Pages

Tuesday, April 11, 2017

BILA MANGSA KEMALANGAN CINA, NYALAAN LILIN... BILA 'PEMBUNUHNYA' CINA, PEMANDUNYA OKU!!!



Pusat Khidmat ADUN DAP Pulau Tikus telah mengadakan Program Candle Light Vigil For Accident Victim di hadapan BSN Jalan Burmah, Pulau Tikus, Pulau Pinang terhadap mangsa langgar lari pada beberapa hari lepas.

Dalam kejadian berkenaan, Foo See Wah, 58, telah dilanggar oleh seorang penunggang motosikal yang tidak berhenti pada lampu merah. Akibat perlanggaran tersebut, mangsa tidak sedarkan diri dan dibawa ke hospital. Beberapa jam selepas dirawat, Foo See Wah disahkan meninggal dunia. Penunggang motosikal berkenaan sedang berhadapan dengan proses undang-undang.

Dilaporkan, seramai lebih kurang 100 orang yang terdiri daripada kakitangan Pusat Khidmat ADUN DAP Pulau Tikus, penduduk sekitar Pulau Tikus serta wartawan-wartawan tempatan hadir dalam program berkenaan. Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Yap Soo Huey, ADUN DAP Pulau Tikus.


Program berkenaan bertujuan untuk menunjukkan simpati kepada mangsa dan keluarga. Pada masa yang sama, melahirkan kemarahan terhadap penunggang motosikal berkenaan yang melanggar peraturan jalanraya.

Namun, dalam satu kes yang lebih besar, juga melibatkan kemalangan maut, yang bukan sahaja melanggar lampu merah, tetapi juga memasuki laluan yang bertentangan selain dipengaruhi dadah, DAP tidak pula mengadakan upacara nyalaan lilin untuk mangsa yang terbunuh.

Pada 15 Mac lalu, seorang model sambilan yang  berusia 19 tahun, memandu kereta Gen2, telah memasuki laluan yang bertentangan setelah melanggar sebuah kenderaan lain di persimpangan lampu isyarat, dan mengakibatkan kemalangan membabitkan lima kenderaan dan membunuh seorang pemandu.


Dalam kejadian awal pagi itu, model sambilan yang bernama Ng Pei Ven, 19 memandu kenderaannya bertentangan lalu lintas di Kilometer 134 jalan tiga lorong express dan bertembung dengan sebuah kereta, membunuh pemandunya, Mohamad Fandi Rosli, 26, pada jam 7:50 pagi.

Mohamad Fandi yang menuju ke utara ke arah Sungai Petani, baru sahaja berkahwin pada bulan Disember 2016.

Kesan daripada kemalangan itu telah menyebabkan keretanya melanggar penunggang motosikal berusia 27 tahun, menyebabkan kenderaan yang dipandu oleh Ng Pei Ven berputar dan melanggar dua kenderaan lain dan sebuah van sebelum berhenti.


Dalam ujian air kencing, Ng Pei Ven didapati positif dadah ketika menjalani ujian di Jabatan Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Prai.

Bagaimanapun, ada pihak yang cuba 'menyelamatkannya' dengan mendakwa, pemandu wanita tersebut adalah seorang OKU yang lembam dalam pelajaran. Justeru, dia tidak boleh dipersalahkan. Bagaimanapun, wanita berkenaan telah didakwa atas dua kesalahan dan sedang menunggu hari perbicaraan.

Tiada sebarang program nyalaan lilin seperti yang dilakukan terhadap Foo See Wah yang di dalam klip video jelas, tidak menoleh ke kiri dan kanan walaupun sedang melintas di lintasan pejalan kaki pada ketika lampu merah untuk kenderaan menyala.



3 comments:

  1. Tangkap sekali mak bapak oku tu, dakwa kesalahan mengugat keselamatan awam dan cuai menjaga anak oku. Dah tahu anak kau terencat akal, kau bagi dia kunci kereta kenapa? Bodoh! Ketatkan lagi lesen memandu. Oku cacat anggota ada macam macam alat bantuan memandu, oku cacat otak ada? Pihak keluarga si mati patut saman JPJ sebab bagi org terencat akal lesen memandu. Saman sekolah memandu budak oku ni sekali......

    Kempen tatacara melintas jalan juga perlu diadakan khas untuk warga tua dalam bahasa cina terutamanya di penang. Bukan melayu saja mudah lupa, cina dah tua lagi teruk..lupa adab melintas jalan.

    ReplyDelete
  2. Tapi Najib jual Negara pada Cina boleh.

    ReplyDelete