DAP telah membuktikan, PAS adalah pembantu yang paling berkesan apabila DAP berjaya bertapak dan menghilangkan sebahagian fobia orang Melayu khususnya golongan muda terhadap parti tersebut selepas fakta Tragedi 13 Mei 1969 dan pembabitan langsung Kit Siang dalam tragedi tersebut, berjaya diputarbelitkan.
Walaupun Mahathir pada mulanya sudah putus asa apabila PAS enggan melayannya untuk bekerjasama atau duduk semeja, tetapi campurtangan Kit Siang yang cuba menyelamatkan anak lelakinya yang bakal dibicarakan kerana rasuah dan salahguna kuasa, membuatkan Mahathir tidak punya pilihan, melainkan terpaksa mengikut kehendak Kit Siang.
2 Februari nanti Mahathir dan kepimpinan PAS dirancang untuk duduk semeja bagi mencari jalan penyelesaian untuk berhadapan dengan Barisan Nasional pada PRU akan datang.
Mahathir dan Kit Siang terlalu berharap, PAS akan 'menarik diri' dan membiarkan Cap Bunga dan DAP serta PKR sahaja yang akan bertanding, manakala PAS pula bertanding untuk mencukupkan syarat. Sebaliknya, PAS diharapkan akan menggerakkan angkatan mereka bagi menyokong serta membantu DAP, PKR, Cap Bunga dan PAN sepertimana yang PAS pernah buat untuk DAP dan PKR sebelum ini sehingga kedua-dua parti tersebut berjaya membentuk kerajaan di Pulau Pinang dan Selangor.
Presiden PAS, Abdul Hadi Awang sudah berulang-ulang kali menyatakan pendiriannya untuk tidak bekerjasama lagi dengan DAP yang telah terbukti menjadi musuh Islam dan orang Melayu di negara ini. Presiden PAS itu bersandarkan kepada tindakan dan sikap DAP terhadap RUU355 yang telah menimbulkan fitnah secara menyeluruh sehingga membentuk salahtanggapan dan salahfaham kepada sebahagian besar rakyat Malaysia.
Secara peribadi juga, keluarga Mahathir terutama sekali Marina Mahathir, dua orang anak angkat serta cucunya amat kuat menentang RUU355, sebaliknya menyokong dan memperjuangkan liberalisme dan penghapusan sebarang undang-undang yang berkaitan agama serta akidah.
Nampaknya, cubaan untuk melenyapkan dan melemahkan PAS terpaksa diteruskan apabila rancangan awal untuk melemahkan dan melupuskan UMNO serta Najib Abdul Razak tidak menjadi kenyataan.
Ironinya, perbincangan pada 2 Februari nanti, Cap Bunga hanya akan diketuai oleh Mukhriz Mahathir, bukan Mahathir sendiri tetapi Mahathir berharap Abdul Hadi Awang akan mengetuai PAS untuk bersembang dengan anaknya.
Hebat benar Mahathir dan Mukhriz berbanding Presiden PAS!!!
Assallam pembaca sekalian
ReplyDeletePernah dgr lilin membakar diri?
Pernah dgr usaha pahlawan tua menjadikan diri sebagai kambing hitam
Utk kemenangan raja yg angkuh....
Pernah dgr usaha terakhir survival seorg pencinta bangsanya utk kejayaan yg tidak perlu dibanggakannya...
Hanya utk kejayaan yg hanya digembirakan jauh disudut hatinya
Biarlah masa yg menentukan
Mereka yg telus pandang akan tahu tujuannya
Biarlah strategi yg dirancang....
Hanya yg bijak pandai bisa menelah....
Apa punya merapu tulisan ini
ReplyDeleteMadey takut nak bersemuka dgn Hj Hadi sebenarnya.
ReplyDelete