Skandal BMF merupakan skandal kewangan terbesar pada awal Mahathir memegang jawatan Perdana Menteri sebelum satu lagi skandal yang menggegarkan kewangan negara melibatkan bijih timah dan getah menerusi skandal MAMINCO yang sehingga ke hari ini, belum lagi dibuka dan didedahkan secara menyeluruh.
Lim Kit Siang merupakan antara yang paling lantang mempersoalkan tindakan Mahathir yang cuba bermain selamat dengan menyalahkan orang lain bagi setiap skandal kewangan yang didedahkan waktu itu. Bahkan Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra menerusi kolumnya di The Star, turut mempertikaikan perkara yang sama, menyaksikan akhbar-akhbar yang menyiarkan berita tentang hal tersebut dikenakan sekatan undang-undang.
Akhbar-akhbar Kumpulan Utusan dan NST pula sekadar menyiarkan berita tersebut menerusi skop jenayah pembunuhan, bukannya skandal kewangan. Tiada sebarang media alternatif waktu itu yang berani menyentuh skandal tersebut secara terang-terangan sepertimana yang berlaku sekarang. Kalau ada pun, cuma ceramah-ceramah yang dirakamkan ke dalam kaset dan pita video VHS yang hanya boleh dijual secara gelap, bukannya terang-terangan.
Selepas 30 tahun, Agensi Perisikan Pusat Amerika Syarikat yang sentiasa menyibuk dengan hal-ehwal dalaman negara lain telah mengeluarkan dokumen-dokumen berkaitan.
Pada masa yang sama, Lim Kit Siang yang sebelum itu gah dan megah dengan kerjasama antara DAP-Cap Bunga, terus menarik handbrake serta-merta. Kenyataan Lim Kit Siang bahawa dia sanggup bekerjasama dengan Barisan Nasional, sekaligus memberi erti bahawa pemimpin Supremo DAP itu enggan mengambil risiko menerusi kerjasama dengan Cap Bunga dan Mahathir.
Bahkan Lim Kit Siang dan DAP melihat Mahathir sebagai satu liabiliti yang hanya akan menyusahkan DAP pada PRU akan datang terutama sekali menerusi beberapa kenyataan kontroversi Mahathir termasuklah yang melibatkan pelaburan dari China.
Selepas PAS memberitahunya, tidak akan terpengaruh dan dipatuk buat kali kedua apabila dia menawarkan perdamaian dengan PAS, Lim Kit Siang tidak menyembunyikan lagi kegelisahannya. Dia membuat satu lagi kenyataan selepas itu iaitu kesanggupan untuk bekerjasama dengan pemimpin-pemimpin BN termasuklah Perdana Menteri Najib Abdul Razak.
Mengapa Lim Kit Siang tiba-tiba menjadi sangat terdesak?
(2) Kajian yang dibuat oleh Rafizi Ramli menunjukkan kekalahan teruk Pakatan pada PRU-14.
(3) Pendedahan tidak sengaja oleh Mahathir yang DAP telah meminta jawatan Timbalan Perdana Menteri (selain kemungkinan jawatan Menteri Kewangan) telah menyebabkan DAP dan Cap Bunga berhadapan dengan kecaman daripada penyokong sendiri.
(4) Perbicaraan rasuah melibatkan anaknya sendiri yang akan bermula pada Mac di mana semua perincian salahlaku akan didedahkan di mahkamah. Ramai termasuklah peguam pro-Pakatan yang beranggapan, berdasarkan fakta dan bukti, Lim Guan Eng sudah pun didapati bersalah.
Jadi, daripada keempat-empat sebab tersebut, yang manakah sebenarnya menjadi pendorong utama untuk Lim Kit Siang berubah sikap dan menjadi terdesak?
Barangkali tidak keterlaluan kalau dikatakan, kesemua alasan tersebutlah yang menyebabkan tiba-tiba sahaja Lim Kit Siang mahu bekerjasama dengan Najib bagi menyelamatkan Malaysia sekaligus meninggalkan rakan kongsi barunya, Mahathir?
sudah puluh tahun beb...tup tup keluar..dari CIA pulak..APA CITER!!!
ReplyDeletekah..kah..kah..nak malu kan & buruk kan Madey...nak tutup scandal 1MDB, Felda, bla, bla,,bla...
Kalu betul dari CIA, kenapa tak keluar dari awal2..Madey hentam Jibby lama dah...baru sekarang ...
TIDAK ADA DIRECT CONNECTION BETWEEN TUN DAN BANK...
Bukan macam kes 1MDB, byk bukti....tak payah CIA lah...mahkamah S'pura dah tunjukkan bukti sipa Jlow & MO1. Kat sini je buat2 bodoh...langsung tak keluar kat tv 3 suku fasal kes ni di Spore...malah negara2 lain pun siasat...
KENAPA CIA bukan DOJ....
Saja nak kenakan Tun Madey...
Oii Madey boleh jawaplah...
Bukan mcm Jibby pembohong besar...
jibby tak mcm tun m yg byk terpesong sbb d desak pengomen dan suckers dlm blognya.
Deleteinilah apa yang 95% blogger akan ulas tentang skandal BBMB kalau mereka ini ujud pada 1980-an:
ReplyDelete1. 1 bilion pada 1983 adalah bersamaan 5 bilion pada 2016
2. 5 bilion kerugian yang terpaksa di bailout oleh khazanah adalah bermakna 5 bilion wang rakyat digunakan untuk bailout penyelewengan
3. kalau 5 bilion tidak di bazirkan untuk bailout, ia boleh dibelanjakan untuk bina sekolah, hospital dan pelbagai projek seperti MRT, lebuhraya pan borneo dan keretapi kelajuan tinggi.
Aiyah...apek cilaka sulah mau mampuih....anak apek cilaka sulah mau masuk pinjala....aiyah, manyak suwei ah ini miacam!
ReplyDeletePadan muka mahatahik...Ha haa haa
ReplyDeleteBERSARA PILIHANLAH LKSIANG Sebelum terlambat. Jangan lupa....itu semua kuasa Allah kepada pihak yang benar. Demammmm lagilah TUN/LIM dan pakatan Hantu Tak Ada Harapan.
ReplyDeletePolitik Malaysia... dah di duga peranan Tun M dan PM... Tahniah org kita.
ReplyDeletedulu bolih la...internet dan media sosial yilleks. kalau ada bukak...isa la jawapnya.
ReplyDeletesekarang kantoi.
#madeyuturn.
#madeymudahlupa
#limkitsialpunpandaiuturn
Bongkar jgn tak bongkar...rakyat generasi baru dapat tahu kisah lalu dlm permainan politik tanah air. Jijik...
ReplyDeleteTak senang duduk madey dibuatnya. Kes besar tu.
ReplyDeleteKlu tun berehat x jadi langau ganggu org.. Pasti tun skrg tenang menanti mati...
ReplyDelete