Tulisan beliau mengenai politik Kelantan pun agak pelik, mana peranan Dr Mahathir sewaktu krisis politik di Kelantan. Mungkin Datuk Mustafa Ali boleh memberi jawapannya, kerana beliau antara tokoh yang masih hidup, ketika Pas bersama BN dan terlibat secara langsung dalam krisis tersebut. Apakah Datuk lupa bahawa Dr Mahathir merupakan Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno. Samada Datuk lupa atau buat-buat lupa. Datuk hanya sebut tokoh-tokoh yang sudah meninggal seperti Tun Hussein Onn, Jaafar Albar, Datuk Harun Idris tetapi Datuk sepatah pun tidak sebut nama Tun Dr Mahathir. Mungkin terlalu banyak makan sagon atau dedak kot.
Tulisan Datuk yang penuh perajudis kepada Pas, membangkitkan isu RM90 juta. Sebagai seorang penulis yang hebat, kenalah baca dulu media rasmi Pas mengenai status saman Pas terhadap Sarawak Report. Mungkin itu budaya penulisan Datuk sewaktu makan dedak dengan Umno sehingga terbawa-bawa perangai tersebut walau pun tidak bersama Umno.
Tidak perlulah membuat tuduhan bahawa Pas bersama Umno. Datuk belajarlah menjadi pembangkang setelah kenyang bersama Umno. Pas sudah 65 tahun faham sepak terajang Umno. Banyak di kalangan kami tidak pernah bersama Umno. Sedangkan Datuk dan sekutu dan sewaktu dengannya pernah terlibat dengan Umno. Kami lawan Umno sewaktu Datuk pertahan Umno melalui serangan media. Janganlah Datuk hendak samakan kami dengan perangai Datuk.
Maaflah saya tidak suka serang Datuk, kerana Datuk baru hendak belajar bertateh menjadi pembangkang. Tetapi apabila Datuk membuat tuduhan yang melampau kepada Pas, saya terpaksa serang. Sewaktu Datuk dengan Umno pun kami lawan Umno, inikan pula Datuk pun tidak ada kuasa tidak munasabah kami tidak berani lawan Datuk.
Datuk tidak layak bercakap soal integriti, nanti banyak pula orang akan dedahkan sewaktu Datuk menyokong Umno dahulu.
Hj Idris Hj Ahmad
Naib Presiden Pas
31/1/17
Pas mmg hebat....
ReplyDeletepas bole tawan malaysia...
syabas pas
Pas yakin menang tanpa perlu bersekutu dgn sesiapa....pas king maker.....kadir jasir xde teloq
ReplyDeleteterima kasih kerana tolong hentamkan menteri kipas mahathir. tak kiralah pas tak suka umno sampai bila2, tolong hentam musuh umnopun dah kira ok. agenda yang lain kira kemudian.
ReplyDeleteSorry lari tajuk sikit
ReplyDeleteWoiii minyak naik harga lagi 20 sen wooi... Ni sapa nak tanggungjawab.
Dulu baik2 kerajaan bagi subsidi si rafizi kepala bana sibuk buat cadangan apungkan ler apa lah.
Sekarang ni mana dia biar kita apungkan di lak tengok ada harga ke idak.
Bukan makin bijak rafizi ni semua cadangan dan fakta dia auta belaka.
Harga minyak turun harga barangan turun akau tengok sama jer tak ada berubah apa pun.
Mana dia kenapa tak ketuai selesaikan masaalah harga minyak ni.
Duk mengeram telur bila keluar buat fitnah kepala penuh auta.
Sama jer cam idola dia kunyit nasib baik dah duk dalam aman jap Malaysia ni.
Kerajaa Malaysia dengarlah ratapan rakyat yang terbeban dengan kenaikan segalanbarangan.
Dari sekecil barang hingga sebesar semuanya naik
Buka nak bantah GST tapi perlaksanaanya tidak sekata
Dari apa aku lihat tak banyak yang telus kecuali PERNIAGAAN MC DONALDS
DI MC DONALD segala harga makanan sangat berpatutan setelah GST dan mampu kita beli
Tolonglah PM dengarlah denyut jantung RKYAT. Sila perbaiki harga MINYAK di Malaysia ianya berkaitan dengan yang lain.