Pages

Wednesday, March 22, 2017

CIKAI SUNGGUH DR. MAHATHIR... DIANJING-ANJINGKAN SAHAJA OLEH ANTHONY LOKE!!!



Dr. Mahathir seringkali diberitahu, dia ada aura. Para pemuja dan pentaksubnya memberikan gambaran-gambaran yang sangat super ke atas dirinya. Dialah yang terbijak. Dialah yang terhebat. Dialah yang paling pandai dan dialah segala-galanya.

Dan Mahathir sendiri menerima pujian dan pendewaan tersebut dengan penuh rela, bahkan mempercayainya.

Dia menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri. Selama 22 tahun, dia mentadbir negara dan UMNO mengikut kehendak dan seleranya. Undang-undang dipergunakan untuk kepentingannya. Siapa yang menentang, pasti akan menerima nasib malang.

Segala kehendaknya dituruti. Apatah lagi dengan sebahagian besar masyarakat Malaysia masih lagi berfikiran feudal yang PEMIMPIN ADALAH SEGALA-GALANYA, memudahkan Mahathir untuk mengatur kedudukannya dalam hierarki pemikiran dan tanggapan rakyat Malaysia.

Namun selepas tidak lagi berkuasa, Mahathir hanya dihormati sebagai bekas Perdana Menteri, bukannya berkuasa seperti Perdana Menteri dan Presiden UMNO. Malangnya, Mahathir sukar menerima hakikat tersebut. Ditambah pula dengan para pemujanya yang masih menceritakan betapa agungnya Mahathir dan betapa hebatnya Malaysia semasa era pentadbirannya tanpa sedikit pun menceritakan tentang pelbagai masalah yang dibangkitkan oleh pelbagai pihak dari tahun 1981 sehinggalah 2003 termasuklah penguasaan anak-anak, kaum keluarga serta kroninya dalam merompak dan menjarah harta negara untuk dijadikan hak milik mereka.

Sekarang, Mahathir hanya tinggal nafsu dan cerita-cerita pendewaan daripada para pentaksubnya.

Kerjasama antara Mahathir dengan Lim Kit Siang sebenarnya banyak membuka mata sesetengah pihak, terutama mereka yang pernah menjadi penyokong kuat Mahathir selama ini. Bagi yang rajin mengkaji dan membaca sudah pasti tahu apa yang sebenarnya menyebabkan Mahathir marah dan mahu menggulingkan Najib walaupun pada masa yang sama, alasan yang digunakannya amat klise iaitu MENYELAMATKAN MALAYSIA.

Mahathir mencadangkan agar Pakatan Harapan yang terdiri daripada PKR, PAN dan Cap Bunga yang diketuai oleh DAP menggunakan satu logo dan satu slogan pada PRU akan datang. Mahathir berharap, auranya sebagai bekas Perdana Menteri akan membolehkan cadangannya itu diterima dengan senang hati.

Malangnya, Anthony Loke yang merupakan Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP menolak mentah-mentah cadangan Dr. Mahathir. Anthony Loke menepis dakwaan Dr. Mahathir bahawa kekuatan Barisan Nasional terletak kepada kesepakatan setiap parti komponen termasuklah menggunakan satu logo dan satu slogan. Sebaliknya, menurut Anthony Loke, Pakatan lebih hebat kerana mereka berpegang kepada konsensus iaitu setiap parti dengan hala tuju masing-masing. Majlis Presiden Pakatan hanya akan bermesyuarat untuk mencari jalan menjatuhkan kerajaan dengan kekuatan masing-masing.

Sudahlah nak berdebat pun dengan Nazri Aziz, penolakan cadangan seorang Negarawan seperti Dr. Mahathir pun dibuat oleh pemimpin kelas bawahan rakan sekongkolnya seperti Anthony Loke...

Itu pun tak nampak-nampak lagi yang Mahathir sebenarnya sudah kalah?


No comments:

Post a Comment