Pages

Wednesday, February 22, 2017

SETELAH SEKIAN LAMA, PEMBOHONGAN MAHATHIR TENTANG MALAYSIA SEBAGAI HARIMAU ASIA, TERDEDAH!!!



Mahathir tidak malu dan meniru sikap Lim Guan Eng yang suka mendabik dada apabila mengakui di bawah pentadbirannya selama 22 tahun, Malaysia telah dikenali sebagai salah sebuah Negara Harimau Asia.

Dek kerana tidak banyak ketelusan, terutama membabitkan maklumat tentang kedudukan ekonomi negara, bahkan perbandingan dengan ekonomi negara-negara jiran juga tidak banyak diketahui pada zaman pentadbiran Mahathir, maka ramailah yang terpedaya dengan pembohongan tersebut.

Ramai juga yang hidup dengan SINDROM KOREA UTARA di bawah pentadbiran Mahathir sehingga percaya Mahathir telah berjaya memakmurkan negara ini - hujah yang masih terpakai oleh pentaksub Mahathir sehingga kini. 

Hakikatnya, Malaysia di bawah Mahathir tidak pernah menjadi salah sebuah daripada Harimau Asia. 

Harimau Asia ketika itu dirujuk kepada Korea Selatan, Taiwan, Hong Kong dan Singapura berikutan kadar pertumbuhan ekonomi yang berkekalan tinggi daripada Malaysia ketika pentadbiran Dr Mahathir selama 22 tahun.

Malaysia bagaimanapun, hanya bergelar sebagai ANAK HARIMAU bersama Indonesia, Filipina, Thailand dan Vietnam bukannya Harimau Asia.

Sejak Program Transformasi Ekonomi Najib dilancarkan, Malaysia merekodkan pertumbuhan ekonomi lebih tinggi setiap tahun bermula 2011 hingga 2016 berbanding empat negara Harimau Asia ini. Pada 2017, Malaysia diunjurkan akan mencatatkan pertumbuhan ekonomi yang lebih tinggi dari sebelumnya.

Kejayaan pertumbuhan ekonomi selama 6 tahun yang mengatasi empat negara Harimau Asia ini tidak pernah dicapai Dr Mahathir biarpun mentadbir negara selama 22 tahun.

Perlu diingat, separuh kedua 2014 dan seterusnya, Malaysia telah berhadapan dengan kejatuhan harga minyak, gas dan komoditi yang boleh menjejaskan ekonomi negara ini lebih teruk berbanding negara-negara Asia lain (selain Brunei). 

Harga komoditi mulai pulih semenjak suku tahun yang terakhir.

Suka atau tidak, tanpa perlu mendabik dada sebaliknya cukup dengan menelusuri fakta serta data yang disediakan oleh Bank Dunia mahupun badan-badan berintegriti lain bertaraf antarabangsa, tidak hairanlah mengapa Mahathir begitu dengki dan berhasad dengan Najib Abdul Razak. Apatah lagi, Najib Abdul Razak sedikit demi sedikit menguis budaya melonggokkan kekayaan negara kepada sekelompok manusia sahaja berbanding Mahathir yang menjadikannya sebagai BUDAYA YANG BERAKAR UMBI dan menjadi barah yang sekarang ini sedang mula dibersihkan.


No comments:

Post a Comment