Pages

Saturday, December 10, 2016

NURUL IZZAH MULA KELAM-KABUT APABILA PAS PERMATANG PAUH IKRAR AKAN RAMPAS KERUSI PARLIMEN ITU!!!



PAS Permatang Pauh telah menyatakan, mereka akan meletakkan calon di kerusi Parlimen Permatang Pauh pada PRU akan datang. Kerusi berkenaan dimenangi oleh Anwar Ibrahim bermula dari tahun 1982 dan kini disandang pula oleh isteri Anwar Ibrahim, Wan Azizah Wan Ismail. Sebelum 1982, Permatang Pauh dikuasai oleh PAS.

Pada tahun 1999, PAS 'menarik diri' secara sukarela bagi memberi laluan kepada Anwar Ibrahim apabila PAS bekerjasama dengan PKR dan DAP dalam Barisan Alternatif. Ahli-ahli dan para pengundi PAS telah memberikan undi kepada Anwar Ibrahim sepenuhnya.

Pada PRK Permatang Pauh tahun lepas, pada ketika hubungan antara PAS dan PKR menjadi dingin terutama sekali apabila DAP berterusan mendesak agar PKR mengenakan tekanan kepada PAS agar akur kepada DAP, majoriti yang diperolehi oleh Wan Azizah menurun secara mendadak walaupun pada masa yang sama, Wan Azizah masih mengekalkan kerusi tersebut dengan majoriti yang agak selesa.

Pelawaan dan pujukan DAP agar PAS tidak menentang mereka, sekaligus menyelamatkan PKR yang banyak bergantung kepada PAS untuk serba-serbi, kini cuba diteruskan oleh Mahathir dan Muhyiddin Yassin.

Bagaimanapun, kenyataan PAS Permatang Pauh bahawa kali ini, mereka akan meletakkan calon di Parlimen Permatang Pauh, telah menyebabkan Naib Presiden PKR yang juga merupakan anak perempuan Anwar Ibrahim, Nurul Izzah memberi respons pantas.

Nurul Izzah mengingatkan PAS Permatang Pauh bahawa mereka perlu bersatu dengan PKR dan DAP untuk menumbangkan UMNO-BN, bukannya 'tamak' untuk bertanding di kawasan yang diyakini sudah menang.

Pada masa yang sama, Mahathir pula menyatakan PAS adalah sebuah parti yang telah hilang arah tujuan kerana enggan bersekutu dengan DAP dan enggan menyembah serta menjilat Lim Kit Siang sebagaimana yang dilakukan ketika sebahagian besar pemimpin utama PAN berada di dalam PAS dahulu.

Perebutan kerusi untuk ditandingi menjadi semakin hangat di kalangan PKR-PAS-PAN dan Cap Bunga.

Ini adalah kerana kebanyakan kerusi yang ditandingi dan dimenangi oleh PKR dahulunya adalah kerusi yang ditandingi oleh PKR. Dengan memasukkan PAS di bawah satu lambang parti yang akan dikuasai sepenuhnya oleh DAP, lebih banyak kerusi yang ditandingi oleh PAS perlu diserahkan kepada PKR, PAN dan CAP BUNGA. Manakala DAP pula akan mengekalkan atau menambah bilangan kerusi yang akan ditandingi dengan alasan, mereka lebih kuat dan lebih dominan.


13 comments:

  1. Hang pun dok kelam kabut siar berita ni pun sama je...org lain tak kqlut...hang kalut terlebih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Membela Nurul nampak.Ada apa-apa ke?

      Delete
    2. Hang pon kelam kabut komen ni.. pon sama je.. org lain tak kalut.. hang kalut lebih.. kih..kih..kih

      Delete
    3. Biaq p la dia nak siarkan berita..hawat ..hang pn kalut jugak ka...!!!

      Delete
    4. Awat hang yang paneh punggong..? Kikikiki... Hang yang terlebih paneh awatnye..?

      Delete
  2. Apasalahnya..bukan Atok Mahadey yg lagi kalut sampai meroyan nak Boboi jadi Peem..lalu buat fitnah guna 1 mdb..

    ReplyDelete
  3. Yg paling kalut adalah anjing2 tajaan dapigs menyalak siang malam demi menjalankan tugas sebagai anjing kapir dapigs.

    PAN= Anjing dapigs
    PKR= Anjing dapigs
    Bersatu= Anjing dapigs

    Dapigs= Tuan kapir besar kepada anjing2

    Tak percaya? Cuba tengok anjing mana yg berani menegur tuan BESAR dapigs.

    ReplyDelete
    Replies
    1. UMNO tu anjing rasuah.

      Delete
    2. kau tu anjing sapa? anjing limkomunis. dia mmg suka manusia bebal mcm kau sbb senang dia pusing kepala hotak bebal kau dgn jari telunjok dia. dari dulu hgga sekarang melayu seronok d manipulate sbb ramai yg perasan syiok sendiri...

      Delete
  4. Rilek lah bro... Kata nak tegakkan islam... Kena lah terima dengan hati yang terbuka...

    ReplyDelete
  5. Ph kalut nak Pas bagi kerjasama tpi tiap hari kutuk dan maki Pas. Apa punya muka tak malu.

    ReplyDelete
  6. PAS Perlu bertanding disemua kerusi Parlimen dan DUN untuk mengajar barua2 DAP ini. PAS akan memenangi lebih banyak kerusi dari PRU13 kerana tidak lagi bersekongkol dengan penentang2 hukum Hudud yang dikepalai Mahataik Al-Dajjal. Dalam satu survey, 80% orang2 Islam di Malaysia menyokong hukum Hudud.

    Dengan hanya bertanding di lbh krg 80 kerusi parlimen PAS tidak pon boleh membentuk kerajaan. Dengan bertanding di semua kerusi PAS boleh menyakinkan rakyat/muslims yang mereka bersungguh untuk memegang tampuk pemerintahan, bukan menjadi kuda tunggangan orang lain.

    ReplyDelete
  7. Wahabi adalah rekaan Yahudi-Inggeris-Amerika yg memberi naungan kpd Al Saud yg menjadi penaung golongan Sunni. Melayu itu pak turut Unta2 Arab ini. Itu lah natijah kalau disuap oleh UMNO yg korup dan sial ni. Tak nak kerja asyik curi je di bawah akta bahlol 153.

    ReplyDelete