tu ..towel dia amik kat spa urut tu pulang balik. Marah mami spa nanti. Kita tak boleh marah jamal ni. Dia ni tak sekolah. Notis takde air dia taktau baca dan org kalau nak buat berniaga kena ada lesen ni pun dia taktau. Maafkanlah jamal. Dah 4 hari tak mandi pun satu hal buat dia jadi bebal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap Jamal dapat Mandi Dan berak di basstesen kelang .Ada kemudahan disediakan.

      Delete

  11. 1.Difahamkam hari ini hotel milik datuk Jamal telah dirobohkan oleh pihak berkuasa , dan gambar berkenaan telah viral di media sosial.

    2.Dan begitu juga dgn notis majlis daerah sabak bernam kpd beliau yg menyatakan spt mana ditandakan di kotak ke 4 itu yg menyatakan kesalahan menjalankan aktvt perniagaan hotel tanpa lesen ,

    3.Notis itu juga menyatakan premis tersebut akan diperiksa pada 4 hb januari 2017 , dan notis itu juga menyatakan keperluan pemilik utk permohonan lesen operasi.

    4.Persoalan dan apa yg memuskilkan ialah , mengapa premis itu dirobohkan pada hari ini sdgkan hari ini bukan 4 hb January ?

    dan difahamkan pemilik premis tdk pun membuka sita tersebut dan menjalankan apa apa akvt perniagaan.

    5.Apakah kerajaan negeri tdk ada tolak ansur ataupun budi bicara dan pertimbangan yg perlu spt mana perkara 153 perlembagaan persekutuan hak istimewa org melayu diwartakan ?

    Dari aspek undg undg , agak jelas datuk Jamal berhak menggunakan hak undg undg beliau utk mendapatkan proses keadilan utk kes ini.

    sgt jelas tindakan perobohan ini bermotifkan politik dan ianya satu perbuatan yg jijik dan menjelekan.


    p/s

    kesalahan

    berniaga tanpa lesen dan bukannya kesalahan bangunan tiada kelulusan pembangunan

    tutupkan shj la perniagaan itu mengapa mahu robohkan ?

    apa guna perkara 153 perlembagaan persekutuan hak istimewa org melayu

    ReplyDelete
    Replies
    1. 153 bukan utk langgar undang2 dan berlagak berlebihan drpd yg sepatutnya krn org2 asal diSemananjung Dan Borneo diketepikan Dan 153 telah disalah guna sekian lama

      Delete
    2. Hukum nya haram kalau melanggar undang2. Sokong tindakan majlis perbandaran

      Delete
  12. Kerajaan yang dikataka bersih, memahsmi kepeluan rakyat boleh bertindak macam ni, nak tunjuk kuasa kepada siapa

    ReplyDelete
  13. KALAU PBT TAK MAU BERTINDAK KEATAS RUMAH URUT DAN JUDI..MARI KITA RAMAI2 PERGI ROBOH DAN SITA.

    ReplyDelete
  14. Bagus kerajaan Selangor berlaku adil kpd rakyat dan tidak memilih bulu. Akta 153 itu akta untuk menyamun itulah yang kita lihat sehingga ini terutama sekali dikalangan org2 UMNO. Sial betul penyamun2 UMNO ini. Dimanakah Jamal dapat duit sebanyak itu utk berniaga?????

    ReplyDelete
  15. MB dan pentadbiran selangor menghantar mesej yg salah pd rakyat. kamu banyak komplen, kamu akan terima akibatnya mcm jamal nih. dah mcm duduk kt korea utara pulak...

    ReplyDelete
  16. Inilah jamal tuala jamban ketua umno bahagian.....melayu keluaran umno

    ReplyDelete
  17. 'JAMALTUALAJAMBAN'kumpulan baru dalam maharaja lawak megaaaaa.....

    ReplyDelete
  18. Jamal berlagak melebehi anak raja...bermakna dia menderhaka.

    ReplyDelete
  19. Kalau melayu buat kau melayu pun kau kutuk melayu sendiri tapi kalau bangsa lain buat kau tutup mulut kau rapat2 sikit pun tak berani bersuara adilkah kau

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin bangsa lain lebih bermaruah setakat ini....kerana menghancurkan negara dewasa ni adalah Melayu melalui rasuah.

      Delete