Perlu diingat, jauh lebih lama sebelum wujudnya PKR atau Semangat 46, PAS adalah penentang Mahathir yang paling wahid. PAS cukup kenal Mahathir terutama selepas Mahathir memilih pentas PAS untuk menentang Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra dan kemudian apabila Tunku melepaskan jawatan, Mahathir mengerjakan PAS secukup-cukupnya.
Tempoh dari tahun 1979 sehingga 2003, Mahathir adalah musuh utama PAS. Dan kebetulan Mahathir adalah Presiden UMNO, maka UMNO juga terpalit dengan kemarahan dan kekecewaan PAS. Dan kerana Mahathir jugalah, PAS memberikan pelbagai label bahkan mentakfirkan jemaah UMNO secara keseluruhannya.
Jadi, apabila sekali lagi Mahathir cuba berhelah dan memperdayakan PAS agar tunduk kepadanya, dan PAS memberikan jawapan secara sinikal, Mahathir menjadi sangat berang.
Namun pada masa yang sama, Muhyiddin pula cuba menarik PAS untuk menyertai DAP.
Kekuatan PAS sememangnya amat diperlukan oleh DAP. Mengharapkan Mahathir untuk menunjukkan kekuatan menerusi Cap Bunga, adalah sesuatu yang dilihat mustahil walaupun dikatakan gelombang kekuatan Cap Bunga menerusi seluran 4, 5 dan 6 amat utuh. DAP tetap memerlukan PAS kerana sebarang pertandingan tiga penjuru yang melibatkan PAS, DAP akan berputih mata.
Dek sebab itulah, Lim Kit Siang merendahkan egonya dengan menghantar perutusan damai kepada Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, walaupun Abdul Hadi Awang sudah berulang-ulang kali menyatakan, PAS tidak akan bekerjasama lagi dengan DAP setelah DAP mengkhianati mereka.
Lim Kit Siang mengajak Abdul Hadi Awang untuk bekerjasama. Katanya, kedua-dua parti boleh bekerjasama sekiranya Abdul Hadi dan PAS sedia berkorban untuk 'menyelamatkan' Malaysia daripada menjadi Negara Kleptokrasi, istilah yang dipopularkan oleh Mahathir.
Sesuatu yang menarik ialah, Mahathir sendiri amat terkenal dengan amalan Kleptokrasinya yang diterjemahkan sebagai Korupsi, Kroni dan Nepotisme (KKN) yang banyak diperkatakan oleh pelbagai media asing dan dalam negara sepanjang dia menjadi Perdana Menteri. Bahkan Lim Guan Eng sendiri yang merupakan anak lelaki Lim Kit Siang juga masih terkial-kial dengan kes rasuah dan salahguna kuasa selain beberapa isu membabitkan 'perkara-perkara' melibatkan wang rakyat Pulau Pinang di Hong Kong yang dibangkitkan oleh pelbagai pihak tetapi cuba diselindungi oleh DAP dan Pakatan.
Kata Kit Siang, kalau Presiden PAS bersedia untuk menandatangani perjanjian yang memberikan pengkhususan kepada PRU-14 bagi menyelamatkan Malaysia, DAP bersedia bekerjasama dengan PAS.
Permainan paling bangang yang ditunjukkan oleh Kit Siang ialah, dia yang mahu berdamai dengan Abdul Hadi Awang tetapi dia pula yang meletakkan syarat.
Secara tidak langsung Kit Siang tetap mahu PAS tunduk kepada DAP. Sama seperti puak-puak yang bencikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan penentang Dasar Pendidikan Kebangsaan mendesak kerajaan agar menerima UEC dengan alasan, beberapa buah universiti dunia telah mengiktiraf UEC dan tidak mahu Malaysia ketinggalan, padahal mereka sendiri gagal menjadi rakyat Malaysia!
DAP dan PKR telah membentuk Pakatan Harapan dengan tempat PAS sebelum itu digantikan oleh serpihannya, PAN. Pakatan Harapan kini sedang bekerjasama dengan CAP BUNGA dan Pakatan Harapan akan 'dimansuhkan' untuk digantikan dengan BARISAN RAKYAT mengikut idea Muhyiddin.
Dalam kajiselidik dan kajian yang dibuat oleh INVOKE yang dimiliki oleh Rafizi Ramli, keputusan akhirnya ialah, PAS diperlukan walaupun pada masa yang sama, Rafizi cuba menakut-nakutkan PAS kononnya PAS akan kalah teruk pada PRU akan datang sekiranya tidak bekerjasama dengan DAP dan PKR. Sedangkan hakikatnya, PKR dan DAP yang akan kehilangan banyak kerusi sekiranya PAS masih berkeras kepala dan berdegil untuk terus berfungsi sebagai LONE RANGER.
Kikikiki....spin..jgn x spin..
ReplyDeleteTanpa kedudukan nombor 1 atau nombor 2; dan lebih teruk kalau nombor 2 di pegang oleh anti-RUU355, Parti Isle mungkin 'akan menang sorak tapi kampungnya tergadai' bukan untuk kali pertama tetapi entah kali keberapa agaknya.
ReplyDeleteSelepas maki hamun dan cerca Pas kini nak ajak kerjasama plk. Politik tahap durjana ke apa ni?
ReplyDelete