Klip video CCTV KLIA yang memperlihatkan detik-detik terakhir Kim Jong Nam, abang tiri kepada Presiden Korea Utara, Kim Jong Un telah disiarkan oleh beberapa stesen televisyen luar negara. Sekaligus menimbulkan persoalan tentang bagaimana stesen-stesen televisyen luar negara tersebut boleh memperolehi rakaman CCTV KLIA kecuali melainkan ketirisan dalaman.
Kerana itu, pihak polis mula campur tangan untuk menyiasat berhubung pembocoran rakaman berkenaan.
Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar berkata, tindakan akan diambil terhadap mereka yang telah membocorkan rakaman tersebut.
Klip video berkenaan turut tular di Facebook setelah disiarkan oleh sebuah stesen televisyen Jepun.
Ketua Polis Selangor, Abdul Samah Mat pula berkata, polis akan menyiasat perkara tersebut sebelum mengambil sebarang tindakan.
Penyiaran klip video tersebut telah mengganggu siasatan yang sedang dijalankan oleh polis Malaysia.
Klip berkenaan yang berlangsung selama 2 minit 33 saat mula tular di media-media sosial malam tadi
Ahad lepas, Jong Nam dilaporkan berada di KLIA2 untuk menaiki pesawat ke Macau apabila tiba-tiba dirapati dua orang wanita yang kemudian menyerkup mukanya dengan sehelai kain, dipercayai mengandungi cecair beracun.
Jong Nam menggunakan nama Kim Chol pada pasportnya, meninggal dunia ketika dikejarkan ke Hospital Putrajaya.
bila banyak cerita yang tak secocok dengan pengetahuan umum (contohnya nama atas passport seolah-olah nama suaka tapi passport negara asal?) makanya umum juga tertanya-tanya apa yang benar dan apa yang tidak benar dalam kesah-kesah ini.
ReplyDeletesiapa yang boleh akses kpd video cctv tu. pihak pdrm dan pengendali cctv adalah orang paling boleh disyaki. permudahkan kerja dengan mengecilkan skop. kalau telus penyiasatan, tak lama kena la tangkap si penyebar cctv sulit tersebut.
ReplyDeletePayahnya nak percaya org skrg ni..
ReplyDelete