Mungkin kerana ianya merupakan kenyataan membabitkan UMNO, maka ia dianggap sangat besar. Tetapi beberapa hari sebelum Zahid mengeluarkan kenyataan tersebut, Rafizi Ramli dan Sim Tze Tzin telah mengeluarkan kenyataan yang serupa bagi pihak PKR dan DAP. Cuma, ia tidak melibatkan titik perpuluhan dan tidak juga memperkatakan secara khusus tentang sibertruper.
PKR secara terbuka mengakui, Pakatan akan kehilangan lebih dari 10 kerusi pada PRU akan datang kerana masalah membabitkan pengundi-pengundi Cina.
Pengarah Biro Strategik PKR, Sim Tze Tzin berkata, orang Cina tidak lagi ghairah tentang politik sepertimana yang mereka perlihatkan semasa PRU-12 dan PRU-13. Sebaliknya, lebih ramai orang Cina yang semakin tidak berminat dengan politik dan berasa bosan dengan kerenah yang ditunjukkan oleh para pemimpin DAP terutama sekali Lim Guan Eng. Situasi ini membuatkan Sim Tze Tsin bimbang, peratusan pengundi Cina yang akan keluar mengundi pada PRU akan datang, merosot teruk.
Menurutnya, jikalau peratusan pengundi Cina yang keluar mengundi dikurangkan 5% sehingga 10%, senario politik di Malaysia akan bertukar. Pakatan Harapan akan kehilangan lebih 10 kerusi Parlimen berbanding yang dimiliki sekarang.
Malah, Tian Chua yang merupakan Naib Presiden PKR juga berkata, sikap yang ditunjukkan oleh para pengundi Cina sekarang ini akan menyebabkan parti-parti pembangkang kalah teruk pada PRU akan datang. Malahan walaupun para pengundi Melayu meningkat 5% atau 10% pun pada PRU akan datang, keputusannya tidak akan banyak membantu Pakatan. (RUJUK SINI)
Walaupun ia mungkin merupakan satu strategi yang melibatkan Tian Chua, Rafizi dan Sim Tze Tzin bagi membangkitkan sentimen, sekaligus mengumpulkan kembali seramai mungkin sokongan daripada para pengundi Cina, namun yang pasti sama seperti yang dihadapi oleh UMNO-BN, kegersangan sokongan daripada para pengundi Cina memang amat ketara.
'Tentera-tentera' Cina yang dilihat begitu ghairah pada PRU-13 lalu, kini hilang. Selepas beberapa skandal melibatkan pemimpin-pemimpin Pakatan didedahkan selain ditipu dan diperdayakan terutama sekali oleh Lim Guan Eng, mereka dilihat semakin bosan dengan Pakatan.
Walaupun sebahagian orang Cina masih lagi memperlihatkan sokongan kepada BN, tetapi sejumlah besar orang Cina yang lain pula berasakan, mereka hanya membuang masa beratur untuk membuang undi sedangkan keputusannya ialah BN tetap menang. Sesetengahnya pula melahirkan kemarahan secara terang-terangan di FB terutamanya apabila mereka ditipu berulang-ulang kali dengan propaganda seperti 40 ribu Bangladesh dan Blackout.
Bagaimanapun, rata-rata sependapat bahawa Pakatan tidak mempunyai polisi yang tulen untuk pembangunan Malaysia dan hanya tahu mengkritik atau membuat janji tidak bertanggungjawab serta sesnasi yang memmberikan segala-galanya secara percuma walaupun hakikatnya yang percuma itu sebenarnya perlu dibayar berkali ganda seperti cukai.
Serangan oleh Mahathir dan Muhyiddin ke atas pelaburan Cina juga merupakan salah satu penyebab para pengundi Cina melihat Pakatan yang sedang bekerjasama dengan Cap Bunga pimpinan Mahathir sebagai tidak bertanggungjawab dan membuta tuli. Sifirnya mudah, kalau pelaburan asing di Malaysia, dihalau keluar, bagaimana Malaysia hendak diselamatkan?
trump's wall dicadangkan untuk menyekat pergerakan massa dari dunia ketiga ke dunia maju secara haram. ini berbeza dengan forest city yang memberi ruang pada dunia maju untuk melabur secara sah dalam dunia membangun. jauh bezanya antara kedua-dua jenis pergerakan manusia dalam dua situasi yang disebut-sebutkan itu.
ReplyDelete6.6% je? dedak kurang ler tu min. mintak la tambah. ekonomi pun dah teruk la ni. keh keh keh.
ReplyDelete