Sembang DAP bukan main...
Lim Kit Siang bukannya anti Melayu... Lim Guan Eng pembela Melayu dan Islam... Islam terbela di Pulau Pinang... Lim Guan Eng adalah satu-satunya Ketua Menteri Pulau Pinang yang begitu ambil berat tentang kebajikan dan hal ehwal umat Islam dengan menaikkan peruntukan.
Ramai yang percaya dengan doktrin-doktrin itu.
Ramai juga yang memuji-muji Lim Guan Eng dan mengeji Kerajaan Pusat walaupun tanpa mereka sedar, peruntukan untuk umat dan hal ehwal Islam di Pulau Pinang, bukan datangnya daripada kantung Kerajaan Negeri Pulau Pinang, sebaliknya dari Perbendaharaan Kerajaan Pusat yang kemudiannya digunakan oleh Lim Guan Eng untuk CREDIT CLAIMING.
Sememangnya bagi yang tidak mencermati tipu daya Lim Guan Eng dan DAP, akan terjebak dan terperangkap dengan angka-angka yang digunakan oleh Lim Guan Eng dan DAP bagi tujuan tersebut.
Angka-angka itulah yang disiarkan oleh media organisasi mereka, ROCKET kononnya peruntukan untuk Hal Ehwal Islam di negeri tersebut. (BACA DI SINI)
Memanipulasikan sikap sebahagian besar rakyat Malaysia terutama orang Melayu yang sangat gemar berpolitik tetapi tidak gemar mengkaji, bahkan hanya membuat kesimpulan daripada tajuk yang dibaca, DAP melihat kaedah yang mereka lakukan sekarang adalah cara yang paling mudah untuk melakukan penipuan.
Itulah yang berlaku dalam angka-angka yang dihidangkan oleh DAP menerusi media rasmi mereka.
Sedikit sahaja kajian mendalam berhubung angka-angka yang disiarkan oleh media rasmi DAP itu, kita sudah boleh mengesan bahawa peratusan bajet keseluruhan negeri, kita akan dapati peratusan peruntukan telah jatuh mendadah dan tidak setara dengan perbelanjaan untuk perkara-perkara lain.
Pada tahun 2008, peratusannya adalah 9.03%. Bagaimanapun, peratusan pada tahun 2015 adalah 6.55%.
Bahkan semenjak kemenangan besar DAP pada PRU-13 dan semenjak PAS hilang suara mereka dalam Kerajaan Pulau Pinang akibat perpecahan dengan DAP, jumlah peruntukan untuk Hal Ehwal Islam di Pulau Pinang sama ada menjadi statik atau jatuh.
Dalam Bajet Pulau Pinang 2017, peratusan tersebut telah diturunkan lebih banyak menjadi RM49.37 juta walaupun perbelanjaan untuk pengurusan tahunan Pulau Pinang telah meningkat menjadi RM1.35 bilion. Atau dalam bentuk peratusan, peruntukan untuk Hal Ehwal Islam hanyalah 3.66% daripada jumlah keseluruhan peruntukan. (RUJUK SINI)
Kalau ada yang masih mengatakan, Kerajaan Lim Guan Eng masih baik kerana tidak memotong terus peruntukan untuk umat dan hal ehwal Islam di Pulau Pinang, mereka sebenarnya sama ada berotak singkat atau terlalu dungu untuk memikirkan bahawa Hal Ehwal Islam di Pulau Pinang, hanya dianggap oleh Lim Guan Eng sebagai peminta sedekah walaupun bajetnya datang dari Kerajaan Pusat yang disalurkan kepada Kerajaan Negeri.
Semenjak tahun 2008, peratusan yang digunakan oleh Kerajaan Negeri untuk hal ehwal Islam berbanding perbelanjaan pengurusan negeri telah jatuh 60% iaitu dari 9% menjadi 3.66% pada tahun 2015 - berbanding perbelanjaan tahunan negeri Pulau Pinang yang telah meningkat 5 kali ganda semenjak tahun 2008.
Sepatutnya angka-angka itu sudah cukup untuk membuktikan bagaimana DAP dan Lim Guan Eng cuba melakukan 'pembersihan' secara beransur-ansur ke atas apa-apa sahaja yang berkaitan dengan Islam dan umatnya di Pulau Pinang, tetapi pada masa yang sama, memperkasakan apa-apa sahaja yang boleh dilihat sebagai penguasaan atau saingan kepada hal ehwal Islam dan umatnya di negeri itu.
tak boleh salahkan Dap dalam isu ini tapi salahkan Melayu yang percaya bahawa kalau Dap berkuasa, depa (Melayu ini) akan terbela walhal ternyata sangkaan itu meleset.
ReplyDeleteItu baru bajet. Tak tau berapa sebenarnya yang dibelanjakan
ReplyDelete