Pages

Wednesday, December 21, 2016

PENGERUSI MEDIA PRIMA DITUDUH BUAT FITNAH 'LITTLE NAPOLEON'!!!



Rungutan tentang mutu dan prestasi TV3 sudah lama kedengaran. Begitu juga dengan permainan politik di dalam Media Prima. Baik di kalangan penyokong Kerajaan apatah lagi pembangkang. Bagaimanapun, berbanding penyokong dan pemimpin pembangkang, kebanyakan penyokong dan pemimpin Kerajaan yang tidak berpuas hati dengan organisasi media elektronik UMNO itu, tidak bising-bising secara terbuka, sebaliknya menjadikan bahan perbualan antara mereka.

Dan sudah tentulah yang kerap menjadi bahan perbualan adalah tentang berita TV3, khususnya Buletin Utama.

Biarpun Media Prima Berhad yang memiliki TV3 turut memiliki beberapa stesen televisyen yang lain, namun yang kerap diperkatakan adalah TV3. TV3 adalah tonggak Media Prima. Buletin Utama TV3 pula adalah saluran berita utama yang menjadi tontonan kebanyakan penyokong Kerajaan, mahupun pembangkang sendiri.


Pada 14 Disember lalu, RPK menerusi blognya, Malaysia Today, telah menyiarkan pendedahan Tunku Abdul Aziz Ibrahim membabitkan Pengerusi baru Media Prima, Dato Seri FD Iskandar.

FD Iskandar didakwa cuba menyingkirkan Dato Seri Ashraf Abdullah yang merupakan Editor Urusan Kumpulan Berita dan Hal Ehwal Semasa, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad.

Dalam usahanya itu, FD Iskandar telah menipu Presiden UMNO yang juga merupakan Perdana Menteri Malaysia, Najib Abdul Razak menggunakan Tunku Abdul Aziz.

Menurut Tunku Abdul Aziz, FD Iskandar pada pagi 28 November telah BERBOHONG KEPADA PRESIDEN UMNO, kononnya Tunku Abdul Abdul Aziz telah dibenarkan muncul dalam Buletin Utama TV3 selama 12 malam berturut-turut sehingga menyebabkan rating TV3 jatuh merudum.

Sedangkan menurut Tunku Abdul Aziz, dia hanya muncul dalam Buletin Utama pada 18 Oktober, 11 November dan 14 November sahaja, iaitu sebanyak 3 kali, bukannya 12 kali sebagaimana yang diberitahu oleh FD Iskandar kepada Najib Abdul Razak.


Sekaligus membuktikan bahawa Ashraf adalah seorang yang profesional dan mengamalkan etika media yang betul. Apatah lagi Tunku Abdul Aziz hanyalah aktivis sosial yang tidak mempunyai kedudukan dalam kerajaan atau pun politik.

Tunku Abdul Aziz telah menuntut agar FD Iskandar meminta maaf kerana telah menggunakan namanya untuk berbohong kepada Perdana Menteri dalam merealisasikan agenda peribadinya untuk menyingkirkan Ashraf Abdullah. Justeru, dia diberi tempoh selama seminggu untuk berbuat begitu di dalam portal MALAYSIA OUTLOOK.

16 September, sekali lagi RPK menyiarkan pendedahan tentang FD Iskandar dan Tunku Abdul Aziz Ibrahim. (RUJUK SINI)

Apa yang berlaku di dalam salah satu entiti milik UMNO itu sebenarnya bukanlah sesuatu yang asing. Bukan sahaja perebutan kuasa, bahkan memberikan maklumat salah kepada Presiden UMNO dalam usaha individu-individu tertentu menonjolkan diri, tidak sahaja melibatkan FD Iskandar sebagaimana didakwa tetapi juga melibatkan ramai orang lain.

Tuduhan bahawa Fateh Iskandar Mohamed Mansor a.k.a FD Iskandar membohongi Perdana Menteri dan menasihati bagaimana negara ini perlu ditadbir, adalah sesuatu yang amat serius. Nama FD Iskandar telah jadi bahan cerita apabila kerapkali digambarkan dia adalah seorang yang sangat rapat dengan Perdana Menteri, bahkan sarapan dan makan malam pun dengan Perdana Menteri setiap hari.


