Pages

Saturday, January 28, 2017

MALAYSIA BAKAL BERISIKO DIBOIKOT PELABUR-PELABUR DARI CHINA KERANA MULUT DAN KEMPEN JAHAT MAHATHIR!!!



Mahathir dan para pentaksubnya sekarang ini sedang menghasut rakyat Malaysia agar berperang dengan China. Rakyat Malaysia ditakut-takutkan kononnya Malaysia akan dijajah oleh China dan setiap inci tanah negara ini akan dimiliki oleh China. 

Para pentaksub dan penyokong Mahathir sedang giat menggunakan hujah yang sama di media-media sosial dengan menjadikan Forest City yang merupakan milik mutlak Kerajaan Negeri Johor sebagai sandaran hujah mereka dalam usaha untuk memastikan Parti Cap Bunga mendapat sokongan meluas di negeri tersebut.

Sesuatu yang lebih besar sedang berlaku di Negara China sendiri. 

Akhbar The Global Times merupakan akhbar berbahasa Inggeris terbesar di China. Pembaca atas taliannya sahaja berjumlah 15 juta orang dan edaran cetakannya berjumlah 1.5 juta salinan setiap hari. 

Akhbar berkenaan dimiliki oleh People's Daily yang juga merupakan media utama Kerajaan Negara China. Akhbar tersebut seringkali dilihat sebagai 'suara' Kerajaan China dan menerangkan tentang reaksi Kerajaan dan rakyat China.

Dalam dua artikel yang disiarkan baru-baru ini termasuklah artikel terbaharu bertajuk, "Chinese Net users react with shock after Malaysia ex-PM's anti-China comments' (Reaksi terkejut pengguna Internet China selepas komen-komen anti-China oleh bekas PM Malaysia), menyelar Mahathir kerana mencetuskan isu perkauman. 

Bagaimanapun, perkara yang sangat menarik ialah apabila Global Times juga melaporkan sebilangan netizen mula berkempen untuk memboikot Malaysia. 

"Sebahagian netizen China menyatakan kekecewaan mereka dan berkata, amat mengejutkan bekas pemimpin utama sebuah negara membuat kenyataan sebegitu rupa, manakala sebahagian yang lain pula menyeru agar Malaysia diboikot."

"Perlukah kita memboikot Malaysia," tulis pengguna Internet yang menamakan dirinya sbagai 'Jiemohu' di Sina Weibo.

Seorang lagi pengguna Internet, 'Yuchundaxianglianzhuli' berkata, 'Selepas menjadi sahabat selama beberapa dekad, Mahathir memilih untuk menikam China. Ia adalah satu perkara besar."

Melihat kepada pengaruh besar Global Times, dan People's Daily, artikel-artikel seperti itu amat merbahaya kepada Malaysia. 

Jepun pernah mnerima nasib malang apabila netizen di China melancarkan kempen boikot beberapa tahun lepas, sekaligus menyebabkan jualan produk-produk syarikat Jepun merudum sehingga 60% dalam tempoh tersebut. 

Malaysia juga pernah berhadapan dengan kempen boikot berskala kecil pada tahun 2014 selepas insiden MH370. Walaupun berskala kecil tetapi ianya sudah mencukup untuk menyebabkan jumlah kedatangan pelancong China ke Malaysia pada tahun 2014 dan 2015, merosot teruk apabila pelancong-pelancong China lebih memilih Thailand sebagai destinasi mereka berbanding Malaysia. 

Malaysia kerugian ratusan juta Ringgit kesan pemboikotan tersebut. Hanya pada tahun lepas, jumlah pelancong China ke Malaysia kembali meningkat. 

Kerjasama ekonomi dan perdagangan antara Malaysia dan rakan niaga terbesar negara ini, China, telah melonjak apabila dagangan tahunan mencecah sekitara USD100 bilion. Ini sekaligs memberikan manfaat besar kepada rakyat Malaysia, termasuklah para penoreh getah dan pengusaha kebun kelapa sawit.

Amat malang apabila orang seperti Mahathir dan para pentaksub serta penyokongnya terus dibiarkan mensabotaj ekonomi negara ini semata-mata keinginan mereka untuk berkuasa dan memenangi kuasa politik.

Malaysia perlu mengambil kira retorik-retorik Mahathir secara serius. Penghujung 2015, pelaburan Malaysia di China berjumlah USD7.4 bilion secara keseluruhannya manakala pelaburan China di Malaysia adalah berjumlah USD2.7 bilion.

Selama bertahun-tahun, Malaysia telah melabur di China jauh lebih banyak berbanding China melabur di Malaysia. Malahan, Malaysia merupakan antara pelabur terawal dan terbesar di China apabila negara tersebut mula membuka pintunya kepada dunia.

Dengan ekonomi yang lebih kukuh dan berkembang, China pula yang melabur di Malaysia. Apabila kempen boikot ini berlaku, ia akan menyumbang kemusnahan kepada ekonomi Malaysia, terutama apabila kebanyakan negara di dunia ini, termasuklah Filipina dan Indonesia berusaha secara giat untuk menarik pelaburan dan perdagangan China ke negara mereka. 

Sementara China dan Amerika Syarikat sedang bersaing hebat, rakyat Malaysia seharusnya berwaspada dengan sebarang berita dan artikel daripada media-media barat, termasuklah dari Singapura yang berterusan untuk mencetuskan dan menghangatkan sentimen dan ketakutan anti-China. 

Di sebalik bertrilian pelaburan China dan Amerika Syarikat di seluruh dunia, sehingga ke hari ini, tidak sebuah negara pun di dunia hari ini yang telah dijajah oleh China atau Amerika Syarikat sebaliknya terjajah kerana jemputan orang-orang seperti Mahathir ke negara mereka seperti yang berlaku di negara-negara Timur Tengah.

Propaganda bahawa pelaburan bermakna negara akan dijajah, tidak lebih daripada sebuah pembohongan dan dongengan oleh golongan yang tidak bertanggungjawab dan lapar kuasa.

Seperkara yang perlu diberikan perhatian, selain daripada sejumlah besar produk elektronik dan petroleum, China juga merupakan pengimport kedua terbesar minyak kelapa sawit dan getah Malaysia. Sebarang kempn boikot akan menjejaskan 113,000 peneroka Felda dan keluarga mereka yang mana majoriti mereka adalah orang Melayu.

Adakah Mahathir dan Pakatan (terutama sekali DAP) benar-benar mahu bermain dengan permainan rasis ini sekaligus mensabotaj ekonomi Malaysia yang berjumlah ratusan bilion Ringgit pada tahun ini dan menjadikan orang Melayu sebagai mangsa utama mereka, semata-mata kerana mahukan Mukhriz Mahathir dan Lim Guan Eng sebagai Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri?

Wajarkah kerana sentimen yang tidak berasas dan hanya bersandarkan kepada hearsay dan kebencian melampau, ekonomi Malaysia dirosakkan dan segala yang dinikmati pada hari ini, dimusnahkan begitu sahaja hanya semata-mata kerana nafsu dua orang ahli politik tua?


No comments:

Post a Comment