Pages

Sunday, December 4, 2016

PELABEL MAHATHIR PELACUR, BAPA AYAM DAN ULAR, PANAS HATI DAN TINGGALKAN DAP SEBAB PEMBOHONGAN KIT SIANG!!!



Shamsher Singh Thind, orang yang bertanggungjawab menggelarkan Mahathir sebagai BAPA AYAM, PELACUR dan ULAR, hari ini mengisytiharkan keluar dari DAP. Malah dia turut menegaskan, Lim Kit Siang tidak lagi boleh dipercayai selepas kehadiran Mahathir dalam Konvensyen DAP mengesahkan kerjasama antara Mahathir, Muhyiddin yassin dengan DAP.

"Saya boleh menulis tesis tentang hal ini dan tentang segala tuduhan yang dibuat oleh Mahathir serta pemimpin-pemimpin utama pembangkang ke atas Mahathir dan Muhyiddin sebelum ini. Daripada apa yang saya lihat, sama ada Kit Siang berbohong tentang Mahathir dan Muhyiddin, atau dia sebenarnya tiada masalah untuk bekerjasama dengan kedua-dua orang pencabul kuasa dan pengamal rasuah itu. Mana-mana pun pandangan yang diambil, poinnya ialah saya mahu membuktikan bahawa Kit siang telah kehilangan kredibilitinya," katanya ketika ditanya sama ada suatu hari nanti Kit Siang akan bekerjasama pula dengan Najib untuk menggulingkan seorang lagi Perdana Menteri. 


"Sekiranya kerjasama dengan Mahathir untuk menumbangkan Najib boleh diterima, saya sangat yakin, Kit Siang tidak akan berhadapan dengan sebarang masalah untuk bekerjasama dengan Najib untuk menumbangkan Perdana Menteri yang lain pula."

Dalam Persidangan Tahunan Delegasi DAP Pulau Pinang bulan lepas, Shamsher yang merupakan delegasi DAP Cawangan Chai Leng Park mempersoalkan tindakan pimpinan tertinggi DAP bekerjasama dengan Mahathir dan Muhyiddin. 

Pada ketika itulah dia memberikan label yang terkenal itu kepada Mahathir. 

"Respons yang saya terima amat menghairankan. Saya ditanya sekiranya Kit Siang yang teruk dikerjakan oleh Mahathir, sanggup mengenepikan perbezaan dan bekerjasama demi kononnya kepentingan negara, jadi apa yang menjadi masalah saya?

"Terkedu saya bila dengar soalan ini. Mahathir memang tidak pernah buat apa-apa kepada saya secara peribadi, jadi buat apa saya nak kisah. Ia samalah, Najib juga tidak pernah buat apa-apa kepada saya secara peribadi, mengapa pula saya harus melawannya."


6 comments:

  1. Benggali Jaga memang spesis paling musibat dalam Malaysia

    ReplyDelete
  2. Sekurang2nya benggali tu bermaruah.
    Bkn mcm sesetengah melayu bangsat menjual maruah diri,agama,bangsa dan negara pada dapigs dan yahudi laknatullah.

    ReplyDelete
  3. Benggali jaga amat setia dengan tuannya berbanding indonjaga, sanggup bunuh pegawai bank untuk merampok

    ReplyDelete
  4. Termasuk mamak kerala

    ReplyDelete
  5. Selain PKR,DAP,PAS yang kuat menghentam Mhatir, Zunar lagi teruk menghinanya. Muhasabah diri adalah ubat lupa yang mujarab.

    ReplyDelete
  6. Lepas ni Dap tak senang duduk klu akar umbinya marah sama Kit Siang.

    ReplyDelete