Pages

Sunday, December 4, 2016

SILA HALAU KELUAR PEKERJA-PEKERJA ASING BUKAN ISLAM MYANMAR DAN GANTIKAN MEREKA DENGAN ORANG ROHINGYA!!!



Ketika ini semangat membela Rohingya amat kuat gelombangnya di media-media sosial.

Namun bagi yang hidup bersama-sama masyarakat pelarian Rohingnya, ramai pula yang melahirkan perasaan gundah gulana sekiranya, kerajaan membawa lebih ramai orang Rohingya masuk dan kemudian membiarkan mereka seperti sekarang sehingga menimbulkan masalah sosial termasuklah jenayah kejam.

Beberapa kes melibatkan orang Rohingya termasuklah di Pulau Pinang yang pernah menggemparkan pada tahun lepas apabila polis menemui mayat mangsa pembunuhan kejam yang dikerat-kerat dan disumbat ke dalam guni (RUJUK SINI) akan kembali berulang apabila lebih ramai masyarakat Rohingya dibawa masuk sebagai pelarian.

Bersolidariti untuk membela masyarakat Rohingya yang dikejami dan digasari oleh junta tentera Myanmar, adalah satu kewajipan umat Islam di negara ini. Tetapi pada masa yang sama, dalam dunia moden seperti sekarang, persediaan perlu dibuat lebih teliti.

Malaysia, sekalipun tidak menandatangani sebarang perjanjian melibatkan pelarian daripada Myanmar, merupakan antara destinasi utama pelarian tersebut melarikan diri. Mereka tidak sekadar melarikan diri, tetapi mereka turut membawa juga budaya kasar dan gopoh yang telah menjadi sebahagian daripada budaya hidup mereka di tanah asal di Rakhine.

Pihak berkuasa Malaysia seharusnya menetapkan lokasi tertentu dan khas untuk pelarian tersebut sepertimana yang dilakukan ke atas pelarian Vietnam dahulu. Mereka boleh dibenarkan bekerja di Malaysia sepertimana yang dilakukan di Amerika Syarikat, tetapi mereka perlu diawasi dan dikawal. Mereka hanya boleh keluar untuk bekerja dengan kenderaan khas dan dihantar kembali ke kem mereka yang dikawal teliti. Hasil daripada pendapatan yang mereka perolehi, boleh digunakan untuk menjana pendapatan dan sistem kewangan mereka sendiri.

Namun pada masa yang sama, pihak berkuasa tidak boleh sewenang-wenangnya melepaskan batok di tangga sepertimana yang berlaku pada hari ini apabila sebahagian besar warga Myanmar yang bukan beragama Islam pula, nampaknya sangat dominan.

Pergi sahaja ke kilang-kilang, warga Myanmar bukan Islam yang menjadi dominan. Pergi sahaja ke pusat-pusat membeli belah termasuklah di Berjaya Times Square di Kuala Lumpur, dari jurujual sehinggalah ke tukang urut kaki, semuanya warga Myanmar.

Pelbagai jabatan termasuklah imigresen dan pendaftaran perlu digembleng dan berpadu tenaga untuk mengatasi masalah ini.

Kalau benar Malaysia benar-benar mahu menolong warga Myanmar dari suku etnik Rohingya tanpa perlu menanggung pelbagai bebanan termasuklah masalah sosial, Malaysia perlu melakukan sesuatu yang lebih drastik iaitu memotong perolehan kewangan dari Malaysia dalam bentuk penghantaran wang oleh warganegara Myanmar bukan Islam ke negara tersebut, yang mana wang tersebut kemudiannya digunakan untuk membeli peluru dan membunuh Rohingya!!!


3 comments:

  1. Apa kata Indonesia dan Malaysia pi attack Burma. Boleh dapat satu wilayah baru..

    ReplyDelete
  2. Tindakan tegas dan segera drpd pihak kerajaan amat perlu.

    ReplyDelete
  3. rohingya org islam. htr blk org myamar beragama budha nampak kunon baik sgt.

    ReplyDelete