Tiada lagi cakap-cakap tentang perlunya orang Islam menerima LGBT sebagai salah satu budaya hidup secara langsung dari DAP.
Tiada juga cakap-cakap tentang perlunya orang Islam di negara ini perlu memansuhkan kebencian mereka kepada golongan yang mahu murtad dan kemudian menentang Islam.
Bahkan tiada juga kempen agresif lagi membabitkan isu bapa membawa anak-anak memeluk Islam dan kuasa mahkamah syariah yang sebelum ini menjadi kempen utama DAP untuk menaikkan sentimen serta menakut-nakutkan golongan bukan Islam.
Tetapi selepas Presiden PAS menyanggah kata-kata Lim Kit Siang malah menuduh Lim Kit Siang dan DAP sebagai anti-Islam, segala-galanya terus berubah.
Dengan muka tak malu, DAP dengan dibantu Exco Agama Islam Pulau Pinang yang merupakan ADUN PKR mendabik dada kononnya peruntukan untuk sekolah-sekolah agama rakyat di Pulau Pinang telah dinaikkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang dipimpin oleh DAP.
Exco berkenaan turut menafikan azan telah dihentikan di Pulau Pinang walaupun hakikatnya yang dipersoalkan ialah mengapa sekarang ini, suara azan dipertikaikan walaupun pada masa yang sama, dentuman mercun dan bunyi gendang tarian singa atau tarian naga, tidak dikomplen atas alasan toleransi. Para penyokong pula seperti biasa, membenarkan kata-kata Exco walaupun pada masa yang sama, mereka tidak menafikan bagaimana umat Islam diketepikan dan dianaktirikan di bumi Pulau Pinang. Retorik-retorik yang dibuat oleh pentadbiran Lim Guan Eng terutama sekali yang terbaru, 'penghapusan GST 6%' digembar-gemburkan di sebalik hakikat bahawa pentadbiran yang sama telah menaikkan kadar pelbagai cukai termasuklah cukai tanah dan pintu di Pulau Pinang.
Semuanya hanya semata-mata untuk membuktikan DAP dan Lim Kit Siang tidak anti-Islam walaupun sebelum ini urusan Islam dan umatnya amat digemari oleh DAP dan Lim Kit Siang yang bukan beragama Islam untuk dicampuri!!!
Ini semua mainan wayang DAP.
ReplyDeleteKalau di Yangun, minoriti tiada hak termasuk jadi calon PRU.
ReplyDeleteKalau di Tanah Besar, minoriti diberi kelonggaran tapi tidaklah selonggar-longgarnya. Kalau di Barat, minoriti asalnya adalah kuli darjah paling rendah (hamba sahaya) dan sampai sekarang layanan terhadap minoriti tidak pulih sepenuhnya. Anehnya hanya diantah berantah minoriti boleh pasang angan-angan jadi tuan tanah dan monopoli segala.
Jangan percaya dgn sandiwara Dap.
ReplyDeletelim kit sial dah sunat? lim iguana eng dah masuk islam?
ReplyDeleteIni aku copy paste dari blog lain sebab tajuk yang sama ...
ReplyDeleteLim Kit Siang adalah seorang hamba Allah yang sudah sampai waktu senja umurnya. Sebagai seorang manusia biasa yang belum dan mungkin tidak akan mahu untuk memahami hakikat dan matlamat kehidupan ini sudah tentu dia akan mengalami jiwa kacau apabila memikirkan dia pasti akan menghadapi saat saat akhir kehidupan nya di atas dunia yang fana ini sedikit masa lagi. Kit Siang mungkin seorang yang pakar tentang strategi politik yang sesuai dengan agenda lama DAP untuk memecah belahkan perpaduan orang Melayu supaya mudah dia dan pimpinan DAP mengambil alih kuasa di negara ini sebagaimana mendiang mentornya Lee Kuan Yew terhadap orang orang Melayu Singapura.
Buktinya sudah ramai pemimpin orang Melayu yang terpengaruh dengan cara otai Cina tua ini berpolitik sehingga terbentuknya parti KUALI (PAN) dan juga PKR dan PPBM mantan TUN. Sekarang Otai tua DAP ini sedang cuba untuk buat lawak antarabangsa untuk mengambil tindakan saman terhadap pimpinan PAS sebab kononnya otai Cina tua ini dakwa dia memang cinta dan tak pernah bermusuh dengan ajaran Islam agaknya. Dia tidak tahu bahawa sekarang ini bekas rakan seperjuangannya mendiang Karpal Singh sudah jauh lebih berilmu (sekiranya dia masih hidup lagi di atas dunia ini) tentang hakikat kehidupan ini. Dia lupa bahawa mendiang sudah banyak sangat tinggalkan “clue” tentang siapa dan apa kah impian dan agenda pimpinan parti DAP selama ini sebenarnya. Kita jangan tidak tahu bahawa mendiang Karpal Singh adalah seorang yang “outspoken” sebab dia selalu mempamirkan pendiriannya sebenar terhadap apa sahaja tentang Islam apabila dia melafazkan perkataan yang memberitahu tentang apakah hasrat yang sedang terbuku di dalam hatinya. Semua orang kenal mendiang Karpal Singh dan semua orang tahu mendiang adalah seseorang yang berpengaruh di dalam DAP. Oleh itu segala tindak tanduk politiknya adalah kerana dan untuk agenda parti DAP juga.
Sekarang cuba beritahu apa kah parti DAP yang pernah berwakilkan MENDIANG Karpal Singh apabila berkata “OVER MY DEAD BODY” tidak ada masalah dengan ugama Islam? Seseorang tidak akan mengeluarkan perkataan kebencian begitu terhadap apa sahaja tentang Islam sekiranya dia tidak benci ajaran Islam. Sebenarnya ada banyak lagi bukti bukti lain seperti isu kalimah ALLAH tetapi kita rasa ini pun sudah memadai untuk justify pendirian sebenar pemimpin DAP seperti Lim Kit Siang yang memang sangat anti dengan ajaran Islam sebab dia tahu bahawa hanya ajaran Islam sahaja khususnya sunnah Rasulullah SAW dan ayat Al Quran memang sangat berupaya untuk menyatukan hati dan minda orang orang Melayu Islam di dalam parti PAS dan UMNO. Penyatuan global minda dan fikiran orang Islam yang sangat tidak akan menguntungkan agenda DAP untuk memecah belahkan umat Islam khususnya yang berbangsa Melayu. Kesimpulannya cuma orang orang Melayu yang tidak mahu menggunakan akal fikiran untuk memikirkan keEsaan Allah sahaja yang akan tergamak untuk akur dengan “khutbah” otai tua Lim Kit Siang ini.