Kata Mahathir, pendedahan tersebut sengaja dibuat untuk mencemarkan nama baiknya. Malahan, katanya lagi, laporan tersebut merupakan balas dendam Amerika Syarikat selepas dia mengkritik dasar-dasar negara tersebut secara keras.
Mahathir turut mempersoalkan, mengapa dokumen berkenaan hanya disiarkan sekarang sedangkan skandal BMF yang menyebabkan Malaysia kerugian berbilion ringgit, berlaku pada tahun 1980-an.
"Mereka (CIA) menyerang saya kerana saya tidak pernah berhenti mengkritik mereka. Mereka cuba menakut-nakutkan saya. Mengapa mereka mendedahkannya sekarang? Bolehkah anda membetulkan apa yang telah saya lakukan sebelum ini? Tujuannya hanya politik. Ada orang yang mendapat manfaat daripadanya," kata Mahathir dalam sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana hari ini.
Menurut Mahathir, terdapat beberapa laporan lain oleh agensi-agensi perisikan yang menafikan pembabitannya dengan Skandal BMF.
Dalam laporan yang merupakan sebahagian daripada 13 juta muka surat daripada dokumen yang telah dinyahklasifikasikan oleh CIA minggu lepas, agensi tersebut berkata, pentadbiran Mahathir terbabit dalam skandal tersebut yang turut mempengaruhi kepimpinan Mahathir dalam UMNO dan Barisan Nasional.
KAH KAH KAH
ReplyDeleteMencemar nama 'baik'nya.....
LAWAK Ular Kerala!
Tak senang duduklah kali ni. Banyak lgi yg bakal terbongkar gamaknya.
ReplyDeleteAPA yang dilakukan oleh firaun ribuan tahun yang lalu adalah satu sejarah. Sejarah tidak boleh diubah tetapi sejarah baik untuk dijadikan pedoman dan pengajaran. Namun kalaulah firaun masih hidup, meskipun firaun tak mahu berubah, rakyatnya masih boleh mengubah firaun. Kini firaun sudah tiada makanya generasi selepasnya tidak ada peluang untuk mengubah apa yang telah firaun lakukan. Tetapi kalau firaun itu benar-benar IMMORTAL yakni mampu hidup hingga hari ini dan tiba-tiba nak tunjuk baik atau nak ajar orang tentang kezaliman, ini akan mengundang berbagai reaksi: lucu, hidung tak mancung, sinistik, skeptik, cebik, ejek, yakni semuanya negatif-negatif belaka. Apakah reaksi negatif itu boleh dianggap biadab dalam konteks firaun dose dan hipokrasinya? Ketik keyboard, tanyalah uncle google untuk dapatkan jawapannya.
ReplyDeleteU-Tun Madey mana ada nama baik untuk dicemarkan.... Alaaa, cakap biar ada point, boss. Buang masa CIA nak layan perkara ni, dakwa jer terus, serentak dengan DoJ mendakwa Malaysian Official 1.
ReplyDeleteKesalahah tidak kira berapa lama pun telah dilakukan..si pelaku wajib dikenakan hukuman...
ReplyDeleteApakah pengedar dadah atau ketua mafia yg baru ditangkap setelah berpuluh tahun membuat kesalahan wajib dilepaskan krn kesalahan telah lama dilakukan...hahaha
Itu cakap orang nyanyok...
si tua nyanyuk semakin menggelupur diatas perbuatan dan kemunafikannya sendiri.
ReplyDelete