Pages

Wednesday, April 19, 2017

GANGGUAN PRIVASI, KATA DYANA SOFYA DAN IBUNYA, MANAKALA ZAIRIL DIAM, EKORAN TERSIARNYA GAMBAR MENYERUPAI MEREKA!!!



Semalam, netizen rata-rata melihat gambar-gambar yang telah dimuatnaikkan di Facebook dan membuat pelbagai spekulasi. Dua individu di dalam gambar tersebut menyerupai Zairil Khir Johari, Ahli Parlimen Bukit Bendera dan Dyana Sofya, calon DAP dalam PRK Teluk Intan. Kedua-duanya merupakan pemimpin muda DAP yang mensasarkan orang Melayu khususnya golongan muda untuk menyokong DAP.

Gambar-gambar tersebut turut menjadi bahan troll netizen.

Salah satu daripada gambar tersebut, memperihatkan pasangan berkenaan sedang bercium manakala gambar yang lain pula menunjukkan wanita berkenaan minum dari sebiji gelas yang menyerupai gelas wain.

Sekurang-kurangnya terdapat 12 keping gambar gelagat pasangan berkenaan di lokasi yang sama.

Tidak diketahui bila dan di mana gambar-gambar tersebut dirakamkan.

Ini adalah kali ketiga gambar pasangan tersebut menjadi tular.

Menurut New Straits Times, Zairil tidak menjawab panggilan telefon dan mesej Whatsapp. Manakala Dyana Sofya pula dalam status di Facebooknya berkata, ini adalah kali ketika serangan peribadi dibuat dalam tempoh dua bulan.

"Saya berasakan pilihanraya umum semakin hampir. Tidak kira siapa di dalam gambar-gambar atau video yang mana saya dituduh terlibat, ini adalah pencerobohan privasi dalam kehidupan seseorang. Saya sedih dengan budaya politik kita sampai ke tahap ini. Saya tidak ada masa untuk melayan jenis serangan peribadi sebegini. Saya lebih menfokuskan kepada kerja saya dan khidmat saya kepada rakyat, terutama rakyat Teluk Intan."


Sementara itu, turut dilaporkan ialah ibu Dyana Sofya, Yammy Samad yang berang dengan pihak yang merakamkan gambar-gambar tersebut yang disifatkannya sebagai menceroboh privasi anaknya untuk berbuat sekehendak hati.

Pada Oktober 2014, Zairil menjadi tajuk berita apabila gambar seorang lelaki yang menyerupainya sedang bercumbuan dengan seorang wanita di dalam kereta. Wawnita berkenaan mempunyai wajah yang terlalu seiras dengan Dyana.

Awal bulan lepas, dua klip video muncul, di mana salah seorang lelaki dipeluk di dalam sebuah kelab dan kedua-duanya berpelukan seperti pasangan kekasih.

Ada pihak yang berpendapat, gambar-gambar tersebut sengaja dimuatnaikkan dan ditularkan untuk mengalihkan tumpuan serangan ke atas Lim Guan Eng yang sedang berhadapan dengan tuduhan rasuah dan salahguna kuasa.

Ada pula yang berpendapat, Zairil dan Dyana sengaja ditugaskan untuk menunjukkan Akta Mahkamah Syariah tidak berkesan langsung dan pihak berkuasa tidak berani bertindak terhadap mereka, bahkan gambar-gambar tersebut sengaja dimuatnaikkan bagi tujuan memberi sokongan kepada perjuangan Liberal dan LGBT terutama selepas serangan Rafizi Ramli ke atas Nasharuddin Mat Isa yang dilihat mewakili COMANGO, iaitu gabungan NGO-NGO yang memperjuangkan murtad dan LGBT.


6 comments:

  1. Hak privasi... biar betul.. jangan berkelakuan tidak senonoh di tempat awam... tempat tu pun takde privasi... go and get a room idiots.. inilah pemimpin yang kononnya berugama Islam... jahanam anak bangsa.. jangan bagi mereka ini kuasa memerintah Malaysia... hancur

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebaik baiknya pemimpin2 harus berterus terang mengenai hal2 peribadi mrk tak payah malu kerana mana ada org yg tak berdosa. Lebih teruk lagi RUU 355 diguna utk menutup dosa org2 UMNO. UMNO hanya guna Islam utk kepentingan pemimpin2 yg terlibat dlm kesalahan besar.

      Delete
  2. geli geli kat tempat awam mana privacy nya mummy oiii
    lain la kalo ada orang skodeng mummy mandi .. snap gamba ...haaaa yg tu privacy
    itu contoh ...mummy jangan marah

    ReplyDelete
  3. Tahniah Puan Yammy Samad. Anda telah dinamakan sebagai calon TOKOH IBU MITHALI DAP TAHUN HIJRAH 1439. Sila bawa salinan asal gambar gambar berkenaan pencerobohan privasi anak puan ke gereja berhampiran untuk mengesahkan penyertaan. Kupon pembaptisan utk bakal cucu puan juga boleh didapati dari paderi bertugas.Sekian

    ReplyDelete
  4. Banggang..buat kerja x senonoh kat tempat awam. Lepas tu bila tersebar tau plak nak marah.. camni ke bakal pemimpin rakyat?

    ReplyDelete
  5. Suatu drama dan fantasi Rosmah Katek.

    ReplyDelete