Begitu juga dengan dakwaan tentang media-media asing yang diberitahu oleh FD bagaimana rapatnya dia dengan Perdana Menteri dan bagaimana Perdana Menteri sangat bergantung dengannya untuk mendapatkan nasihat menguruskan negara ini secara efektif. Tanggapan yang cuba dibuat ialah, tanpanya, Najib tidak tahu apa yang perlu dilakukan dan negara ini akan bermasalah! (RUJUK SINI)

FD Iskandar perlu melakukan sesuatu. Sama ada meminta  maaf atau pun mengambil tindakan undang-undang ke atas Tunku Abdul Aziz sekiranya tuduhan yang dibuat oleh Tunku Abdul Aziz yang kemudian disiarkan oleh RPK adalah satu fitnah.

Apatah lagi, ianya membabitkan kedudukannya selaku Pengerusi Media Prima yang dikatakan sangat rapat dengan Perdana Menteri dan nasihatnya diperlukan oleh Perdana Menteri.

Tiada gunanya dengan kenyataan 'TERIMA KASIH KERANA ANDA ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA 2 JUTA PENONTON BULETIN UTAMA SETIAP MALAM' sekiranya pendedahan yang amat memalukan ini boleh mengaitkan permainan politik LITTLE NAPOLEON di dalam salah satu entiti terpenting UMNO yang akhirnya keburukannya ditampar ke muka Perdana Menteri sendiri!!!


8 comments:

  1. "Once beaten twice shy, third willing" itulah 'nasihat' sinikal Supremo Daputera pada MAC/IC dan parti sewaktu dengannya. Apanya yang Supremo tidak sedar ialah bersandarkan kepada bidalan yang samalah yang menyebabkan Pakatan Baru tidak dapat memujuk rakan lama mereka (iaitu parti lama buat Pant)untuk turut serta dalam Pakatan Baru.

    Supremo cuba mengingatkan 'lawan' supaya berhati-hati setelah 'lawan' itu tadi dilihat terkena sebelumnya tanpa Supremo sedar yang dia sendiri telah berkali-kali perkenakan rakan tahaluf yang lama dan dek kerana terkenalah dan dek kerana tidak mahu terkena buat kali kedualah makanya Supremo tidak akan ditahaluf siyasikan buat kali kedua.

    Susulan itu 'lawan' tidak berganjak dari kedudukannya dan nasihat Supremo sekadar masuk telinga kiri dan keluar ikut telinga kanan mungkin kerana keikhlasannya kosong, sebaliknya Supremo yang mendapat lambaian bye-bye. Nah, sinikalnya Supremo tidak menjadi sebaliknya 'lawan' mungkin tersenyum sinis melihat Supremo meludah ke langit!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kerajaan bersetuju untuk mengkaji kadar elaun PA.. lepas 3 tahun naik RM5.00. haha

      Delete
  2. Aku rasa nk kata TV3 ni memberatkan berita sebelah pemerintah tak jugak. Dah lama dah tengok muka PM kita ni selalunya tengah2 berita, bukan depan. Yang belah pakatan plak, bila nak buka stesen TV sendiri? Kat Indon tokey stesen TV bukak parti pastu masuk pilihan raya pastu menang jadi pembangkang atau kerajaan. (Tak payahlah, pembangkang kita ni kan byk yg bangang, jaguh facebook tapi bila nak berlawan depan2 menyotong, bergurau mcm sekor ahli parlimen tu, tak layak jadi wakil rakyat)

    ReplyDelete
  3. FD tak perlu layan TA tu. Tak tau apa yg dia hendak. Kejap jilat kejap kutuk. Apa jasa pun tak nampak. Cakap macam pandai.

    ReplyDelete
  4. Mula2 buat kenyataan akhbar, pastu buat sidang akhbar, pasni nak buat demo lak ke? Kesian TA dan konco2 nye yg nak jatuhkan FD. X dapat respond dari tuan badan. Tu lah. Balik2 tuduhan tanpa bukti. Lepas tu mintak yg dituduh untuk saman.

    ReplyDelete
  5. Sebagai pengerusi syarikat, memang lah FD ade hak utk campur tangan dalam urusan syarikat. Die mewakili lembaga pengarah dan para pemegang saham. Media Prima ni bisnes ade pemegang saham. Asalkan perubahan untuk menjaga pemegang saham, teruskan aje lah.

    ReplyDelete
  6. Tak kan tak ada melayu tulin boleh jaga tv3..

    ReplyDelete
  7. Buang je FD. Dia memang menyusahkan

    ReplyDelete