Manimannan Gowin sebenarnya menggantikan S.Manikavasagam yang dipindahkan ke Kuala Selangor pada PRU lepas. S.Manikavasagam yang lebih dikenali sebagai Mike terpaksa meninggalkan lokasi yang memberikan sokongan kepadanya, ke kawasan yang bermajoriti Melayu, sekaligus menyaksikan dia tewas.
Kini Mike hanyalah seorang Penyelaras DUN sahaja. Jun tahun lepas, Mike ditahan SPRM kerana didakwa terlibat dalam penyelewengan dan menipu wang caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) beberapa orang kurang upaya.
Justeru tidak menghairankan apabila pada 8 April lepas, Mike ketika berucap di Kapar selepas menerangkan tentang Program Peduli Rakyat, dia tidak membuang masa untuk mengambil kesempatan membelasah G.Manimannan.
Menurut Mike, Manimannan langsung tidak bertanggungjawab terhadap para pengundi di kawasan yang diwakilinya Kelibatnya langsung tidak kelihatan. Dia juga tidak pernah muncul. Justeru, menurut Mike, oleh kerana YB Kapar telah menghilangkan diri, maka eloklah para pengundi menghilangkannya pula pada PRU akan datang.
Ucapan tersebut dibuat secara terbuka di atas pentas menyebabkan para penyokong Manimannan melenting dan mendesak agar tindakan keras diambil terhadap oleh pucuk pimpinan PKR terhadap Mike.
Politik biasa
ReplyDelete