Pages

Wednesday, March 22, 2017

MACAM SIAL!!! BERLAGAK NAK MOGOK LAPAR 4 HARI KONON, 3 HARI DAH MASUK HOSPITAL... AKAL TAK MAHU DUDUK DI LOKAP!!!



Masa kat luar, dialah jaguh... cabar sana sini! 

Cabar bertumbuk! 

Cabar berMMA!

Dalam ceramahnya, berapi-api dia menghasut dan cuba mencetuskan ketegangan kaum dan kebencian orang Cina terhadap orang Melayu, khususnya para penyokong UMNO dan Barisan Nasional. Terlebih-lebih lagi kebencian terhadap Najib. 

Dia berkempen supaya menyokong Melayu-DAP supaya dapat mengitai Melayu dalam Kerajaan. Dia berkempen supaya Mahathir ditunggang oleh DAP supaya Mahathir dapat menumbangkan Najib dan DAP meraih keuntungan besar daripada kejayaan Mahathir. 

Hew Kuan Yau juga merupakan pakar ceramah DAP dan bekas Ketua DAP Teluk Intan yang merajuk apabila namanya tidak dicalonkan sebaliknya yang dinaikkan adalah Dyana Sofya, kekasih Zairil Khir Johari, anjing utama Guan Eng di Pulau Pinang. Agak lama dia menyepikan diri sehinggalah dia dipujuk oleh Kit Siang.

Dia juga terkenal sebagai Superman kerana kegemarannya memakai t-shirt Superman dan adiwira Barat lain. Dia juga adalah kurator muzium komik yang dibiayai oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang walaupun dikatakan dia sudah dipecat dari DAP.

Hew Kuan Yau menggunakan kaedah perang saraf gaya komunis, iaitu menerusi propaganda bertulisan dan lukisan. Paling ketara ialah komik tentang keperwiraan Lim Guan Eng yang ditulis dalam tiga bahasa selain mencaci maki pemimpin utama negara ini terutama sekali Najib Abdul Razak dan isterinya, Rosmah Mansor. 


Akhirnya dia ditangkap kerana melakukan penghinaan melampau di Facebook. Dia telah ditahan reman selama 4 hari di IPD Kulai. Sama seperti para pemimpin dan pengikut komunis pada zaman darurat, penyokong DAP berhimpun dan menyuarakan sokongan kepada yang ditangkap. Tetapi memandangkan pada zaman sekarang tiada lagi undang-undang seperti ISA, maka mereka telah membuat kacau ganggu di hadapan IPD Kulai menyatakan tidak puas hati dan menyalakan lilin.

Reaksi yang berbeza ketika Exco Kerajaan Johor dan Ketua Pemuda Bahagian ditangkap tempohari atas kes rasuah. Para penyokong DAP, bahkan pemimpin tertinggi DAP memadankan muka mereka.

Konon-kononnya Hew Kuan Yau mahu mogok lapar sepanjang tempoh dia ditahan reman. Sebenarnya dia mencari jalan untuk 'BEREHAT DI KATIL HOSPITAL' dan enggan memberikan kerjasama kepada pihak polis atas alasan sakit. 


Dan itulah yang dilakukan oleh Hew Kuan Yau yang mungkin telah diberikan cadangan tersebut oleh pemimpin-pemimpin DAP yang lain sewaktu ditangkap. Hanya selepas 3 hari, Hew Kuan Yau dimasukkan ke hospital dengan alasan, kesihatannya terganggu, apatah lagi dia mengakui dia menghidap penyakit kencing manis.

Nampak tak bagaimana takut dan gentarnya puak-puak seperti Hew Kuan Yau apabila berhadapan dengan undang-undang? Mereka akan mencari jalan apa sahaja untuk melepaskan diri atau paling tidak menangguhkan kes sepertimana yang dilakukan oleh Lim Guan Eng dalam kes rasuah dan salahguna kuasanya!


2 comments:

  1. Pemakan babi tegar..mesti lah perangai pun macam babi juga

    ReplyDelete
  2. Polis lu apa brani maa...

    ReplyDelete