Kononnya, terdapat cadangan agar DAP dibubarkan dan kemudian mengambilalih Cap Bunga pimpinan Mahathir menerusi penggabungan - kaedah yang paling digemari oleh Mahathir sepertimana ketika dia cuba mengawal sektor perbankan negara pada penghujung 90-an. Selain menyelamatkan DAP sebagai sebuah parti, Lim Kit Siang juga sangat berharap, dia boleh menggunakan PENGALAMAN SERTA KELICIKAN MAHATHIR mempergunakan hakim dan mahkamah bagi membebaskan Lim Guan Eng daripada hukuman sepertimana yang Mahathir lakukan ketika memecat sebilangan besar hakim serta Ketua Hakim Negara pada penghujung 80-an.
DAP sendiri sedang berhadapan dengan masalah dalaman yang sangat kronik. Beberapa fraksi dalam DAP, tidak lagi berselindung menunjukkan kebencian serta penentangan terhadap penguasaan Keluarga Lim di dalam DAP.
Di Perak, Nga Kor Ming dan sepupunya, Ngeh Kor Ham melaksanakan 'pembunuhan' pengaruh Dinasti Lim secara perlahan-lahan dan berhati-hati tetapi sangat berkesan.
Anak-anak mendiang Karpal Singh yang merupakan sekutu kuat Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng juga, telah menyatakan rasa tidak puas hati mereka berhubung tindakan Lim Kit Siang berbaik-baik dengan Mahathir.
DAP Sabah telah berpecah teruk, manakala DAP Johor terus bergelut antara fraksi melibatkan Dr Boo Cheng Hau ADUN Skudai yang sangat dibenci oleh Anak-Beranak Lim dengan Liew Chin Tong yang merupakan penjilat tegar Lim Guan Eng - setaraf dengan Zainuddin Maidin dan Kadir Jasin kepada Mahathir.
Gabungan antara DAP-Cap Bunga pastinya akan menjadi sangat menarik memandangkan Mahathir sudah beberapa kali mengiktiraf DAP sebagai sebuah parti Cina yang sangat kuat, malah jauh lebih baik berbanding MCA, GERAKAN mahupun SUPP di Sarawak.
Selepas PAS terus berdolak dalih dan membuatkan DAP berputih mata, bahkan telah menelanjangkan banyak rahsia Lim Guan Eng di Pulau Pinang, apa lagi yang ada pada DAP atau lebih tepat lagi Lim Kit Siang dalam usaha menawan Putrajaya melainkan menggabungkan diri mereka dengan Cap Bunga, bahkan PAN dan PKR menjadi satu Barisan!!!
Maka tidak hairanlah mengapa desas-desus DAP akan dibubarkan dan bergabung dengan Cap Bunga begitu kuat kedengarannya di kalangan orang politik, termasuklah orang DAP sendiri!
sebelum bergabung 4 dah keluar. kalau konfem bergabung mahunya satu gerabak akan keluar. last last hanya anak beranak yang bergabung! wakakaka
ReplyDeletePARTI CAP BUNGA PASTI TINGGAL BATANG DAN DURI..SAJA SELEPAS TDM TIADA...DAP...ROKETNYA TIADA BERFUNGSI SEBAB .
ReplyDeleteBULAN DAH TERBIT DISIANG HARI..LGE YG PASTI BERUNTUNG..POTENSI MAKAN NASI FREE.... TUNGGU DAN LIHAT..
bukankah lebih baik sekiranya di bubarkan kedua-dua parti di ditambah dengan pembubaran Parti Amanah kah kah kah sebab semakin hari mereka semakin menjadi badut yang terkadang buat orang ketawa dan di masa yang lain membuat orang marah serta meluat, sekiranya masalah pemilihan CEC (merujuk kepada masalah dalaman parti itu sendiri) tak dapat diselesaikan apalah yang nak diharap sangat apa yang boleh mereka buat dalam mentadbir negara ? lihak apa berlaku kepada LGE dengan isu Kg. Manggis dan Isu Banglo Undercost dia tu ? Heran juga tengok PAN yang nak berpaut kepada dahan reput bernama DAP ni, PABM sendiri pun dah goyah menunggu masa untuk di baham DAP supaya kedua-duanya sama hanyut dan tenggelam. Memang Lawak dan kelakar lah kedua-dua parti ni., yang satu pemimpin nya ... mudah lupa ... apa nama ? yang satu lagi nama keluarganya dibenci oleh ahli-ahli parti
ReplyDelete